Clarins Total Eye Lift & Contour Treatment Oil #ulasanproduk

Total Eye Lift

Clarins pengeluar produk kecantikan melancarkan produk terbarunya, Total Eye Lift, produk yang diasaskan daripada tumbuh tumbuhan, antaranya ekstrak bunga Cassie dan pokok Harungana. 

Cassie sejenis bunga kekuningan mengeluarkan semerbak bau harum sementara  ekstrak Harungana daripada pokok di Madagascar. Ia kaya dengan sifat menjana semula kulit juga menenangkan. Dapat membantu mengatasi bengkak dan bekas kehitaman di sekeliling mata juga menghapus kedutan halus dan malah kulit kerepuk. Juga katakan selamat tinggal kepada wajah yang nampak letih, lesu. Organic Harungana extract is as powerful as retinol but gentler on skin.

Produk ini sudah sebulan diberikan kepada saya, tetapi baru dua minggu sempat digunakan. Keletihan menjaga orang sakit dan tidak mendapatkan tidur cukup mengalakkan lagi bulatan hitam di bawah mata menebal. Tidak saya sangka, kesannya begitu cepat dilihat, saya yang susah hati melihatkan bulatan hitam di bawah mata menaruh harapan besar dengannya. Upon first application my under eye areas appear smoother dan yang menyeronokkan ia juga memberi kesan cerah. When you focus on the eye zone with the most specific treatment, your whole face looks brighter. Juga memberikan instant-smoothing effect yang anda mahukan. Terima kasih kepada Total Eye Lift.

Contour Treatment Oil

Satu lagi produk yang mesti ada dalam almari solek anda ialah Clarins Contour Treatment Oil.

Ia juga seratus peratus ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Menyapunya dapat mengunci kelembapan pada kulit, menjadikan kulit bertambah lembut, tones dan licin bagaikan kain satin. Minyak essential yang diadun di dalamnya membuat anda benar-benar relaks, ia juga bersifat mendetoksi. Sesuai untuk semua jenis kulit. Best body toning oil. Gunakan dua ke tiga kali seminggu. Selamat mencuba.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON