CANTIK

Rahsia Cantik Wanita Korea

Sering ke Korea, saya terpaksa akui rata-rata gadis Korea cantik. Putih gebu, licin bagai telur dikupas. Saya senang juga melihat gaya mereka, ranggi lagi bergaya. Setiap kali ke Korea saya tidak lepas peluang melewati sudut-sudut menjual alat-alat kosmetik dan produk kecantikan khas buatan Korea dan tertarik untuk berbual dengan jurujual mereka. Tidak kurang ramai boleh berbahasa Inggeris.

Gadis Korea misalnya, amat peka dengan kecantikan kulit dan mereka pastikan mengikut semua ritual penjagaan. Memetik portal Boldsky, berikut adalah beberapa ritual yang dilakukan oleh wanita Korea untuk melindungi kulit mereka.

Menggunakan pembersih berasaskan minyak

Wanita Korea membersihkan muka mereka dengan pembersih berasaskan minyak. Langkah ini bertujuan menghilangkan pelbagai kekotoran pada kulit. Mereka percaya pembersihan kulit menggunakan minyak akan membantu menghilangkan kotoran dan membuatkan kulit  menjadi lebih lembut, segar dan bebas jerawat.

Mengelupas atau menyental

Pengelupasan atau menggunakan penyental adalah perkara yang sangat penting dan mesti dilakukan. Langkah ini sering dilakukan oleh wanita Korea, Asia dan juga Perancis. Seorang jurujual di kaunter memberitahu saya, katanya,  “Nenek saya sudah berusia 70 tahun, masih nampak muda macam 40-an. Ramai menyangkakan dia ibu saya.” Rahsia nenek katanya, “My grandma use nubby washcloth to massage her face everyday, using upward moving, circular strokes.”

Menggunakan ‘topeng muka’ dan masker

Untuk peminat Korea, anda akan sering melihat idola anda memakai topeng kertas di wajahnya, lelaki mahupun wanita.
Topeng kertas pada dasarnya adalah bahan seperti kertas tisu yang direndam dalam serum berkhasiat. Selain topeng muka ramai memilih masker. Masker biasanya mempunyai bahan-bahan yang membantu mencerahkan, melembabkan dan mencegah kulit kusam serta kedutan di muka. Masker jenis tisu daripada Kleenex paling popular. Dan satu daripada bahannya adalah daripada arang. Arang dikatakan bersifat mendetoks dan mengelupas kulit untuk mendapat kulit baru. Biarkan pada kulit selama 15 hingga 20 minit, hasilnya begitu menakjubkan.

Krim mata bukan pilihan, tetapi satu kemestian

Bagi wanita Korea, krim mata adalah satu kemestian dalam rutin kecantikan. Mereka sangat peka akan kecantikan mata.

Penggunaan ‘facial essence’ antara dua lapisan pelembab

Dikatakan wanita-wanita Korea merasakan penggunakan esen juga satu kemestian. Esen bukan toner, sifatnya jauh lebih lembut daripada toner, dan melembabkan kulit, digunakan sebaik selepas membersihkan kulit. Selepas itu dipakaikan serum kemudian baru ditambahkan lagi dengan pelembab untuk mendapatkan hasil paling maksimun, lantaran kulit sentiasa lembab dan keanjalan terjamin.

Gunakan pelindung matahari

Wanita Korea tidak pernah gagal menggunakan losen pelindung matahari pada wajah dan badan mereka. Malah mereka tidak akan meninggalkan rumah sebelum menggunakan pelindung matahari.

Related posts

Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower

admin

Clarins V Shaping Facial Lift

admin

Doa-Doa Supaya Cantik

admin

Leave a Comment