GAYA HIDUP

Done, Seen & Heard: COVID-19 Buka Pekung Manusia!

16 Mac 2020 – Seluruh dunia tertumpu pada Wuhan sebuah bandar di China yang mana bermulanya wabak Novel Corona Virus atau Covid-19. Ramai tidak pernah tahu tentang Wuhan tiba-tiba meniti di mulut masyarakat sedunia. Terkenal sebaris kota Paris, New York dan London, cuma bezanya Wuhan bukan terkenal kerana gaya hidup glamornya atau pusat feyen memukau tetapi kerana wabak yang membunuh. 

20 Mac 2020 – Sementara itu 152 rakyat Malaysia telahpun dijangkiti dan baru saja mencatatkan kematian yang ketiga. Banyak info menular di media sosial, pelbagai amaran dan nasihat dikirimkan orang ramai.

Paling terkesan ialah video menampilkan cara polis dan pihak berkuasa Cina menangani wabak berbahaya ini terhadap rakyatnya. Sungguh, tak sanggup menontonnya hingga ke akhir. Memang boleh dipuji ketegasan mereka tetapi imajan-imajan itu terus menghantui. Kejamnya! 

Muak, takut, menyampah, sedih dan geram pun ada melihat sikap manusia. 

The whole world was at a standstill. Unprecedented! Negara maju dan kota-kota gah khususnya menjadi target. Pemimpin dunia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas rakyat masing-masing. Ini titik hitam dalam sejarah manusia sejagat dan yang pasti, the humankind was cought unprepared.

16 Mac 2020 – Seluruh dunia tertumpu pada Wuhan sebuah bandar di China yang mana bermulanya wabak Novel Corona Virus atau Covid-19. Ramai tidak pernah tahu tentang Wuhan tiba-tiba meniti di mulut masyarakat sedunia. Terkenal sebaris kota Paris, New York dan London, cuma bezanya Wuhan bukan terkenal kerana gaya hidup glamornya atau pusat feyen memukau tetapi kerana wabak yang membunuh. 

20 Mac 2020 – Sementara itu 152 rakyat Malaysia telahpun dijangkiti dan baru saja mencatatkan kematian yang ketiga. Banyak info menular di media sosial, pelbagai amaran dan nasihat dikirimkan orang ramai.

Paling terkesan ialah video menampilkan cara polis dan pihak berkuasa Cina menangani wabak berbahaya ini terhadap rakyatnya. Sungguh, tak sanggup menontonnya hingga ke akhir. Memang boleh dipuji ketegasan mereka tetapi imajan-imajan itu terus menghantui. Kejamnya! 

Muak, takut, menyampah, sedih dan geram pun ada melihat sikap manusia. 

The whole world was at a standstill. Unprecedented! Negara maju dan kota-kota gah khususnya menjadi target. Pemimpin dunia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas rakyat masing-masing. Ini titik hitam dalam sejarah manusia sejagat dan yang pasti, the humankind was cought unprepared.

[thb_gap height=”40″]

Itali khususnya melalui sejarah pahit yang amat getir dengan mencatatkan ribuan kematian sementara Amerika Syarikat (AS) dan Spain juga tidak diketepikan. Pelbagai andaian dibuat masyarakat dunia. Itali terlalu yakin dan berasa ianya terbaik, Amerika Syarikat pula terpalit keangkuhan dan ego Trump sementara Spain pula rakyatnya ambil acuh tak acuh. Akhirnya terjun lah Si Luncai dengan labu-labunya.   

Walaupun keadaan Malaysia mencemaskan namun masih terkawal, di negara lain bertambah huru-hara. Topeng muka, sarung tangan dan peralatan perubatan tiba-tiba jadi asas keperluan harian dan kian berkurangan. Jika ada pun harganya tidak masuk di akal dan luar kemampuan sesetengah. Di Malaysia pun sama saja.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12124″]
[thb_gap height=”40″]

Menangguk di air keruh! Tergamak jual sekeping topeng muka hingga RM4? Sekotak sarung tangan naik hingga lima kali ganda harga biasa. Itu belum lagi sentuh hal kecoh berebut akan toilet roll di pasaraya serata dunia. Mulanya saya jangka itu sekadar bahan lawak hingga saya terbaca kes orang berebut toilet roll di pasaraya Singapura dan Sydney. Hairan betul dalam orang berpusu-pusu mencari stok makanan mereka sibuk berebut hal remeh macam itu. Pelik, hairan, marah pun ada.

