GAYA HIDUPHidanganResipi & Petua

Resepi Nasi Kabsah (ayam/daging/kambing)

DARI DAPUR RAKYAT

Pes

  • Rempah yang digunakan adalah:
  • Bawang
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lada Hitam
  • Bunga Cengkih
  • Buah Pelaga
  • Tomato Cincang
  • Kayu Manis
  • Buah Pala
  • Kunyit
  • Ketumbar
  • Jintan
  • Paprika
  • Adas
  • Limau hitam
  • Daun Salam

Pes Kabsah ‘ready to cook’ siap dibotol ada dijual (di Dapur Rakyat).

Bahan-bahan
Basmati
Ayam/daging Lembu/Kambing (pilih yang anda suka)
Bawang Besar (1-2 biji)
Buah Pelaga (1 sudu teh)
Bunga Cengkih (1 sudu teh)
Kayu Manis (1-2  btg)

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak (minyak zaiton juga boleh)

2. Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan bawang besar yang di potong. Masak hingga bawang keperangan.

3. Masukkan pes kabsa (satu botol untuk ayam seekor)

4. Masukkan ayam

5. Sementara itu, rendam beras, dan masukkan ke dalam periuk air mendidih.

6. Masukkan garam.

7. Ayam yang sudah masak, masukkan ke dalam periuk sebagai lapisan pertama.

8. Lapiskan dengan nasi yang dimasak (3/4 masak) dan sudah ditos ke dalam periuk  lapisan ayam pertama.

9. Selesai lapisan nasi ke atas lapisan ayam pertama, masukkan lapisan ayam kedua, dan sekali lagi masukkan lapisan nasi menutupi ayam.

10. Kukus nasi sehingga wap keluar dan nasi masak. Masukkan sedikit minyak zaiton atau minyak sapi/ghee (pilihan). Gaulkan nasi sedikit sebelum diangkat untuk dihidangkan.

Nasi Kabsa dihidangkan dengan salad (sedikit daun salad, timun dan tomato dipotong kecil, garam dan perahan lemon) serta sos cili salsa (cili merah & hijau, bawang besar (1) tomato serta daun ketumbar, dikisar dan ditambah garam, sedikit gula dan apple cider)

Laksam

Bahan-Bahan:

Bahan untuk kuah laksam:

  • 1 kg ikan
  • 10-15 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 5 keping asam jawa
  • seketul gula melaka
  • pati santan daripada 2 biji kelapa

Bahan untuk laksa kukus:

  • 6 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 8 cawan air suam
  • Garam secukup rasa 

Bahan untuk sambal belacan:

  • 10 biji cili merah
  • 15 biji cili padi
  • 3 biji jus perahan limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk ulam-ulaman:

  • kacang panjang
  • bunga kantan
  • timun
  • daun kesum
  • taugeh
  • bawang besar
  • limau kasturi
  • kubis

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk kuah laksam:
    • Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan asam keping,  seinci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 20 minit.
    • Apabila ikan sudah masak, sejuk kan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
    • Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
    • Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
    • Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tidak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama lima ke tujuh minit.
    • Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman
  2. Cara untuk laksa kukus:
    • Panaskan periuk kukusan. Sediakan tiga loyang berukuran 8″ atau 9″. Kalau tidak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
    • Satukan tepung bersama garam.
    • Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Anda boleh menggunakan whisk, lagi cepat halus.
    • Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak tiga senduk kecil.
    • Kukus selama beberapa minit. Angkat loyang dan sejuk kan. Boleh juga dialirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
    • Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. 
    • Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.
  3. Cara untuk sambal belacan:
    Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  4. Cara untuk ulam ulaman:
    Hiris halus kesemua bahan ulam.

Sedia untuk dihidangkan. Laksam lebih sedap dimakan panas.

Gambar ihsan
Dapur Rakyathttps://www.instagram.com/dapurrakyatywm/

Related posts

filem SPIDER-MAN™: NO WAY HOME™? 

adminwm

Haruman Magikal

adminwm

Demam Panas: Rawatan Awal

admin

Leave a Comment