Masyarakat dunia diasak dengan pelbagai ‘falsafah sampah’ dan ‘kegilaan’ dunia fesyen, dunia mula sedar, It was the stores and the customers and the brands and all of us that kill the industry.
Sesungguhnya kita semua benci akan apa yang sedang berlaku di dunia sekarang. If there’s anything good that can come out of this, it’s the chance to look at ourselves. Inilah masa dan peluang untuk masyarakat dunia khususnya orang industri menilai semula kesilapan yang telah dibuat dan apakah tindakan dan langkah wajar seterusnya yang harus diambil.
Walaupun perkara pokok yang disarankan kepada pemain industri ialah agar berhati-hati dalam membuat setiap percaturan, perkara utama yang mesti mereka berikan fokus ialah tentang ekosistem yang stabil dan lestari.
Keduanya, mereka mestilah memberi tumpuan kepada permintaan pasaran. Seperti yang dikatakan, seasonal system atau sistem bermusim sudah lapuk dan mati. Orang industri perlu prihatin dan benar-benar kupas dan gali apakah sebenarnya yang masyarakat mahukan. Pereka tidak boleh hanya fikirkan kotak kreativitinya sahaja tetapi benar-benar selami apa yang pasaran mahukan. Jika dulu Versace pernah berkata, pakaiannya untuk wanita cantik dan seseorang itu perlu fits in the clothes and not the clothes fit them. Hari ini pemikiran sebegitu
bukan saja lapuk dan kalut tetapi mementing diri and conceited. Zaman kegemilangan pereka memberi kata mutlak apa yang masyarakat ‘perlu dan mesti pakai’ sudah berlalu dan masyarakat tidak mahu lagi ditakluk oleh kotak idea pereka semata-mata.
Begitupun ini bukan bererti mereka menolak hasil kerja dan kreativiti pereka secara total malah hingga bila-bila pun kepakaran dan kreativiti pereka masih tetap diperlukan tetapi lebih inklusif dan bersifat dua hala yang mana pereka akan menzahir dan menterjemahkan setiap perincian impian pelanggannya namun melalui interpretasinya yang tersendiri.
Jika naluri dan kepentingan-kepentingan ini dapat diselami oleh industri dan diterjemahkan ke dalam rekaan dan pengeluaran, maka akan wujudlah kelestarian dalam ekosistem. Ramai pakar dalam industri berpendapat bahawa persaingan dan ‘perang’ akan menjadi lebih sengit apabila semua syarikat pengeluar fesyen bertungkus-lumus untuk mendapatkan perhatian melalui platform dan rantaian sosial yang sama
Bagi menjayakan impian ini, kunci utama ialah mengenal pasti pengisian yang mampu menguasai perhatian maksimum daripada pengguna. Setiap ‘content’ mestilah dibentuk dan berkembang dengan mengambilkira di mana ia akan di siarkan dan target pasarannya, menggunakan apa sahaja yang memungkinkan, pautan langsung atau direct link yang boleh mengawasi setiap pembelian.
Harapan Masih Cerah dan Industri Pasti Bangkit Semula
Jadi apakah masa depan industri dan apakah yang perlu dilakukan? Fokus Pada sustainability, bahan baru, tangani isu pencemaran, bina budaya inklusif and go digital.
The fashion industry is one of the most polluting industries, and one of the most energy and raw material intensive, ini diakui dan telah banyak ditulis oleh pengkritik indust. Atas sebab ini sustainability dan new material adalah dua perkara penting yang semestinya menjadi tumpuan para pereka dan syarikat pembuat.
Begitupun banyak kemajuan yang telah diperkenalkan. Dan 2020 telah menjadi tahun bermulanya perubahan besar; syarikat terpaksa mencari alternatif kepada tindakan yang lebih advance dan canggih supaya dapat melangkaui permintaan dan ekspektasi pengguna hari ini. Dengan itu transformasi industri ke arah a new sustainable model pasti akan berlaku.