Akhir-akhirnya saya ketawa sendiri sampai senak perut dengan komen seorang teman, “Nah! Sekarang satu dunia tau korang tak cebuk. Itulah orang cuci berak, kencing dengan air. Kan dah diajar dalam Quran?” pintasnya laju, “Air Allah cipta untuk kita guna… kenapa nak pakai kertas jamban tu? Bukannya bersih pun,” tambahnya geram. Inilah antara sebabnya juga banyak pokok hutan kena tebang. “Orang buat kertas untuk tulis ini sapu pungkok…” Panjang celoteh dia. Mungkin terlalu banyak masa terluang atau dah kalut, maklumlah sudah empat hari kena kurung.

SubhanAllah! Saya berdoa agar Malaysia tidak jadi kalut.

Membaca luahan dua anak saudara saya Nurul dan Sheila dalam Facebook mereka membuat hati terasa sedih. Nurul mengeluh dan ternyata tertekan apabila pasaraya kosong kontang kala dia mahu membuat panic buyingnya pada hari pertama PKP. Kerana sibuk dan tidak menyangka ianya segera berkuat kuasa, lalu dia tidak sempat membeli.  

Malam sebelumnya saya telah pun menegaskan kepada Khairiah, adik Nurul supaya mereka tinggal saja di rumah saya. Susah senang, kita sama-sama lalui dua minggu berkurung. Pelawaan saya ditolak mereka bulat-bulat. 

Walaupun sudah besar panjang saya tetap risaukan mereka. Sejak bergelar yatim piatu enam tahun lalu mereka tinggal berdua. Hanya kami emak saudara dan seorang bapa saudara pengganti emak, ayah mereka. Dua insan hasil perkahwinan kakak saya, arwah Hanim dan suaminya arwah Khairuddin ini lain sedikit perangai mereka, amat berdikari dan tabah, malah ‘besar hati’ kata orang tua-tua; susah senang sebolehnya mereka uruskan sesama sendiri. Meminta bantuan ahli keluarga jarang sekali.

Saya kenal betul dengan dua beradik ini; tabah orangnya dan kuat semangat. Saya yakin mereka akan lalui dugaan ini dengan cemerlang, tetapi coretan antara Nurul dan Sheila itu terus berkisar dalam kepala.

”Pepagi buta dah macam kat pasar di Jaya Grocer. Memang kiasu orang Tropicana!” Beberapa minit kemudian saya lihat terpacul beberapa komen lain termasuk Wirda Adnan menyampuk, “Bukan di Tropicana saja Nurul, di USJ pun serupa, orang membeli sakan bagaikan free!” 

Saya tersenyum dengan komen itu sebab kami di Kelana Jaya pun harungi pengalaman yang serupa sejak pengumuman PKP. Malah baru sekejap terima Whatsapp teman-teman bertanya dan menasihati saya segera membeli stok barang dapur kerana di kawasan mereka sekitar Taman Melawati, Bangi, Ampang dan Shah Alam pun rak barang dah kosong. 

Kalau dapat membeli pun kenalah beratur panjang hingga sejam lebih baru dapat membayar. Pendeknya di mana-mana pasaraya orang berbaris panjang sampai dua tiga puluh orang di depan sebelum nampak kaunter. Itu pun belum sebut terpaksa menempuh ‘drama’ pelanggan saling menegur kerana ada yang merembat terlalu banyak hingga penuh troli bagai tak ingat dunia. Yang kiasu suka memotong que juga ramai sementara ada mengamuk dengan juru wang tak fasal-fasal kerana tunggu lama. Astaghfirullah! Kenapa pula lepas garam salah empat?

Tidak beberapa minit kemudian mencelah pula seorang kawan Halimaton Abdul Jalil dengan komennya yang tersendiri dan diikuti Haryati Jaafar sepupu suami saya yang kebetulan tinggal di Tropicana. Harry nama panggilannya di kalangan keluarga ini memang seorang insan yang prihatin dan mesra dengan keluarga saya ini mempelawa Nurul. 

Apapun saya tidak pasti pelawaannya itu untuk makan-makan atau datang collect stockup? Ha! Ha! Saya pun mahu. Apapun Alhamdulillah! Terima kasih kepada kak Harry kerana sifat prihatinnya terhadap dua anak saudara saya itu.

Buat hati saya lebih terusik bila Sheila pula menyampuk, “No racist statement. Be neutral. Mai duduk kat Puchong. Orang sini paling banyak habis pun rak roti je yang kosong. Barang keperluan lain masih banyak. It all comes down to money. Yang berduit kadang kalanya bersifat bongkak. Showing their true colours.”

