Sudah tiba masa untuk Malaysia mempunyai kod keselamatan QR industri kecantikan demi keselamatan pengguna. Ini adalah berita baik buat para pengguna produk kecantikan kerana sekian lama keselamatan mereka tidak terjamin
sepenuhnya sebelum ini.

Keselamatan pengguna hari ini tidak begitu terjamin memandang terlalu banyak produk di pasaran untuk mereka pilih namun produk tersebut belum tentu kesahihan kualiti dan efikasinya. Malah terdapat banyak aduan yang melibatkan kerugian besar berpuluh juta ringgit kepada pengguna malah kepada pengeluar produk tulin. Lebih
teruk ada yang mencacatkan wajah, kulit dan anggota badan mereka setelah menggunakannya.
Usaha dan pengumuman National Board of Beauty (NBOB) merealitikan satu sistem KodQR terkini yang direka khas untuk industri kecantikan. Ia seharusnya dipuji dan dijangka mendapat sambutan. Ia juga adalah satu kaedah terbaik menjawab kegusaran para pengguna dari segi keselamatan produk yang mereka guna selama ini.

Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh pelbagai pemain industri, termasuklah pakar kecantikan, pembuat dan pembekal produk kecantikan serta salun, dan juga wakil media.

“Hari ini, kita telah melakar satu lagi pencapaian penting dalam industri kecantikan dan dengan pelancaran Kod QR ini kita mengharapkan dapat memberi kelegaan
kepada para pengguna produk kecantikan,” kata Pengerusi National Board of Beauty, Puan Sri Dato’ Hajah Rositah Md Mawi.
Tindakan ini mempamerkan kesungguhan badan tersebut untuk mengawal keadaan dan mencari jalan penyelesaian kepada lambakan produk bahaya dan tidak berkualiti di pasaran seterusnya melindungi para pengguna. Namun begitu mereka juga setuju bahawa ia tidak semudah yang dijangka atau dirancang kerana banyak halangan dan perkara penting bersabit dengan kelancaran kerja mereka ini menuntut pemantauan menyeluruh dan kerjasama semua pihak.
Dalam sesi pengenalan dan informasi mengenai kaedah KodQR, telah menghuraikan agak terperinci bagaimana penggunaannya boleh memanfaatkan bukan sahaja pengguna malah pengeluar produk secara sinergi. ini adalah
permulaan usaha dan banyak lagi langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan kedudukan NBOB. Pelancaran KodQR ini adalah bukti komitmen mereka dalam memastikan pengguna mendapat akses kepada maklumat produk dengan mudah dan mengelakkan produk tiruan di pasaran.
Memantau dan Melumpuhkan Pasaran Tiruan Inisiatif ini memberi pengguna peluang untuk mengakses maklumat terperinci tentang produk kecantikan, termasuk bahan-bahan yang digunakan, tarikh luput, arahan penggunaan, dan ulasan atau testimoni pelanggan hanya dengan mengimbas Kod QR pada produk.
Antara lain ia bertujuan meningkatkan kesedaran penggunaan berkenaan keselamatan dan kualiti produk. Kod QR ini juga menyediakan maklumat tentang penganugerahan atau pengiktirafan yang diperolehi seperti sijil sah yang diperolehi termasuklah bahan halal dan kelulusan daripada agensi Kerajaan.
Setiap perincian tentang produk adalah bagi memastikan pengguna membeli produk yang selamat dan berkualiti tinggi di samping meningkatkan keyakinan pengguna. Dengan Kod QR pengguna boleh memastikan produk yang dibeli adalah tulen dan bukan tiruan




Acara pelancaran dan hadirin menyaksikan demonstrasi penggunaan Kod QR oleh para jemputan Satu perkara yang ditegaskan juga ialah dengan KodQR pihak berkuasa dan orang ramai khususnya pengguna dapat memerangi lambakan produk tiruan di pasaran. Dengan adanya sistem pengesanan ini, produk tiruan dapat dikenal pasti dengan mudah. Ia juga akan membantu pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih efektif dalam membanteras penjualan produk tiruan dan seterusnya dapat dikenalpasti dengan mudah, mengurangkan risiko kesan sampingan yang tidak diingini Kemudahan Penggunaan dan Kelestarian Alam Sekitar Pengguna hanya perlu menggunakan telefon pintar mereka untuk mengimbas Kod QR dan mendapatkan semua maklumat yang diperlukan tanpa menggunakan atau memuat turun aplikasi. Kaedah ini secara tidak langsung memberi ketelusan dari
segi maklumat yang jelas mengenai produk yang mana akan meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap jenama dan pengeluar.
Pada demonstrasi Kod QR di majlis pelancaran ini turut menyaksikan demonstrasi penggunaan Kod QR oleh para jemputan. Mereka berpeluang melihat sendiri bagaimana Kod QR ini dapat memberikan maklumat secara langsung dan cepat hanya melalui telefon pintar mereka.
Antara fakta menarik mengenai Kod QR ini, ia menggalakkan kelestarian alam sekitar yang mana mengurangkan penggunaan bahan cetakan seperti risalah dan brosur dengan menggantikan informasi ini melalui Kod QR.
“Kami amat berbangga dapat memperkenalkan teknologi Kod QR dalam industri kecantikan ini. Dengan perkembangan teknologi, kami berusaha untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik, memastikan keselamatan dan kualiti produk, serta menyokong kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini merupakan langkah ke
hadapan dalam mendigitalisasikan industri kecantikan di negara kita,” tambah Puan Sri Dato’ Hajah Rositah lagi.
Harapan Masa Depan Dengan pelancaran Kod QR ini, ia akan menjadi langkah awal ke arah pembaharuan
industri kecantikan di negara ini dan berharap agar penggunaan Kod QR ini dapat diterima secara meluas oleh pemain industri dan pengguna, sekaligus meningkatkan standard keselamatan dan kualiti dalam industri kecantikan.
Pada siding media, beliau menggesa semua pengeluar dan penjual produk kecantikan untuk mengambil langkah proaktif dalam menggunakan teknologi ini bagi kebaikan bersama. Selain itu, NBOB akan membangunkan fasa 2 di dalam bidang perkhidmatan kecantikan, di mana, pemantauan perkhidmatan tidak beretika akan dilaksanakan melalui perlesenan individu dan syarikat.
Maklumat Lanjut: [email protected] 017-2066286