Pada usia 40-50, keadaan kulit akan meunjukkan perubahan drastik. Namun, jangan selesaikannya dengan kaedah botoks atau filler kerana ada cara yang lebih ‘lembut’ tapi berkesan!
Sudah menjadi lumrah pusingan kehidupan, setiap yang muda akan melalui fasa ‘menua’. Setiap yang subur akan beransur layu sesuai perubahan waktu. Kita tidak mampu lari daripada dikejar usia. Namun, janganlah dikhuatiri, laluilah penambahan usia itu dengan tenang dan senyuman kerana wrinkles will only go where the smiles have been.
Okey, jom kita telitikan sedikit fakta kenapa agaknya kulit mulai kelihatan mengendur dan timbul garis kedutan apabila usia semakin meningkat terutamanya pada usia 40 ke 50 tahun?
Pada usia sekitar 40 tahun ke atas, kulit mulai sukar untuk menyimpan lembapan. Maka, kulit akan mula hilang kepadatan dan keanjalanannya. Ini terjadi kerana kolagen semakin kurang dihasilkan. Lebih mendukacitakan apabila kulit mula mengendur dan garis halus serta kedutan terjadi pada wajah.
Pada usia mencecah 50 tahun, ada kalangan wanita mula mengalami fasa menopouse. Ini menjadikan hormon estrogen semakin berkurangan dan kulit semakin menipis. Maka, kedutan semakin ketara muncul pada sekitar wajah. Inilah fasa dan proses yang amat dirisaukan kebanyakan wanita. Siapa tidak mahu kekal ‘awet muda’, kan?
Jadi, apakah cara terbaik yang boleh dilakukan untuk membantu kulit kekal anjal dan awet muda tanpa perlu melalui rawatan berbahaya?
5 Saranan Penjagaan Kulit Untuk Wajah Menua
- Seperti mana tubuh yang memerlukan makan dan minum untuk kekal bertenaga dan cergas, kulit wajah juga perlukan ‘makanan’ untuk terus subur dan bermaya. Bantulah kulit untuk mengekalkan lembapannya dengan menggunakan hyaluronic acid. Ia boleh membantu menarik air masuk ke dalam sel.
- Seperti yang kita tahu lembapan itu sangat penting untuk mengekalkan kualiti kulit yang baik untuk tampil anjal dan lembut. Justeru, jangan abaikan penggunaan pelembap dalam regim penjagaan kulit setiap hari. Ulang pakai setiap kali kulit berasa kering terutamanya jika berada di bawah ruang penghawa dingin.
- Awasi pendedahan sinar UV pada kulit wajah! Inilah antara musuh utama kulit. Jadi, bagaimana untuk kita melindunginya? Aplikasikan tabir suria atau sunscreen dengan kandungan SPF yang bersesuaian setiap kali mahu keluar rumah pada siang hari. Ulang pakai setiap beberapa jam yang disarankan.
- Tidak boleh langsung melakukan rawatan kulit? Boleh. Antara yang disarankan pakar adalah buat rawatan chemical peel. Sel kulit mati yang disingkirkan membantu kulit untuk tampil cerah bermaya kerana sel kulit mati yang tebal yang tidak dinyahkan menyebabkan kulit nampak kusam. Disarankan untuk dilakukan dua
minggu sekali sebanyak tiga ke enam kali. - Alternatif lain adalah dengan melakukan rawatan laser yang bertujuan untuk
mencerahkan kulit dan menyeragamkan tona wajah. Ia juga membantu pertumbuhan
kolagen, yang menjadikan kulit lebih tegang dan anjal , pori menghalus dan
membantu merawat jeragat.