- Melebihkan kehendak sahabat melebihi kehendak diri sendiri.
- Sentiasa menolong sahabat yang memerlukan pertolongan secepat yang boleh jika mampu dan tidak berharap balasan.
- Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
- Menutupi segala aib sahabatnya.
- Apabila mendengar seseorang mencela sahabatnya, maka jangan disampaikan perkara itu kepada sahabatnya.
- Jika seseorang mencela sahabatnya, maka jangan ia mendengar celaan orang itu.
- Jika ia mendengar seseorang memuji sahabatnya atau mendengar sesuatu yang boleh menyukakan hati sahabatnya, maka hendaklah ia menyampaikan perkara itu kepada sahabatnya.
- Apabila sahabat sedang bercakap dengannya, hendaklah ia mendengarnya dengan bersungguh-sungguh.
- Ia menjauhi diri daripada berbantah-bantah (yakni berbahas) dengan sahabatnya
- Memanggil sahabatnya dengan nama yang disukainya.
- Apabila melihat kebajikan yang dilakukan sahabat, hendaklah ia memujinya.
- Apabila melihat sahabat melakukan kebajikan, maka hendaklah ia rasa syukur atas apa yang dilakukannya.
- Menegah seseorang yang mencela sahabatnya ketika sahabatnya ghaib.
- Apabila keadaan memerlukan ia menasihati sahabatnya, maka berilah nasihat dengan sindiran atau dengan lemah lembut (mengikut penerimaan hatinya).
- Memaafkan sahabat jika terdapat kesalahannya dan jangan pula ia membalas balik kesilapan sahabatnya.
- Mendoakan bagi sahabatnya dalam solat baik ketika hidupnya dan ketika matinya.
- Hendaklah ia kekal berbuat kebajikan pada sahabatnya serta ahli keluarga sahabatnya selepas daripada matinya.
- Jangan menyusahkan sahabat dengan sesuatu, tetapi hendaklah ia memastikan sahabatnya sentiasa berhati senang dan tenang.
- Ia merasa senang dan gembira apabila sahabatnya sedang dalam keadaan gembira. Dan ia merasa duka cita apabila sahabatnya dalam keadaan duka cita.
- Hendaklah ia memulai memberi salam ketika bertemu sahabatnya.
- Jika sahabatnya hadir ke suatu tempat duduk berhimpun, maka hendaklah ia meluaskan ruang duduk jika mampu. Jika tidak mampu, hendaklah berpindah tempat duduknya ke tempat yang lain.
- Apabila sahabat pergi keluar, hendaklah ia ikut sampai ke pintu.
- Apabila sahabatnya sedang bercakap, hendaklah ia mendengar sehingga selesai tanpa menyampuk di tengah-tengah percakapannya. Tunggu sehingga sahabatnya selesai, barulah ia memulai percakapan.
Wallahualam…
-کتب بداية الھداية-