GAYA HIDUPkesihatan

RUMPUT CINA/RUMPUT SITI KHADIJAH  ALTERNATIF TERBAIK KEMOTERAPI 

Rumput Cina dalam Bahasa Inggeris Beijing Grass atau Angel Grass atau nama saintifiknya adalah Murdannia Loriform is. sangat signifikan dalam perubatan cina terutama untuk penyakit kanser. Beijing Grass atau Rumput Cina juga dikenali sebagai Ya pak-king atau Rumput Siti Khadijah. Ia berasal daripada China Selatan dan banyak di tanam di Thailand Utara. Di Malaysia ia ditanam oleh penggemar herba sebagai hobi pada masa lapang dan tidak dikomersialkan. 

Nama lain Rumput Cina: Beijing spiderwort, Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka, Rumput Pak King. 

Rumput Cina mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai glycosphingolipids, iaitu bahan yang boleh merencatkan pertumbuhan kanser serta mengurangkan kadar gula dalam darah. 

Kajian mendapati rumput ini adalah satu alternatif terbaik kepada Kemoterapi atau Radioterapi’, tanpa ada kesan sampingan. Ia juga satu alternatif yang baik untuk beberapa jenis kanser. Penyelidik perubatan di Thailand mendapati bahawa rumput jenis ini boleh membantu meningkatkan sistem kekebalan/imunisasi tubuh, menyembuhkan penyakit berkaitan pernafasan, melegakan serta menyembuhkan kelenjar ‘lymph’ yang bengkak. 

Berdasarkan buku Chinese Medical Herbs of Hong Kong, tumbuhan ini manis, menyejukan dan berupaya mencairkan kahak. 

Antara Khasiat Rumput Cina 

1. Meningkatkan Sistem Imunisasi badan, 

2. Mengubati kanser payu dara dan kanser kolon, 

3. Melegakan demam dan ulcer, 

4. Membantu untuk membersih “Sistem Limfatik”, 

5. Membersih serta detox buah pinggang, 

6. Membantu mengurangkan sakit akibat rawatan radiasi & kemoterapi pesakit. 

7. Menghentikan kemunculan sel-sel baru kanser 

Menanam Rumput Cina di halaman rumah 

Rumput ini sangat senang untuk ditanam, cuma penjagaan perlu teliti supaya tidak bercampur dengan rumput lain. Boleh ditanam melalui cara belahan daripada rumpun induk yang subur. Memerlukan tempat yang sentiasa lembap. Elakkan bercampur dengan rumput liar yang lain bagi memastikan spesis ini tidak pupus dalam persaingan mendapatkan nutrien. Perlu dielakkan juga rumput ini diceroboh oleh binatang ternakan seperti kambing dan ayam. Ayam sangat gemar makan rumput ini. Selain daripada ayam perlu dipastikan rumput ini di tempat yang sesuai untuk elak serangan daripada siput babi yang gemar memakannya. 

“According to the World Herbal Organisation (WHO), Beijing Grass is considered as safe medical herb. Bythe WHO’s herbal standards Beijing Grass has been proven to build up immune system, act as an antioxidant and enable quick recovery from radiation treatment or chemotherapy. 

Cautions! We have not been able to find any negative effects of taking this supplement, although if you notice any,please stop using.” 

Namun begitu jangan sekali-kali mengharap untuk menyembuh kanser 100%.Pengambilan Rumput Cina sewaktu kimotherapi dan radioterapi adalah digalakkan kerana ia mengurangkan kesan sampingan kemoterapi dan radioterapi dengan begitu NYATA sekali, hampir sifar kesan sampingan.

Walaupun pesakit kanser ambil Rumput Cina dan dalam masa yang sama jalani rawatan kimo, semua bulu-bulu dan rambut-rambut pesakit akan gugur yang bermaksud kemoterapi masih berkesan utk membunuh sel kanser. Cuma RC/RSK ( rumput siti khadijah ) membantu membuang kesan sampingan chemo seperti rasa terbakar, mual, pening , khayal dan sebagainya. Kemoterapi masih berkesan dalam merawat kanser, cuma kita nak pesakit lalui chemo tanpa kesan buruk, rasa selesa, boleh menjalankan rutin harian dan merasai peningkatan kualiti hidup.

DIPERCAYAI JUGA DAPAT MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT INI:

1. MERAWAT KANSER TEKAK, HATI & KULIT

Di Thailand, tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya.

