CANTIK

KELEBIHAN SLAÉ YANG ANDA PERLU TAHU

Kosmetik SLAÉ dilancarkan pada April 2021, begitupun sudah ramai mencuba kerana keunikan dan kebaikannya yang tersendiri. Ketahui apa kelebihannya dan mengapa anda mesti mencuba SLAÉ.

Produk kecantikan yang berprestij dan berkualiti

Apabila membeli produk kecantikan atau penjagaan diri, perkara yang paling penting mestilah kualiti, harga yang mampu milik dan seleksi pilihan yang pelbagai. SLAÉ merupakan jenama kosmetik yang menawarkan produk kecantikan berkualiti tinggi, bertaraf antarabangsa dan mampu milik, sesuai dengan keperluan golongan wanita muda masa kini yang konfiden, berani dan inovatif. Didukung oleh duta produk yang bertaraf antarabangsa dan ‘urban’ membuatkan SLAÉ berprestij setanding produk antarabangsa.

‘Nature’s Inspiring Beauty’ merupakan falsafah jenama SLAÉ yang menawarkan rangkaian kosmetik yang menampilkan warna-warna menawan yang luar biasa. Rangkaian kosmetik SLAÉ diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi, menjadikan ianya selamat digunakan. Rangkaian kosmetik SLAÉ mempunyai jaminan formulasi ‘Care4You’ yang memberi maksud bahawa rangkaian kosmetik ini adalah BEBAS daripada Parabens, Alkohol, Minyak Mineral dan Wangian. Dikeluarkan khas untuk mereka yang memerlukan pemakaian kosmetik yang mudah, cepat dan menawan.

Produk yang tiada tandingan.

Semua wanita tak kira usia, muda atau lebih matang, semuanya menginginkan kulit yang sihat, bersih dan berseri. Ramai yang terlalu taksub untuk memiliki kulit cantik bak telur yang dikupas sehingga tidak mengendahkan sama ada produk yang digunakan selamat atau mengandungi bahan kimia berbahaya. Di SLAÉ, kami amat mementingkan keselamatan dan kepuasan pengguna kosmetik SLAÉ. Tidak hanya kepada pengguna, kami juga amat menitik beratkan kebajikan ejen-ejen kami. Faktor kepuasan pelanggan kami adalah elemen utama kepada kejayaan jangka panjang ejen-ejen kami di SLAÉ. Bersama SLAÉ, ejen-ejen kami adalah juga perunding kecantikan sekaligus sebagai ‘walking billboard’ yang melaksanakan jualan serata negara dengan sokongan pemasaran yang padu daripada syarikat

Produk yang tidak bermusim

Wanita dan kecantikan pasti tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja produk kecantikan di pasaran, pasti kaum wanita akan mencubanya. Betulkan? Tak kisahlah mahal atau tidak, yang penting kecantikan menjadi keutamaan mereka, lebih-lebih lagi bahagian wajah. Bukan sahaja boleh membuatkan diri tampil cantik sentiasa, produk kosmetik SLAÉ juga boleh mendatangkan keuntungan. Lapan puluh peratus (80%) penggiat industri ejenship yang merangsang ekonomi negara sebanyak RM10 Bilion adalah daripada kaum wanita! Faktor ini didorong oleh kuasa membeli dipegang oleh kaum wanita.

Di SLAÉ, produk kosmetik kami tidak bermusim dan warna-warna yang menakjubkan itu sentiasa ‘evergreen’ dan sesuai digunakan pada bila-bila masa. Produk SLAÉ yang tidak bermusim ini  menjanjikan produk kecantikan di mana ianya mampu memberi ‘repeat buying’, ‘repeat sales’ dan ‘repeat income’ kepada warga SLAÉ ARMY.

SLAÉ menginspirasikan wanita untuk “Be beautiful in every way” and just “Be It”.

Layari www.slae.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SLAÉ.

Facebook: SLAE Cosmetics     Instagram: slae_hq    Instagram: slaearmy_hq

Related posts

Kempen #EcoBeautySquadMY mahkotakan graduan baharu Cassandra Yap Jie Ying selepas peringkat akhir dalam talian

admin

Tanya Dr. Edmond April 2020

admin

Warna Sekata Dalam Masa Empat Minggu

admin

Leave a Comment