CANTIK

Produk Kecantikan Paling Disenangi Rakyat Malaysia

Terdapat banyak produk kecantikan di Malaysia. Sebelum anda memilih jenama yang terbaik untuk kegunaan sendiri, cuba buat sedikit ‘homework’, agar tidak salah pilih produk. Ditakuti anda pakai sekali dua dan terpaksa dibuang kerana tidak sesuai kulit dan lebih menyedihkan kulit yang sedia cantik bertukar rupa; boleh jadi naik jerawat, gerajat, bertompok-tompok dan pelbagai kesan negatif hasil daripada kesilapan memilih jenama dan produk yang bahan-bahannya tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Di bawah ini rangkaian produk yang paling disenangi rakyat Malaysia malah sesetengah mendapat pengiktirafan sebagai produk paling laris dalam kategori tertentu.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation fade-in” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5296″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Lancome Advance Genifique
Jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. Rata-rata yang menggunakan produk-produk daripada jenama ini akan terus menggunakan kerana ia memberi kesan yang optimun.

Sebagai pengguna Lancome, saya senang sekali dengan Lancome Advance Genifique. Ia boleh dikatakan ‘best anti aging skin care product’ untuk saya khasnya. Dan produk ini juga adalah ‘best selling product.’Serum Advance Genifique ‘turn back time’ dan hasilnya ia mengembalikan keremajaan kulit. Cuma gunakan beberapa titik, sapu pada wajah dan kesannya menakjubkan kerana ia membuat kulit bercahaya, memulihkan dan memperelokkan kulit.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation fade-in” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5298″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel
Gel ini lebih sesuai pada kulit berminyak terutama di zone T. Memang satu ketika dulu ia menjadi pilihan saya tetapi sejak kulit ini lebih matang dan kering, tiada lagi berminyak, saya tidak lagi menggunakan. Akan tetapi kalau lah anda mengalami keadaan kulit yang berminyak-minyak, jangan menunggu lama, dapatkan segera.

Ia ringan dan ‘powerful’ dengan bahan-bahan di dalamnya bertindak mengawal kulit berminyak, tidak sticky dan tidak juga menggeringkan kulit. Kelembapan terkawal.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation fade-in” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5299″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Sephora Intensive Instant Moisture + cream
Harga yang berpatutan dan kurang RM100. Diformulasikan dengan asid hyaluronic dan antioxsidant bagi menambahkan seri pada wajah waktu sama melembabkan. ‘It acts as moisturizer and radiance booster’. Kulit jadi cerah.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation fade-in” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5300″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Loreal White Perfect Cream SPF17
Produk ‘whitening’ terbaik lagi murah. Bagi yang punya noda-noda hitam (dark spot) dan hyperpigmentation terjadi kerana tidak menggunakan sunblock dan kerap terdedah dengan sinaran UV, mungkin inilah pilihan terbaik. Ia diperkaya dengan Melanin-Vanish dan Tourmaline Gemstone bagi membantu mengurangkan noda-noda hitam pada kulit muka.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation fade-in” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5301″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

The Body Shop Drops of Youth Youth Essence Lotion
Dikatakan ‘best skincare lotion for wrinkles. Ia bebas daripada ujian ke atas binatang. Menggunakan teknologi potent stem sel, losen ini melembab, menggebu daan melicinkan kulit. Kulit berasa licin dan tegang lagi lembut.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation fade-in” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5302″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Neutrogena Combination Skin Oil Free Moisture
Murah dan amat berkesan. Ia membantu anda daripada masalah yang menyakitkan mata bila bedak dan pewarna mata mudah cair dan permukaan kulit berminyak. Nampak buruk sekali.

Menariknya produk ini bertindak hanya pada bahagian yang berminyak dan mengeringkannya terutama di bahagian zone T. Pada cuaca panas terik yang dialami sepanjang tahun, ini mungkin pilihan yang tepat untuk mengatasi masalah kulit berminyak.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation fade-in” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5303″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Simple Facial Wash Gel
Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah menggunakan jenama ini yang sudah pastinya berkembang sesuai dengan perubahan masa dan kehebatan dunia kecantikan hari ini. Dikatakan produk in ‘Best drugstore cleanser for sensitive skin.’

Ia pencuci muka yang melembutkan kulit sekali, yang diadun dengan pelbagai vitamin bagi memberikan hasil yang maksima pada setiap kali ia digunakan. Ia dibuat tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh merosakkan kulit juga tanpa dimasukkan pewangi. Ia asli dan boleh digunakan selalu.

[thb_gap height=”20″]

Sk11 Facial Treatment Essence
Bawalah produk ini ke mana sahaja anda berada, baik negara sejuk mahupun yang bercuaca panas. Ia produk amat berguna kepada setiap wanita baik siang mahupun malam. Produk ikonik daripada SK11 boleh mengubah tekstur kulit, ia melembabkan kulit yang kering dan segera membaik pulih kerosakan kulit disebabkan cuaca panas hujan yang sepanjang 2018.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Herborist Focus on Rebalancing, Rehydrating, Rejuvenating, Brightening and Firming The Skin

admin

Cantik Cara DNM

admin

Tanggalkan Solekan Cara Gwyneth Paltrow

admin

Leave a Comment