COVER STORY

Sasqia Dahuri On Her Acting Career and The 99 Red Roses With A Diamond Ring!

“I could be a morning person… if morning started at noon.”

Teringin saya sampaikan kata-kata di atas pada Wirda Adnan tetapi apakan daya, dia bos dan saya pekerja. Harus saya sedar diri. Jadi Selasa itu saya gagahkan diri bangun seawal pagi untuk ke Snips College of Creative Arts (SCCA) di Sungei Wang kerana sesi penggambaran bersama Sasqia Dahuri berlangsung di situ jam sembilan pagi – masa yang terlalu awal untuk orang yang bekerja dari rumah macam saya.

Dan saya ini pekerja contoh. Call time jam sembilan, saya tiba jam 10. Sempat Sasqia menghantar Whatssap, “You di mana?” Jawab saya, “Will be there in 15 minutes,” padahal sebenarnya masih di rumah menunggu Grab.

Saya tiba di lokasi penggambaran dalam keadaan mengah. Sudah lama rasanya tidak kelam kabut seperti itu. Saya menyapa Sasqia yang sedang disolek makeup artist dari SCCA dan lantas menyediakan pakaian untuk dipakainya nanti. Risau sebenarnya. Dress-dress yang diberi Michael Ong agak kecil sedangkan Sasqia 178cm. Begitu juga dengan Calvin Thoo. Dan memang betul pun, hanya dua dress yang boleh dipakai Sasqia. Tak mengapa. Penggambaran diteruskan…

Tamat cerita itu. Lihat muka depan MajalahWM Oktober. Terpikat saya melihat keayuannya. Seperti kata kak Wirda pada jurugambar, kita ambil bahagian wajahnya saja kerana air mukanya sudah cukup menyerlah.

Dan sebentar tadi, Sasqia di hujung talian telefon melayani temuramah saya. Daripada kisah fesyen ke lakonan membawa ke percintaan. Hem, seronoknya dia bakal ke jinjang pelamin…

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7648″][thb_gap height=”40″]

Apa projek terkini?

Sekarang saya menjalani penggambaran drama bersiri Puteri Saadong. Dan kemungkinan pada Januari tahun depan filem lakonan saya akan keluar, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof kolaborasi Skop Production dan Astro Shaw.

Wow. Kalau di bawah Skop Production pasti dapat tontonan berpuluh juta. Filem Munafik 2 saja sudah hampir 38 juta kutipannya.

Ameen. It’s a psycho thriller. Kita lakukan penggambaran di Bukit Fraser.

You heroinnya?

Ya. Saya berlakon di samping Zul Ariffin.

Zul kawan lama saya di Uitm.

Oh really? Seronok berlakon dengan dia. He’s very professional. Kita pun sudah kenal sebelum ini lagi. Selain Zul, turut ada Datuk Rosyam Nor, Elizabeth Tan, Namron dan Mas Khan yang juga pertama kali saya bekerjasama.

Adakah beza berlakon dengan otai seperti Rosyam Nor?

Ada bezanya. Rosyam akan request different type of scenario. Contohnya scene sudah ada, tetapi dia request untuk tukar mengikut kreativiti dia. It’s a process of learning with him. Untuk pelakon baru kita biasanya lakukan saja mengikut apa yang sudah dirancang tetapi Rosyam would demand something else. Rosyam dan Syafiq sudah pernah bekerjasama sebelum ini jadi ada keserasian antara dia dan Syafiq, jadi mudah untuk berkongsi pendapat.

Sasqia cantik dan tinggi lampai. Susah nak cari pelakon wanita tinggi lampai macam you. Walaupun ada pakej yang bagus tetapi Sasqia masih belum betul-betul popular?

Bagi saya ini benda yang subjektif. Bagaimana melabel pelakon popular? Sedangkan gelaran ini pun dalam sekelip mata boleh bertukar ganti. Lihat diri sendiri. Berapa banyak kerja kita telah lakukan. Adakah sudah cukup bekerja keras? Tengok Shaheizy Sam, selepas bertahun-tahun dalam industri baru dia popular. Ramai yang ambil masa lama untuk naik. Ada yang mulakan dengan sekecil-kecil watak. Ada juga pelakon yang bermula dengan menjadi krew. Jika bercakap tentang populariti ianya sangat subjektif kerana setiap orang mengeluarkan effort berbeza untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Ini juga berkaitan dengan rezeki.

Kalau sudah tua tidak lagi dapat tawaran yang menarik. Adakah Sasqia bersedia melalui zaman ini?

Daripada mula berlakon saya sudah ingatkan diri saya hanya akan berada dalam bidang ini untuk jangka masa tertentu. Sampai masa saya akan katakan full stop. Saya ada target sendiri dan mahu menceburi bidang bisnes.

Maksudnya Sasqia tidak ada perancangan untuk menjadi seorang legenda?

Untuk menjadi legenda tidak semestinya perlu berlakon seumur hidup. Berlakon beberapa naskah hebat dengan memberikan hasil kerja yang juga hebat turut membolehkan kita dipanggil legenda. Lagipun kalau tidak dalam bidang lakonan, mungkin saya boleh jadi legenda dalam bisnes?

Siapa selebriti yang rapat dengan Sasqia?

Ada beberapa seperti Zahirah Macwilson, Aisyah Aziz, Dayah Bakar dan Elyana.

Adakah timbul rivalry jika berkawan sesama selebriti?

Tidaklah. Saya dengan Zahirah sudah seperti adik beradik. Saya kenal Zahirah sebelum dia mula berlakon lagi. Keluarga kami juga saling mengenali. Aisyah, I love her voice so much. Saya kagum dengan bakat dia. Begitu juga dengan Dayah. Saya teringin juga nak buat hosting tetapi sukar sebenarnya. Elyana juga saya sudah kenal lama. All these girls are very sincere. Dalam persahabatan jika kita ikhlas tidak timbul rivalry apatah lagi jika kita yakin dengan diri sendiri.

Baru-baru ini Aiman Hakim Redza menyuarakan pendapat kurang lebih tentang naskah yang kurang variati. Adakah Sasqia turut terkesan dengan isu yang sama?

Pada saya naskah ini berkaitan penerimaan sendiri. Untuk menghasilkan sesebuah naskah memerlukan kerja yang teliti. Bukan dihasilkan dengan cara main-main. Ia dihasilkan berdasarkan idea atau kisah hidup seseorang. Kita ada pendapat berbeza. saya tidak mahu mengkritik mana satu naskah yang bagus dan tidak. But you have the right to choose to play the character or not. Pada Aiman mungkin dia memilih mengikut citarasa atau sasarannya. Mungkin juga kerana sebelum ini dia sudah banyak kali melakonkan watak itu jadi dia mahu mencari sesuatu yang berbeza dan boleh memberi lebih cabaran padanya. There’s a beauty in every character. Terpulang bagaimana kita mencantikkannya. Contohnya, saya selalu diberi watak antogonis. Setiap kali dapat watak ini saya cuba lakonkan dengan cara berbeza contohnya dengan cara pemakaian atau lenggok percakapan. Jadi terpulang kepada pelakon itu sendiri. Pada saya untuk setiap job yang saya dapat, saya menganggapnya sebagai rezeki. Apatah lagi ramai orang mahukan peluang macam apa yang saya dapat. Saya suka melihat pelakon tambahan di set penggambaran, scene mereka sikit saja tetapi mereka seronok memainkan peranan yang diberi itu.

Janna Nick buat video birthday wish kena bayar 50 ringgit. Okey ke?

Saya kenal Janna semenjak dia berlakon drama Jodoh. She’s a smart girl and she works really hard. Saya tidak begitu perasan akan hal video 50 ringgit itu tetapi komen saya, she’s a smart girl, she’s been in the industry for quite some time and in fact she’s making money now. Hanya dia yang tahu apa sebabnya dia buat macamtu. Kalau itu pilihan dia, terpulang. Pada saya itu bukan isu yang besar. Lagipun bagus untuk dia kerana dapat perhatian orang sekeliling. Mungkin itu sebahagian strateginya. Lagipun saya percaya yang melanggan servisnya itu adalah peminat dia. Kalau sudah minat pasti mereka tak kisah membelanjakan wang untuk dapat birthday wish daripada Janna.

Bagaimana dengan jenama wangian Sadona by Sasqia Dahuri? Antara kesemua perniaggaan kenapa memilih perfume?

Perniagaan ini datang secara tiba-tiba sementelah saya jumpa seorang partner dan dia membawa saya mencuba pewangi dan saya menemui bau signature saya. Sebenarnya saya ada masalah dengan pewangi yang berbau terlalu kuat sebab mudah sakit kepala. Saya mengeluarkan 3000 unit dan menjualnya hingga ke Singapura dan Brunei dan kesemua stok sudah pun habis dijual. I’m taking a break for a while kerana jadual lakonan sangat padat. Cadangnya mahu mengeluarkan koleksi pakaian sendiri tetapi memerlukan bajet yang agak besar jadi lebih elok saya mulakan dengan skala lebih kecil dahulu. Sebab itu saya mulakan perniagaan perfume.

Apa yang Sasqia belajar dalam bidang perniagaan setakat ini?

Kita kena ada energy untuk menguruskan produk kita. Tak boleh simply jual semua barang. Kena percaya dengan produk kita kerana dengan itu kita boleh yakinkan pelanggan. Jika tidak ada energy, bila orang tanya kita tak tahu apa nak cakap. Kena cari kekuatan diri yang menghubungkan kita dengan produk yang kita jual.

Bagaimana dengan fesyen. Apa jenama kesukaan Sasqia?

I’m a very simple person. Saya lebih suka jenama streetwear seperti Uniqlo, H&M dan Muji.

Sasqia tidak ke arah high brand. Not a Chanel girl maybe?

No no… saya biasa sangat. Saya juga sukakan satu brand ini namanya Sometimes by Asian Designer. I love their bags. Tahan. Sesuai dibawa ke sesi penggambaran. Boleh sumbat saja apa-apa barang dan letak saja di mana-mana. Kuza pun memuji beg saya, cantik kata dia.

Pertama kali Sasqia berjumpa dengan kak Wirda di pertunjukan fesyen Melinda Looi. Adakah selalu Sasqia berkerja dengan Melinda?

Sebenarnya ketika mula-mula berjumpanya dulu saya approach saja dia. Saya kata, “It’s on honor kalau saya dapat pakai baju you.” Dia sangat baik. Dia bersetuju. Jika ada sebarang acara hanya beritahu saja dan dia akan sediakan baju.

Daripada fesyen, kita bertukar kepada topik cinta. Sekarang bergelar tunangan, lagi dua bulan menjadi isteri. Kongsikan mengenai bakal imam Sasqia. Siapakah gerangan orangnya?

Tunang saya orang Singapura dan bekerja dalam bidang hartanah. Bukan dari kalangan industri seni. Sebelum ini dia juga tidak tahu yang saya seorang pelakon.

Bagaimana boleh bermula hubungan?

Kami berkenalan di satu majlis. Selepas itu berutus mesej di Instagram menerusi direct message (dm) sahaja.

Bercinta hanya menerusi dm?

Kalau ikutkan saya jarang saya membaca dm walau siapa yang menghantarnya. Tetapi it is meant to be, it is meant to be. Saya selalu ternanti-nanti dm daripada dia. Macam ada aura yang begitu disenangi setiap kali berhubungan dengan dia.

Berapa lama berkawan sebelum ambil keputusan untuk bertunang?

Hanya beberapa bulan. Kita jumpa ramai orang tetapi untuk dapat ‘feel’ bukan senang. Tetapi bila jumpa the right man, walau dalam sehari dua kita boleh rasa ‘something’ pada dia.

And then dia melamar Sasqia?

Yes. Dia bawa saya makan malam di sebuah restoran di Singapura. Saya tidak tahu pun ada sesuatu yang istimewa menanti. Apatah lagi saya hanya pakai sweater, berseluar jeans biasa dengan sandal saja. Dia melamar dengan melutut di hadapan saya dengan satu bouquet besar berisi 99 kuntum bunga ros merah dengan seutas cincin berlian di tangannya.

So romantic! Macam dalam drama tv!

Saya terkejut yang teramat. Tak pernah saya dilayan sebegitu. Saya ada strong character. Kawan-kawan selalu beritahu lelaki takut nak approach kerana berasa terganggu dengan karakter saya. Sebaliknya this guy (tunangnya) is so confident with himself dan saya tak sangka dia akan mengambil langkah itu.

How was the night?

