CANTIK

Tiada Siti, Rozita dan Fazura… Ini Senarai Artis Paling Cantik Di Malaysia

Hampir tujuh tahun melibatkan diri dalam bidang majalah dan perhubungan awam membolehkan saya menghadiri merata majlis, berlaga bahu dengan the who’s who, juga duduk satu meja dengan figura yang sungguh glamor yang tidak pernah terlintas dek akal fikiran saya.

Daripada Ziana Zain membawa ke Rozita Che Wan dan Camelia, juga Erra Fazira, Siti Nurhaliza, Nasha Aziz (kawan baik saya) juga Nur Fazura dan Neelofa mahupun bekas ratu cantik Malaysia daripada zaman Fauziah Harun hingga Kavita Sidhu dan Deborah Henry, hampir kesemua sudah saya temui.

Sementelah dalam dunia majalah, Oktober dianggap sebagai bulan cantik, jadi saya kongsikan dengan anda senarai artis wanita paling cantik pernah saya temui sepanjang kerjaya.

Mungkin setelah membacanya ada yang tidak menyetujui, “Eh kenapa tiada nama so and so?” atau, “Bukankah si polan itu yang selalu namanya tersenarai antara yang paling cantik?” Jawapan saya mereka cantik pada anda, tetapi tidak cukup mengagumkan di mata saya.

Fauziah Latiff

Saya bertemu Fauziah Latiff di Concorde sekitar tahun lepas di majlis berbuka puasa bersama artis naungan Universal Music. Peluang mendekati Jee tidak mahu saya lepaskan. Sayang jika tidak menegurnya apatah lagi saya hafal hampir kesemua lagu Jee daripada Tua Mengejar Kita juga Apa Sebenarnya, Batas Menanti dan Yang Lebih Kau Cinta. Teringat kata cikgu Bahasa Melayu saya dulu, “Penyanyi lain memang sedap suara mereka dan ada yang betul-betul sedap seperti Siti, tapi Fauziah Latiff tu suaranya merdu. Cuba dengar betul-betul lagunya daripada zaman muda pasti kamu percaya cakap saya.” Hari ini mahu saya beritahu pada cikgu saya Puan Fatimah Sembok namanya, bukan saja merdu suara, orangnya juga cantik sekali. Saya menegur Jee memberitahu saya bekerja di majalah milik Wirda Adnan dan balasnya, “Lama tak jumpa kak Wirda?” Tidak sempat berbual lama sementelah ramai menunggu turn bergambar dengannya tetapi saya dengan hormatnya memberitahu kalau kata anda yang cantik itu Fazura dan Neelofa, sebenarnya cantik lagi Fauziah Latiff. Dengan solekan yang nipis waktu itu, berbaju kurung hitam dan rambut bersisir dengan fringe cukup membuatkan saya dengan bangga menyertakan namanya dalam senarai ini. Tutur percakapannya juga lembut saja. Kesederhanaan Jee membuatkan dia begitu cantik. Dan mungkin saya ini terlalu teruja berjumpa Jee hinggakan saya memegang erat tangannya. Nah, I really hope to see you again kak Jee!

[thb_gap height=”40″]

Noor Kumalasari

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7605″][thb_gap height=”40″]

Sewaktu kecil langsung saya tidak minat pada Noor Kumalasari sementelah ingatan terhadapnya hanya yang seram belaka selepas melihatnya menjadi hantu dalam filem usaha sama Malaysia dan Indonesia bertajuk Misteri Rumah Tua. Melihat kepala Noor berpusing-pusing dalam satu scene, juga ketika Noor yang asalnya sebuah patung bertukar menjadi hantu setelah terkena hujan membuatkan saya ngeri setiap kali melihatnya di tv. Namun itu dulu. Semenjak bekerja dalam bidang ini sering saya mendengar kisah kehangatan Noor di zaman 80-an daripada kak Wirda dan baru-baru ini lebih satu jam berbual dengan Michael Ong dan salah satunya Michael bercerita tentang betapa seksinya Noor suatu waktu dulu yang tidak mungkin dapat ditandingi artis sekarang. Berjumpanya di pertunjukan fesyen Rizalman for Zalora, saya terpaku. Majlisnya tahun lalu dan Noor ketika itu diusia 61 sudah tentu tidak semulus kulitnya seperti Izara atau Anzalna tetapi seri wajah dan senyumannya membuatkan sesiapa yang melihat pasti tidak berkelip mata. Selain itu saya cukup berkenan melihat wajah klasik Noor dan dia miliki raut muka yang misteri ibarat menyimpan seribu satu rahsia. Namanya juga sedap, Noor Kumalasari… betul-betul melambangkan nama seorang primadona!

