CANTIK

Syampu dan Krim Perapi Safi Shayla Supa untuk Shaylanista!

Jika dalam satu produk terkandung satu bahan yang memberi pelbagai kelebihan, bagaimana pula jika gabungan 11 bahan, berapa banyak pula kelebihan yang kita dapat?

Sebab itu mencuci dan merapi rambut menjadi keseronokan terbaru saya!

Yang sebenar saya ada satu tabiat, suka mencuci rambut dengan kerap. Dan saya percaya ia salah satu penyebab kepada rambut gugur. 

Sudah lebih tiga minggu menggunakan Safi Shayla Hijab Shampoo Supa Smooth, saya lebih relaks. Kulit kepala tidak lagi terasa gatal seperti dulu. Bahkan tidak mengapa walau dua hari tidak syampu rambut kerana rambut tidak rasa melekit, kulit kepala tidak gatal. Masalah rambut gugur juga tidak seteruk dulu. Lega!

Shampoo Supa Smooth ini datang dengan 11 minyak pati;

✨ Minyak Bunga Matahari

✨ Minyak Argan

✨ Minyak Buah Olive 

✨ Minyak Kacang Soya 

✨ Minyak Bunga Chamomile 

✨ Minyak Avocado 

✨ Minyak Jojoba 

✨ Minyak Bunga Lavender 

✨ Minyak Sweet Almond 

✨ Minyak Macadamia 

✨ Minyak Daun Rosemary  

Dan saya gandingkan sekali dengan kombo perapi rambut Safi Shayla Hair Care Expert botol merah jambu yang saya sapu pada rambut setiap kali selepas mandi. Sungguh selesa, tidak berminyak, tidak melekit di tangan tetapi baunya, umm wangi! Rambut juga lebih mudah disikat.

Sudah lebih 20 tahun menggunakan rangkaian produk Safi. Jenamanya menyenangkan, mudah diperolehi dan harganya berbaloi. Bayangkan sebotol syampu Safi Shayla Supa Smooth untuk kandungan 320g harganya hanya RM13 lebih. Botol yang besar, kuantiti pula banyak dan boleh dipakai lebih sebulan. Begitu juga krim perapi rambut hanya sekitar lapan ringgit lebih untuk 120ml. Memang berbaloi. Bayangkan pula jika membeli di pusat beli belah dalam talian, jauh lebih murah!

Safi turut menghantar kit istimewa buat saya, yang mengandungi skarf dan pengikat rambut. Ia merupakan kolaborasi Safi bersama jenama Tudung Ruffle. Cantik tudungnya, berwarna merah jambu. Pasti cantik dipakai insan istimewa yang bakal saya hadiahi nanti! Terima kasih Safi Shayla dan Tudung Ruffle.

Related posts

Kempen Beli Barang Nivea dan Eucerin® di Shopee

admin

Express Your Individuality

adminwm

Pelajari Kursus Menjadi Beautician Di BMIC Nail & Beauty Academy

admin

Leave a Comment