GAYA HIDUP

Pertubuhan Kasih Neelofa Dilancarkan

Bertempat di Hotel Majestic, di dewan yang indah, dua hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan, Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) dilancar dalam suasana tenang lagi harmoni. Muzik ‘live’ segar daripada kumpulan  Nur Ahli Badar & Inteam dengan irama Timur Tengah menghiburkan sepanjang majlis. Tidak lama kemudian Ustaz Don Daniyal dijemput ke pentas memberikan tazkirah. Sungguh terkesan meriwayatkan kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat di zaman Baginda yang ‘berebut’ bersedekah kerana ganjaran terlalu-lalu besar. Berinfaq lah kita terutama di bulan Ramadan. Beri makan kepada yang berpuasa walaupun cuma sebiji kurma kerana pahalanya teramat besar. Mengambil keberkatan Ramadan, Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN)) dilancarkan oleh pengasas PKN sendiri Hajjah Noor Neelofa Mohd Noor.

.

Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) melancarkan beberapa program infaq dan menyasarkan untuk mendekati lebih ramai golongan kurang bernasib baik. Lima program infaq yang dilancarkan itu ialah Infaq Yaman, Infaq Quran, Infaq Rehal, Infaq Kasih Ummah (Susu Nilofa) serta Program Qurban 2021.

“Kita juga ada infaq lain seperti Infaq Jumaat, Infaq Pendidikan dan Infaq Masjid di mana orang ramai boleh terus beri sumbangan juga. Sumbangan boleh dibuat melalui portal Kasih Neelofa, orang ramai boleh pilih mereka mahu menyumbang bagi kategori mana.

Turut dilancarkan ialah program Iftar Box dan Food Box yang akan digerakkan melalui pemberian pek-pek makanan dan kotak makanan asas kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada rumah kebajikan, pelindungan, madrasah serta komuniti perumahan kos rendah.

Sepanjang dua tahun penubuhan, PKN komited dalam menyantuni masyarakat di segenap lapisan dan giat melaksanakan program infaq untuk membaik pulih puluhan surau, masjid dan madrasah. Situasi COVID-19 memerlukan keprihatinan ramai. Ramai yang terjejas dan sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO), diharap lebih ramai lagi badan korporat atau individu perseorangan tampil untuk bersama-sama mengembeleng tenaga, membantu mereka yang lebih memerlukan.

Dalam ucapannya Neelofa menyebut desakan menubuhkan PKN adalah kerana banyak badan dikuatiri menggunakan nama pertubuhan untuk tujuan peribadi. Saya sendiri pernah berasa ragu-ragu setelah berinfaq dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menubuhkan PKN yang berdaftar dan dapat dimanfaatkan untuk pelbagai kerja amal.”

Tetamu amat terkesan walaupun baru dua tahun ditubuhkan, dari Utara ke Selatan, Timur dan Barat hingga ke sebarang laut, pelbagai jenis bantuan diberikan oleh PKN. “Sumbangan boleh dibuat melalui portal Kasih Neelofa, di situ sudah ada semua dan orang ramai boleh pilih mereka mahu menyumbang bagi kategori mana.

Turut dilancarkan ialah program Iftar Box dan Food Box yang akan digerakkan melalui pemberian pek-pek makanan dan kotak makanan asas kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada rumah kebajikan, pelindungan, madrasah serta komuniti perumahan kos rendah.

Sepanjang dua tahun penubuhan, PKN komited dalam menyantuni masyarakat di segenap lapisan dan giat melaksanakan program infaq untuk membaik pulih puluhan surau, masjid dan madrasah. Situasi COVID-19 memerlukan keprihatinan kita, pastinyaa.

Ramai yang terjejas dan sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO), Neelofa berharap lebih ramai lagi badan korporat atau individu perseorangan tampil untuk bersama-sama mengembeleng tenaga, membantu mereka yang lebih memerlukan. tambahnya. Malam itu juga sudah ramai yang telah turut serta berinfaq, aamiin.

Tetamu  pasti gembira kerana pulang dengan pelbagai cenderahati khasnya senaskah Quran. Syabas Neelofa, hanya Allah yang akan membalas budimu.

INFAQ BERSAMA KASIH NEELOFA

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat pada yang lain.’ (Riwayat Ahmad)

INFAQ BERSAMA KASIH NEELOFA

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat pada yang lain.”

(Riwayat Ahmad)

Related posts

Qatar Airways  New Order for GE9X Engines 

adminwm

BMW Malaysia umum pengemaskinian produk untuk BMW iX xDrive50 Sport baharu.

adminwm

VITAMIN UNTUK MENOPAUS

adminwm

Leave a Comment