[thb_gap height=”40″]

Siti Shahrizah (Eja)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7606″][thb_gap height=”40″]

“Eja oh she’s so hot!” masih saya ingat blurb muka depan sebuah majalah menampilkan Eja sebagai penghiasnya. Memang pun dia hot di sebalik personalitinya yang lemah lembut. Dalam banyak-banyak dramatis saya rasa dia yang paling cantik sekali. Riak mukanya juga tenang dan manis senyuman. Saya juga suka melihat bentuk wajahnya yang bersegi kerana setahu saya rupa sebegitu bermaksud orangnya kuat semangat dan tidak cemburu walau orang lain miliki lebih daripadanya. Namun saya kira Eja sebenarnya agak ‘reserved’ kalau di luar kerana pernah beberapa kali terlihatnya sebelum ini memakai topeng muka dan kaca mata besar.

Gambar asal: Harian Metro

[thb_gap height=”40″]

Noniswara

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7609″][thb_gap height=”40″]

Pertama kali berjumpa Nonis di majlis An Evening with WW Magazine and Bvlgari di Pavilion. Nonis datang bersama seorang pelakon (tidak boleh sebut nama sebab mereka tidak lagi bersahabat). Masih saya ingat Nonis menyarung dress labuh bercetakan bunga. Saya berjumpanya lagi dalam hari yang sama tetapi di majlis berbeza. Oleh kerana tidak sempat berbual dengannya di majlis koktel majalah Wanita Wawasan tadi, saya menghampirinya kali ini. “Still carry this?” dia menegur saya yang sedang memegang beg kertas berisi pewangi Bvlgari hadiah daripada majlis tadi. “Belum sempat balik office, sebab tu I bawa ke sini.”  Melihatnya dengan lebih dekat, saya percaya jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup pasti beliau memilih Nonis sebagai heroin filem arahannya. Seingat saya walau selepas beberapa minggu bertemu Nonis masih saya terbayang-bayang kejelitaannya.

Gambar asal: https://clanhouseonline.com/

[thb_gap height=”40″]

Louisa Chong

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7608″][thb_gap height=”40″]

Aha, pastinya ramai yang terkejut kenapa nama pelakon hebat ini termasuk dalam senarai saya? Saya cukup kagum dengan artis Bollywood seperti Sushmita Sen, Lara Dutta, Mallika Sherawat dan Zeenat Aman antaranya kerana no one can speak better than them dan kadang, bagus lagi skil komunikasi mereka berbanding menteri. Mahu saya beritahu, apa kurangnya Louisa Chong berbanding mereka? Hanya yang pernah bertemu dan menemubualnya akan percaya kata-kata saya (minus jika penulis yang mewawancara itu ada masalah pendengaran!) kerana Louisa is as eloquent as those Bollywood celebrities. Saya kongsikan sedikit latar belakangnya; merupakan graduan jurusan Perakaunan dari sebuah universiti di London dan pernah bergelar juruaudit untuk filem Star Wars dan dia waktu itu merupakan satu-satunya pekerja wanita di firma tersebut. Daripada segi logik akal, untuk mengaudit filem sehebat itu mestilah syarikatnya miliki reputasi dan juruauditnya pula haruslah punya kredibiliti. Saya menemuramah Louisa ketika bertemunya di satu acara beberapa tahun lalu. Masih saya ingat bertanyakan pendapatnya tentang isu vape dan ini jawapannya, “I don’t agree with vape. It is a waste of money. Kalau pun harganya RM1,000 so what? Patutkah kita berbangga memiliki barang atau hobi semahal itu? All mothers are absolutely very worried about this vape culture because no mothers, or girlfriends or wives would want to see their children, their boyfriends or their husbands taking vape as a culture or a way of living or as a lifestyle. But there is still a hope…” Saya sudah menemubual agak ramai public figure dan dia antara yang teratas dalam senarai paling bagus menjawab soalan. Louisa juga miliki strong personality. Ibarat kata orang putih ‘those people that light up a room the second they walk in’. Dalam kes ini, Louisa Chong bukan saja memberikan cahaya sebaik melangkah ke dalam sesuatu bilik tetapi juga menghangatkannya!

[thb_gap height=”40″]

Itu senarai artis paling cantik pernah saya temui. Sayangnya saya belum pernah berjumpa seniwati Sarimah dan tidak sempat bertemu Allahyarhamah Datin Umi Kalthum atau jika tidak pasti nama mereka juga termasuk dalam senarai ini. Selain itu, teringin juga bertemu Aida Khalida. Teringat melihatnya dalam Sembilu 1 dan drama-drama lakonannya yang banyak saya tonton terutamany pada 90-an. Melihat Aida mengingatkan saya pada pelakon Hollywood Elizabeth Hurley, begitu elegan sekali. Payah nak cari artis kita yang ada pesona seperti ini.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Dr. Jason Emer – “My philosophy has always been, beauty without boundaries.”

admin

RA8 Teman Cantik Anda

admin

Hadiah Safi Khas Aidilfitri

adminwm

Leave a Comment