2. MENYEJUKKAN BADAN

3. BATU KARANG & GINJAL

CARA PENGAMBILAN UNTUK KEMOTERAPI DAN RADIOTHERAPI

1. Ambil dua helai daun rumput cina , carik-carik atau siat-siat, masukkan dalam mug, tuang air panas, tutup dengan piring, minum suam-suam. Minum pagi semasa perut kosong.

Ini boleh dibuat malam dan minum keesokan paginya. Satu hari sekali sahaja. Cara ini sangat efektif. 

Kalau badan boleh tahan, tingkatkan hingga ke satu batang hingga 20 helai daun blend dengan air atau epal dan minum dua kali sehari seperti di bawah : 

CARA PENGAMBILAN RUMPUT CINA SEBAGAI PENAWAR KANSER 

1. Ambil 20-25 daun Rumput Beijing dan blend dengan satu biji epal dan satu gelas air dan minum dua hingga tiga kali sehari 

atau

2. Ambil 20-25 daun Rumput Beijing tumbuk dan tapis untuk mendapat dua sudu makan atau 30 ml/sekali, minum 2-3 kali sehari. 

Rumput  ini juga membantu melindungi otot jantung semasa melalui kemoterapi.

Tetapi perlu diingatkan, tidak semua herba serasi dgn semua orang, sebab mengikut darah, ada yang cepat baik, ada yang akan mengambil masa.

CARA ALTERNATIF PENYEDIAAN RUMPUT BEIJING UNTUK PESAKIT KANSER YANG BAIK 

1. Basuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air.

2. Rendam rumput ini ke dalam air garam atau cuka. Dua sudu besar garam atau dua sudu besar cuka dilarutkan dalam satu liter air. Tujuannya untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang terdapat pada daun rumput. (ini kerana immune system pesakit kanser sangat rendah )

3. Tumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes.

4. Masukkan dua sudu besar air mendidih.

5. Tapis dengan menggunakan penapis kain 

Dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah dua sudu besar jus ini diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur. Untuk kanak-kanak pula satu sudu makan setiap kali. 

Selepas rehat empat hari, ulang minum selama tujuh hari lagi. Lakukan begini sehingga empat hingga enam minggu ( tanpa mengira empat hari rehat tersebut ).

***Dalam tempoh rawatan, dilarang mengambil segala unsur daging kecuali ikan.

CARA MENGAMBIL RUMPUT CINA UNTUK BATU KARANG GINJAL 

Ambil 7-9 pokok (keratan) rumput China bersama-sama akarnya, 

Cuci bersih dan di rebus bersama sukatan air 1.5 liter (sukatan botol besar air mineral ). 

Direbus dengan api yang sederhana kecil, padamkan api bila airnya telah mendidih dan minum air tu apabila suam dan lebihannya simpan dlm peti sejuk 

CARA PENYEDIAAN RAMUAN UNTUK PEMBERSIHAN PSORIASIS ( penyakit kulit ) DAN STROKE : 

( Total cleansing for psoriasis and stroke )

Ambil 20 – 23 helai daun Rumput Beijing 

1) 1500 ml air bertapis direneh perlahan selama dua jam sehingga tinggal 500 ml. 

2) Warna air bertukar hitam. Minum setelah sejuk pada awal pagi sewaktu perut kosong. 

3) Minum seminggu sekali atau dua kali, tidak perlu hari-hari. 

CARA PENYEDIAAN RAMUAN UNTUK DIABETES (JUGA PENAWAR LUKA DIABETES) 

1. Ambil dua helai daun Rumput Beijing, carik-carik. Masukkan ke dalam mug, tuang air panas, tutup dengan piring, 

2. Minum semasa suam sebelah pagi masa perut kosong.

Ini boleh dibuat malam dan minum keesokan pagi. 

Atau:

Ambil dua helai daun, lepas dibasuh bersih dgn air, kunyah saja dan telan airnya. Atau ambil lima hingga tujuh helai blend atau makan sebagai ulam 

Dan yang paling terbaharu saya dapat perkongsian mengenai penggunaan rumput ini ialah daunnya juga boleh melembutkan tekstur daging dalam masakan. 

Sumber internet

Related posts

Sanggup Menyeksa Anak Sendiri Kerana Takut Suami Kahwin Lagi

admin

LG Electronics Malaysia Releases Life’s Good Music Video Featuring

adminwm

Pengetua Pusat Tahfiz Liwat 9 Pelajar: Ustaz Bernafsu Songsang?

admin

Leave a Comment