It was at a garden restaurant. Malangnya makanan di restoran itu tak sedap jadi saya complaint pada dia. “Baik makan KFC lagi sedap. Murah pula tu.” Barangkali dia nervous mendengar saya merungut. Mungkin takut mood saya lari. Lagi pula dia sudah deal dengan pekerja restoran untuk bawa bunga ros itu dan kemudian melamar di hadapan semua pelanggan restoran. Akhirnya dia tukar plan. Dia bawa saya ke area taman dan melamar saya di situ.

Beruntungnya you. Bukan semua lelaki mahu melakukan effort seperti itu.

Exactly. Saya terkejut sangat. Tak pernah saya membayangkan menerima layanan seperti itu. Yang menariknya dengan tunang saya, ditemujanji pertama dia sudah bawa saya berjumpa ibu bapanya. Saya masih ingat ibunya masakkan asam pedas untuk saya.

Apa perasaan Sasqia dalam detik-detik sekarang yang menanti waktu untuk bergelar isteri?

Masih banyak yang saya perlu pelajar untuk menjadi isteri. Juga rasa seronok kerana akan menerima keluarga baru. It’s a beautiful journey and relationship. Kita tidak berjumpa selalu so we are missing each other a lot kerana kita tinggal di dua negara berbeza jadi untuk berjumpa perlu cari masa yang sesuai dulu.

Siapa pereka pakaian pengantin nanti?

Fatimah Mohsin. Dia sudah approach daripada awal lagi. Dia juga sudah saya anggap sebagai kawan. Beberapa kali kita bekerjasama sebelum ini antaranya untuk koleksi Raya yang mana dia memilih saya sebagai muse.

Sudah ada plan honeymoon?

Kami akan ke London penghujung Januari nanti dan akan menyambut hari lahir suami di sana.

Adakah Sasqia akan terus berlakon selepas bergelar isteri?

Definitely. Since saya akan berulang-alik antara Singapura dan Malaysia. Mungkin akan mencari peluang bisnes atau lakonan di sana.

Apakah maksud cinta pada Sasqia?

Cinta ini tersangatlah indah. Tentang dua hati saling menerima. Elakkan complaint atau mengubah pasangan kita menjadi seperti yang kita mahukan. Selagi dia tidak melakukan sesuatu yang melampui batas, kita biarkan saja. Let them free. They will love you more. Itu antara yang saya belajar tentang cinta.

Ramai juga yang merana kerana cinta?

Memang betul. Cinta sangat subjektif. If you are full of love you will be the happiest person in the world. Ini yang kita perlu praktikkan. Tetapi kadang kerja kita suka nak complaint akan pasangan, “He’s this and he’s that,” tetapi cuba lihat balik diri kita, adakah sudah cukup bagus? Ada teman yang kerap merungut akan pasangannya dan bila saya fikirkan balik bagaimana pula dengan teman saya itu? She has been complaining 24 seven. Adakah bagus yang dia lakukan itu?

Adakah Sasqia juga pernah merana dalam cinta?

Of course. Sama ada kita tidak dapat merasai cinta daripada si dia atau juga sebaliknya. Sedangkan cinta sudah diberi sehabis mungkin. Sebab itu cinta sangat cantik jika saling menerima. Sekarang apa yang saya nantikan adalah menikmati hidup baru bersama bakal suami saya. I want to travel the world with him. There are so many plans I want to do with him.

 

Daripada kisah kerjaya, juga 99 kuntum ros merah dan cincin berlian, Sasqia Dahuri menutup bicara dengan kata-kata Max Muller ini…

A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love.” “Two minds with but a single thought, two hearts that beat as one.” “There is only one happiness in this life: to love and be loved.”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7649″][thb_gap height=”40″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7648″][thb_gap height=”40″]

Penghargaan:

Terima kasih Dato' Mike Loh pengasas SCCA Academy
Lokasi penggambaran: Studio SCCA Tingkat 6 Sungai Wang Plaza Kuala Lumpur 
Jurugambar: iqqivr.photogministry
Solekan & dandanan: Snips College Of Creative Arts
Arahan seni: Wirda Adnan
Penyelaras: Shaufik Yunus
[thb_contentbox][/thb_contentbox]

Related posts

Style Is Knowing Who You Are

admin

The Alchemy of Dr. Anjhula Mya Singh Bais: Aristocrat, Activist, Academic

admin

Janna Is In Love

admin

Leave a Comment