GAYA HIDUPSANA-SINI

PAUL Malaysia Lancar Menu Baru

Bertempat di restoran PAUL yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini, PAUL melancar menu baru mereka yang dilengkapi dengan lebih 30 hidangan. Bersedia untuk menghidang para pelanggan dengan pelbagai hidangan utama, salad segar dan pencuci mulut yang merangkumi makanan Perancis klasik dan hidangan gabungan yang inovatif.

Hidangan kuliner Perancis-Euro yang asli ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi serta segar dari dalam negara dan dari Perancis. Hidangan baru seperti Croque Mushroom dan Seafood Risotto adalah contoh hebat hidangan dimasak dengan cara tradisional oleh chef PAUL yang dilatih di peringkat antarabangsa.

Menu PAUL juga merangkumi trend yang sememangnya kian dipraktikkan, iaitu pemakanan sihat. PAUL menawarkan salad-salad yang berkhasiat tinggi seperti salad buah avokado, quinoa dan udang, dan pilihan vegetarian seperti Quiche Mushroom dan spageti dengan sayuran bercampur.

Pencuci mulut PAUL terbaru dengan aiskrim berupa sundae Peranchis yang dinamakan Dame Blanche dan Fraise Melba. Turut ditawarkan adalah patisseries, viennoiseries, serta kek PAUL yang mempunyai pelbagai perisa tulen dan buahan segar.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

LOVES E.A.R.T.H

adminwm

Khas Hari Kekasih: Sasha Saidin x Sirhan Wahab

admin

VIVO Y33s

admin

Leave a Comment