AGAMA

Hajat Dimakbul Dengan Surah Al-Fatihah

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Makkah dan terdiri daripada tujuh ayat. Al-Fatihah adalah surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Quran.

Surah ini disebut al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya al-Quran. Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana ia adalah induk kepada semua isi al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya berjumlah tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Cara membaca al-Fatihah untuk memohon hajat

Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata, “Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca seperti yang disebutkan di atas. Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. InshaAllah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.”

Keajaiban surah al-Fatihah jika diamalkan selepas solat

Surah al-Fatihah adalah salah satu surat dalam al-Quran yang disebut sebagai ‘ummul kitab’. Surah al-Fatihah ini memiliki banyak fadilat dan keutamaan. Khasiat dan keistimewaan surah al-Fatihah ini sangat banyak dan luar biasa. Mari kita lihat beberapa keterangan daripada hadis dan juga para ulama di bawah ini.

Rasulullah SAW bersabda, “Membaca Fatihah pahalanya seperti sepertiga Al-Quran.”

Dalam hadis lainnya Rasulullah SAW bersabda, “Surah al-Fatihah adalah seperti yang dimaksudkan dalam bacaannya,” dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang mukmin.”

Sesiapa saja yang membaca surah al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci mensucikan lalu diminum. Ia akan memperoleh ilmu serta hatinya akan dibersihkan daripada fikiran yang rosak.

Siapa yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT dan membaca surat al-Fatihah sebanyak 41 kali antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh sampai 40 hari lamanya, kemudian memohon kepada Allah. InshaAllah akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Siapa yang membaca surat al-Fatihah, al-Ikhlas sebanyak tiga kali serta “Mu’awwidzatain” InshaAllah ia akan selamat daripada segala hal selain sudah ajalnya (meninggal dunia).

Siapa yang mengamalkan surat al-Fatihah bersama Bismillah di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh dalam keadaan istiqamah, inshaAllah doanya akan dikabulkan, jika ia mempunyai hutang mampu membayarnya, jika ia sakit maka akan sembuh, jika ia punya anak maka jadi anak yang soleh dan solehah dengan izin Allah SWT.

Siapa yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali seusai solat fardhu lima waktu InshaAllah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya, diberikan kebahagiaan untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.

Barang siapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari dan sebaiknya ia panjatkan doa ini, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya, sehingga dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akhirat, sehingga dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.”

Barang siapa mengamalkan bacaan al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah SWT membukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.

Selesai membaca al-Fatihah bacalah doa ini, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, kurniaMu dan rezekiMu. Dan Engkau permudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati.”

Diriwayatkan daripada Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’, “Siapa yang punya hajat maka sebaiknya ia membaca surat al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis solat Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah SWT.”

Surat Al-Fatihah dapat mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Ikhtiar mengubati penyakit: Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada bekas berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh tubuh, lalu diminum, InshaAllah menjadi sembuh.

Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulis surat al-Fatihah dengan huruf Arab pada kotak putih dan suci lalu dihapus dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah.

Jika disengat kala jengking: Ambil air minum dan letakkan sedikit garam lalu dibacakan surah al-Fatihah sebanyak tujuh kali, kemudian diberi minum pada orang yang disengat itu, InshaAllah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri, letakkan jari pada tempat yang sakit lalu baca al-Fatihah dan berdoa sebanyak tujuh kali, “Ya Allah, hilangkan keburukan dan kekejian yang aku temukan dengan doa NabiMu yang jujur ​​(al-Amin) dan tetap di sisiMu.”

Mengubati sakit gigi orang lain: SAelesai membaca al-Fatihah, berdoa tujuh kali: “Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku temukan dengan doa NabiMu yang jujur ​​(al Amin) dan tetap di sisiMu.”

Adapun manfaat dan khasiat daripada surah al-Fatihah adalah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun). Sabda Rasulullah SAW, “Barang siapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka ia harus melakukan seperti berikut:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak terlihat atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya sampai nampak terlihat bulan itu. Apabila telah nampak, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya di mata dengan membaca al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu membaca tujuh kali doa ini, “Al-Fatihah itu menjadi ubat segala penyakit dengan rahmatMu ya Tuhan yang pengasih penyayang,” lalu mengucapkan, “Yaa Rabbi” sebanyak lima kali. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak sekali, “Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan.”

 

 Sumber: darahatiku.blogspot.my

Related posts

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

admin

Ghazwah Badar al-Kubra

admin

Penzina Akan Kekal Miskin Dan Muka Gelap Sepanjang Hidupnya

admin

Leave a Comment