Ada dua produk baru yang saya miliki yang mana setiap kali memakainya bukan sekadar membuat saya seronok kerana keberkesanan, sebaliknya lebih lagi kerana ia menaikkan keyakinan diri dan self esteem saya kerana saya tahu badan saya wangi dan orang yang berhampiran (walau dalam jarak lima meter) juga boleh menghidu baunya.
Pomegranate Soothing Gel – Sering juga saya dipuji lepas mandi!
Inilah produk terpaling wangi yang saya miliki kini. Pomegranate Soothing Gel dibuat daripada buah delima. Saya selalu makan buah delima tetapi belum pernah membeli produk berasaskan buah ini. Tak sangka ia cukup wangi, sepertikan seluruh badan dilumur dengan buah delima. Baunya manis, cukup kuat sehingga seiri rumah memuji saya setiap kali menyapu gel ini.
Yang bestnya ia ada tujuh kegunaan khusus; untuk merawat kulit, mengurangkan masalah tumit kaki yang kering, mengurangkan masalah kulit kering serta kulit dengan masalah iritasi, juga mengurangkan kesan selepas bercukur, serta melembapkan seluruh badan dan juga untuk kegunaan pada rambut.
Aqua Gel Lotion Aloe Vera – Gel aloe vera dah tak berbau macam dulu!
Sekali pandang ingatkan ini botol pencuci muka, rupanya losen gel lidah buaya.
Pelik. Wangi pula gel lidah buaya Safi. Bukan apa, teringat masa sekolah menengah, setiap malam saya menyapu lendir lidah buaya pada muka untuk menyingkir jerawat. Baunya Nauzubillah, tetapi saya tahan dek kerana nak kan kulit yang flawless.
Berbeza dengan Aqua Gel Lotion Aloe Vera ini yang wangi dan lembut sangat baunya. Dan ia losen dengan tekstur gel yang ringan, langsung tak melekit. Boleh jadi trick untuk kulit saya yang selalu nampak kering dan nampak jelas garis kedutan kecil.