Namun untuk merealisasikan impian tersebut banyak faktor perlu diberikan tumpuan dan kupasan secara terperinci. Pasaran dan industri menuntut para pemainnya, bersikap lebih terbuka, bertanggungjawab dan mengutamakan kelestarian serta proses yang menjamin bebas pencemaran.
Desakan ini menyebabkan ramai bercatur dengan mencari alternatif baru berbanding bahan tradisional. Perlumbaan ini akan berterusan dengan pelbagai kejutan yang dijangka akan berlaku di bahagian ‘Research & Development’ kebanyakan gudang dan kilang pembuat di serata dunia khususnya milik kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China termasuk Amerika Latin dan Eropah misalnya Spanyol.
Sementara itu pakar industri berpendapat perlunya juga satu Inclusive culture yang menjadi kayu pengukur dan disiplin yang mesti dipatuhi dalam setiap perincian proses pembuatan justeru mampu merangkum segala ciri-ciri dan permintaan pengguna dalam sesuatu rekaan atau pembuatan. Pengguna sudah mula membuat demand agar syarikat fesyen lebih proaktif, bertanggungjawab, dan boleh menjamin serta menyokong keperluan mereka. Semua ini perlu diterjemahkan pada setiap rekaan dan hasil keluaran. Apabila ini berlaku, ia akan memberi kesan dan menyentuh internal organisation, hinggalah kepada advertising campaigns dan koleksi para pereka serta sektor pengeluar produk fesyen.
Permintaan tersebut akan pastinya meningkatkan demand dalam transparency atau ketelusan pada setiap peringkat pembuatan hinggalah kepada kempen iklan dan teknik pemasaran; supaya tidak mengelirukan dan misleading, tidak berbaur politik dan racist atau menipu pengguna serta tidak bertanggung jawab. Dan paling dituntut ialah produk yang tidak mencemarkan alam sekitar.
Lewat China
Sebagai kuasa besar dalam segala segi khususnya teknologi dan kuasa tenaga kerja buruh yang cukup tinggi, China diramal akan terus menawarkan peluang dan perkembangan menarik bagi industri lewat 2020. Namun begitu China juga dikatakan lebih kompleks dalam setiap sudut aktiviti perniagaan berbanding kebanyakan multinational lain untuk ditelaah.
Dengan itu, memandangkan banyak syarikat fesyen yang bergantung pada pasaran China dan ramai pula yang berura-ura untuk memasuki pasaran China, pakar menyarankan pemain industri mengalih arah kepada beberapa negara lain yang sedang membangun dan tidak kurang peluang dan kemungkinannya sebagai contoh Amerika Latin.
Saranan tersebut juga adalah sebagai usaha persediaan sekiranya berlaku risiko kepincangan etika perniagaan, yang semua sedia tahu tidak begitu tegas dan menjaminkan dalam pasaran perniagaan dengan China sekian lama dan jika ia terjadi pada masa mendatang.
Kuasai Digital – Kuasai Norma Baharu
Digital adalah satu ‘sistem’ kehidupan kini yang bakal dipakai sepenuh dalam kehidupan norma baharu. Suka atau tidak, setiap orang perlu belajar menggunakan teknologi ini dan setidak-tidaknya tahu menggunakan beberapa apps yang ada dalam telefon bimbit masing-masing misalnya mencari info dalam internet selain menggunakan whatsapp dan mesej pesanan ringkas.
Kemahiran menggunakan gajet digital bukan sahaja mampu memberikan kehidupan yang lebih mudah dan selesa, malah menjamin produktiviti serta ekonomi.
Sebagai contoh mudah, seorang pereka yang bijak menggunakan apps dan saluran internet yang pelbagai tentu saja boleh mempromosi produknya, walaupun dia terkurung di rumah tetapi hasil kerjanya boleh sampai ke Johor, Pulau Pinang mahupun ke luar negara. Mengabaikan kepentingan era digital dan tidak tahu menggunakan teknologinya, samalah seperti menolak kehidupan itu sendiri.
