CANTIK

Murad Malaysia Melancarkan Prebiotik Series

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Jenama penjagaan kulit antarabangsa Murad baru-baru ini melancarkan produk dikenali sebagai Prebiotic Series yang dilengkapi dengan agen anti-bakteria.

Rangkaian produk ini berfungsi sebagai pemusnah bakteria jahat yang terdapat pada kulit muka waktu sama melindungi bakteria baik dalam mengekalkan ekosistem permukaan kulit. Untuk pengetahuan anda, permukaan kulit kita dihuni oleh jutaan organisma mikrobiotik yang terdiri daripada bakteria dan fungus.

Terdapat tiga jenis produk dalam rangkaian Prebiotic Series; Prebiotic 3-in-1 MultiMist yang berfungsi membantu menyuburkan kadar prebiotik kulit agar dapat seimbangkan mikrobiotik pada wajah,  Murad’s Prebiotic 4-in-1 MultiCleanser sebagai agen pencuci; membersih, menghidrat dan menjaga keseimbangan kulit manakala pada belah malam pula, penggunaan Murad’s Night Fix Enzyme Treatment untuk menggalakkan pemulihan sel-sel kulit ketika sedang tidur.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button