CANTIK

Hada Labo H.A Booster Serum Berkesan Menangani Pelbagai Masalah Kulit

Jika anda ingin memiliki kulit yang berseri, sudah tiba masanya untuk memperkenalkan serum  booster ke dalam rejim penjagaan kulit harian anda. Serum booster boleh dianggap sebagai  penyelesaian ampuh untuk menyelesaikan masalah kulit tertentu.Tidak seperti serum biasa,  serum booster membantu anda memperoleh hasil dengan lebih cepat kerana ia mempunyai  bahan-bahan kepekatan dalam jumlah lebih besar. Serum mempunyai tekstur yang lebih ringan,  jadi ia boleh menyerap bahan aktif dengan cepat ke dalam kulit. Ia bertindak sebagai senjata  rahsia untuk merawat masalah kulit seperti kekeringan, kusam, garis halus, jeragat dan masalah  kulit yang lain. 

Bertujuan untuk membantu wanita mencapai kulit yang cantik dan sempurna, Hada Labo, jenama  penjagaan kulit inspirasi Jepun memperkenalkan H.A. Supreme Booster Serum baharu.  

Hada Labo Booster Serum disertakan dengan empat jenis Asid Hyaluronik (H.A.) premium dan bahan  pekat bagi membantu meningkatkan fungsi produk penjagaan kulit anda dalam memerangi  bintik gelap, garis halus dan cela. Melalui kajian yang dijalankan oleh Hada Labo, ia terbukti bahawa serum booster ini mampu mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam sebanyak 48%,  meredakan kerengsaan kulit hanya dalam lima minit dan memberikan penghidratan dalam 24 jam  pada kulit. 

Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ditawarkan dalam tiga varian iaitu H.A. Supreme Vita  Brightening Booster Serum (Produk Wira), H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum dan H.A.  Supreme Cica Soothing Booster Serum untuk menangani masalah kulit yang berbeza. Ia bebas  alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, yang menjadikannya sesuai untuk  semua jenis kulit.

H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum (RM89, 30ml) 

Serum booster kulit yang mencerahkan ini diperkaya dengan formula Suntikan Pemutihan yang  berkesan (5% Niacinamide, Vitamin B12 dan Asid Hyaluronic) untuk memberikan penghidratan  yang mendalam dan mencerahkan warna kulit. Ia termasuk ciri-ciri berikut:- 

• Membantu mencerahkan kulit kusam, dan mengurangkan bintik hitam serta parut  jerawat sebanyak 48% untuk kulit cerah berseri. 

• Diperkaya dengan empat jenis Asid Hyaluronik yang memberikan kelembaban tegang pada  kulit. 

• Teksturnya yang ringan dan cepat menyerap jauh ke dalam kulit (iaitu lapisan dermis  1.5mm). 

H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum (RM89, 30ml) 

Jika kulit anda mengalami dehidrasi, ini pastinya serum booster anda. Seperti namanya, H.A.  Supreme Cera Hydrating Booster Serum membantu meresap jauh ke dalam kulit untuk  menguatkan penghalang pelindung kulit, mengekalkan kulit terhidrat dengan baik dan liang pori  kelihatan lebih kecil. 

Diperkaya dengan empat jenis Asid Hyaluronik bersama Ceramide, varian serum booster oleh Hada  Labo ini memberikan kelembaban yang kuat pada kulit dan membina penghalang pelindung kulit  untuk mengelakkan kehilangan lembapan. Ia memberikan penghidratan dalam 24 jam pada kulit.  Teksturnya yang ringan menyerap dengan cepat dan meresap jauh ke dalam  lapisan kulit. 

H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum (RM89, 30ml) 

Diperkaya dengan 20,000 ppm Cica Complex dan empat jenis Hyaluronic Acid, serum booster ini  membantu melega dan menenangkan kulit yang mudah berjerawat serta merengsa dalam hanya lima minit, sambil memberikan kelembaban yang secukupnya pada kulit. Apabila digunakan, teksturnya yang ringan menyerap dengan cepat ke dalam kulit, menjadikan kulit berasa tenang dan terhidrat. 

Cara penggunaan: Langkah 1: Sapu selepas losen Hada Labo (siang dan malam) Langkah 2: Sapukan jumlah booster serum sebesar kacang ke pipi, dahi, hidung dan dagu Langkah 3: Tepuk perlahan dan ratakan serum ke muka sehingga menyerap

Temui dan bangkitkan semula potensi kecantikan kulit anda dengan Hada Labo H.A. Supreme  Booster Serum. Serum booster oleh Hada Labo ini boleh didapati bermula Disember 2021 di  semua farmasi terkemuka serta di Shopee.com.my dan Lazada.com.my  

Falsafah penjagaan kulit Hada Labo: 

Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil  kemuncak kulit yang cantik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun, Hada Labo mengadaptasi  falsafah “tidak lebih tidak kurang” dalam rumusan produknya untuk nisbah ramuan “sempurna” bagi  memberikan hasil optimum. Bahan membebankan kulit seperti bahan tambahan, pewarna, wangian dan  minyak mineral dihapuskan. 

Hanya ramuan pati yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain.

Related posts

Suntikan Bibir: Kesan Sampingan Negatif Yang Anda Tidak Tahu

admin

Dr. Jason Emer – “My philosophy has always been, beauty without boundaries.”

admin

Clarins Revolutionary 5P Defense Technology for 5-Dimensional Protection

admin

Leave a Comment