SANA-SINI

Kedai Konsep Pintar OGAWA

Tahun baharu yang akan tiba mendatangkan peluang untuk

perniagaan membina semula demi memenuhi keperluan semasa khalayak ramai. Berbekalkan pengetahuan hasil pengalaman yang lalu, OGAWA Malaysia berkembang daripada inisiatif semasa mereka untuk menyediakan pengalaman baharu dalam kedai yang sepenuhnya di OGAWA Concept Store di Mid Valley Megamall dengan memperkenalkan hibrid teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup yang dipertingkatkan untuk menghasilkan pengalaman dalam kedai yang lebih menarik minat rakyat Malaysia.

Di bawah konsep baharu ini, OGAWA akan menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global dan tawaran pengalaman terbaik yang sesuai dengan pelanggan zaman moden. Daripada estetika dalaman kedai kepada identiti jenama logo yang dipertingkatkan, OGAWA Concept Store menandakan satu lagi babak transformasi yang mengintegrasikan kehidupan pintar dan pengalaman kedai fizikal yang merealisasikan "Kehidupan Pintar" secara mudah. Datuk Lim Mee Ling, CEO dan Executive Director OGAWA Malaysia berkongsi bahawa pertimbangan yang mendalam telah diberikan kepada setiap elemen kedai dan jenama, yang kemudiannya diterjemahkan kepada persekitaran membeli-belah yang lebih selesa, lebih pintar dan sihat untuk pelanggan mereka.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan versi terkini kami untuk pengalaman dalam kedai OGAWA. Sebagai jenama Kesihatan dan Kesejahteraan yang terkenal di peringkat antarabangsa yang berkembang pesat pada skala global, peningkatan sebegini melalui reka bentuk dan konsep yang inovatif akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami yang mencari mesin urut dan teknologi kesihatan yang berkualiti tinggi.”

Reka bentuk kedai dilengkapkan dengan gabungan teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup dengan menggunakan warna mawar keemasan dan putih sebagai warna utama yang dipadankan dengan kombinasi kayu untuk menghasilkan reka bentuk ruang yang seimbang dan harmoni.

Penggunaan aliran pancaran cahaya menyerlahkan lagi kualiti produk dan secara semula jadi melembutkan penjuru dinding lalu menghubungkan pelbagai ruang dengan lancar untuk

pengalaman yang mengasyikkan buat pelanggan. Lekapan bulat direka dengan paparan yang mempunyai tiga tahap ketinggian untuk menampilkan produk kecil dan ini menyenangkan pelanggan melihat produk yang ditawarkan lalu menggalakkan interaksi langsung dengan produk-produk tersebut. Logo OGAWA juga diberi wajah baharu daripada warna hijau yang sudah pun dikenali kepada warna putih yang sofistikated – mencerminkan ketetapan OGAWA untuk membawa kesejahteraan kepada semua di seluruh dunia.

“Setelah pertimbangan dan penyelidikan yang teliti, kami telah menghasilkan reka bentuk dan konsep dalaman baharu yang menandakan kemodenan dan inovasi dengan elemen utama yang menyampaikan misi dan orientasi kami sebagai peneraju kesihatan global, sambil kekal kepada reputasi kami yang sentiasa mengembangkan teknologi kesihatan dan produk untuk meningkatkan gaya hidup orang ramai di seluruh dunia, untuk hari ini dan hari esok.

“Kami mahu pelanggan kami menikmati kehidupan yang menyenangkan, maju dan sihat apabila mereka berada dalam keselesaan rumah mereka sendiri, tetapi juga dengan integrasi gaya hidup pintar yang wujud dalam setiap isi rumah rakyat kita. Oleh itu, bukan sekadar kedai biasa, di OGAWA Concept Store, kami mencipta persekitaran yang selesa lagi futuristik di mana apabila mereka melangkah masuk ke kedai kami, ia bagaikan melangkah masuk ke rumah sendiri.”

Related posts

Edisi BMW 3 Series Terbaharu.

adminwm

Pembukaan Butik Kate Spade New York di KLCC

admin

vivo V21 dan V21e

admin

Leave a Comment