Hasil kajian menunjukkan banyak syarikat, bukan sahaja dalam industri fesyen malah semua sektor industri yang beroperasi secara tradisional atau selalu diejek, ‘old school business’ telahpun berkurangan malah banyak yang sudah gulung tikar kerana mereka tidak mampu bersaing dan menggapai pasaran dan sasaran.
Faham Kaitan Fast fashion vs Slow Fashion
Masyarakat perlu tahu dan disedarkan tentang ‘Fast Fashion’ (FF) atau ‘Fesyen Pantas’. Apa dimaksudkan ialah implikasi dan kekalutan yang dibawakan sektor fesyen ini kepada masyarakat dan persekitaran dari segi etika dan budaya.
Untuk pengetahuan, secara ringkasnya ‘Fesyen Pantas’ adalah pembuatan atau pemasaran rekaan pakaian atau produk fesyen secara penghasilan besar-besaran dan ia juga terkenal dengan ciri-ciri replikasi trend daripada jenama mewah tetapi mampu milik seperti yang dijual di H&M, Zara, MNG, Forever 21 dan sebagainya.
Kerana ciri-ciri itu menjadikan FF amat popular dan telah mencetuskan fenomena. Sektor ini menghasilkan produk bermutu rendah daripada bahan-bahan yang sangat murah namun mengikut perkembangan trend dan mampu memenuhi kedahagaan pengguna yang sentiasa mencari pembaharuan.
Konsep FF yang menjurus kepada perlumbaan tidak sihat di kalangan syarikat fesyen demi untuk mengeluarkan idea baru pada harga murah dan memampukan peminatnya bertukar-tukar pakaian lebih kerap (hingga ke tahap ‘pakai buang’) inilah yang mencetuskan pencemaran hingga ada yang mengatakan ia bukan sekadar penyebab pencemaran alam sekitar dengan penggunaan bahan mentah secara melampau, pewarna beracun secara meluas dan tidak terkawal yang mana sisanya disalurkan ke sungai dan laut, inilah yang menghasilkan sampah yang bertimbun kerana produk FF tidak berkualiti dan tidak tahan lama.
Paling menyedihkan, secara halus FF turut mencemar dan meracuni jiwa serta tatasusila kemanusian; menjadikan mereka manusia yang cuai, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab demi kegilaan mereka terhadap fesyen dan mahu bergaya. Paling malang, apabila masyarakat industri sendiri, ramai yang tidak sedar akan kemusnahan dan kerosakan yang telah mereka sendiri cipta.
Inilah kesan dan bahana yang dibawakan ‘fesyen pantas’ atau Fast Fashion – mass-production of cheap, disposable clothing, countless new collections per year that make us feel constantly out of date and encourage us to keep buying more, produce more and waste more! … and the pandemic completes the destructive mission. Walla! Here we are – Fashion is dead!
Sementara itu Slow Fashion (SF) atau fesyen yang dihasilkan melalui proses tradisional yang lebih perlahan, selamat dan lebih bertanggungjawab. Persoalannya, perlukah, mampukah dan berjayakah kita kembali kepada norma lama ini dan bersaing?
Memandangkan kelajuan teknologi dan gaya hidup hari ini yang begitu pantas juga menilai semula kemusnahan yang telah berlaku, usaha ini pastinya amat sukar namun ia perlu dicuba dan dilaksanakan. Inilah cabaran yang harus ditangani segera oleh pakar industri
Dengan apa yang telah diperkatakan, orang industri tidak perlu risau kerana industri pasti akan pulih walaupun tidak sepenuhnya atau mengikut norma lama yang sebati dengan kehidupan kita sekian lama. Percaya dan yakinlah pembaharuan tidak semesti tidak baik. It’s a matter of getting use dan bagaimana kita mendidik diri dan sikap kita untuk berdepan dan manyahut setiap cabaran.
Yang pasti pemain industri mesti bersatu hati; promote a healthy fashion industry yang boleh memenuhikan permintaan pengguna dan pada masa sama saling memanfaat dan bina semula ekosistem dengan menggemblingkan setiap resources, tenaga dan kreativiti; it works like a puzzle, one piece missing the whole picture is considered incomplete.