Saya terkesima dengan kenyataannya itu. Memang Sheila selalunya punya falsafah atau pandangannya tersendiri dalam setiap hal kehidupan. Wah! ‘Peguam tak jadi’ dah berbunyi bisik hati saya. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12128″]
[thb_gap height=”40″]
Komen Datuk Lee Chong Wei tentang panic buying sangat menarik perhatian.
[thb_gap height=”40″]

Bekerja sambil belajar sebelum dia berkahwin dan bercita-cita menjadi seorang peguam Sheila jenis prihatin dan selalu melihat keadaan dari sudut matanya yang tersendiri. Faham sangat perangainya… firm with her own decision Sheila punya real isolated background and tested to the maximum in life. Berani saya kata tidak satu dalam seribu lalui cabaran dan perjalanan hidup segetir dia.

Berkahwin enam bulan dan bergelar balu pada usia 28, bukan sesuatu yang diharapkan pada sebuah perkahwinan tetapi itulah takdir untuknya. Arwah suaminya meninggal akibat kemalangan jalan raya, Sheila ketika itu sedang hamil anak pertama mereka empat bulan. 

Bertugas di MAS sebagai pramugari dan dengan jadual waktu yang tidak menentu, Sheila mengambil keputusan menangguh seketika pengajiannya. Tidak lama kemudian dia direhatkan daripada MAS sehinggalah bersalin dan habis pantang.

Kami sekeluarga turut bersedih. Allah saja yang tahu perasaan kami kala itu. Namun Sheila tetap tenang dan lalui kehidupannya dengan tabah. Panjang cerita untuk saya kongsikan perjalanan hidupnya tetapi itu bukan topik kita kali ini. Saya sekadar berkongsi pengalamannya dan menyelami jiwa masyarakat yang lebih kurang bernasib baik daripada kita tetapi mereka tetap tabah dan mengharungi dugaan Allah tanpa banyak kerenah. Mengapa sesetengah orang yang hidup senang dan mewah tetapi selalu tidak sensitif atau prihatin terhadap kesusahan dan masalah orang lain?

Allah Menguji, Manusia Tetap Ingkar

Berbalik pada sikap manusia. Dalam dunia yang serba fana, akhirnya tertunduk pada makhluk halus yang menakjubkan, penuh rahsia, hikmah dan rahmat ini. 

Hingga saat saya menulis ini, belum ada pun lagi penawar atau vaksin yang ditemui secara rasmi dan diperakui berkesan dan selamat digunakan. Sedihnya di sebalik kekalutan dan huru-hara tercetus di serata dunia, AS dan China masih bertegang leher dan berebut-rebut membuat kenyataan akhbar yang mereka masing-masing telah menemui vaksinnya. 

Jika benar, mengapa ratusan rakyat AS terus terkorban? Mayat rakyat yang terkorban bergelimpangan hingga di tepi jalan masih tidak mampu mengalahkan ego dua pemimpin kuasa besar ini. Apakah lagi ujian Allah yang boleh menginsafkan mereka?

Benarlah seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, diakhir zaman fitnah berleluasa dan dan ego semakin meninggi. Kecanggihan teknologi membantu mempercepatkan lagi berita palsu dan fitnah tersebar dengan meluas. Antara yang terhebat tentulah konspirasi China dan AS yang tidak henti-henti tuduh-menuduh tentang banyak hal yang berkaitan wabak ini. Jika benar informasi-informasi yang kita baca, tentulah dunia ini bukan lagi satu tempat yang indah malah amat berbahaya untuk didiami. 

Seluruh dunia bagaikan tunduk pada kecekapan dan kecemerlangan China menangani wabak ini sementara Trump membawa rakyat Amerika Syarikat ke lembah kehancuran dengan kegilaan, kedegilan dan egonya enggan mengarahkan PKP apatah lagi lockdown. Seolah-olah bagi Trump menjamin ekonomi lebih penting daripada nyawa rakyatnya.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12129″]
[thb_gap height=”40″]
Presiden Amerika Donald Trump
[thb_gap height=”40″]

Trump bukan saja bimbang ekonomi Amerika terjejas tetapi lebih kepada sikap sombong dan egonya yang tidak akan tunduk pada kebijaksanaan yang ditunjukkan negara China. Walaupun terus dikecam oleh rakyat, Trump terus berdegil dan tidak berganjak dengan keputusannya hingga sesetengah gabenor negeri dengan sendirinya mengisytihar lockdown dan mengenepikan arahan Trump.

Sementara Itali dan Spain punya sebab tersendiri atas kegagalannya menangani Covid-19 hingga meragut nyawa ribuan rakyat, Jerman pula menanganinya dengan baik. Ada membuat komen rakyat Jerman memang daripada dulu buat hal mereka sendiri, tidak suka buat kecoh dan tidak bersikap ego. Kepatuhan pada arahan pemerintah dan sikap steady itulah yang membantu kawal keadaan.

Saya fikir “Stay safe! Stay home!” adalah slogan paling popular dan terbanyak digunakan di serata dunia. Baik melalui pesanan perbualan telefon hinggalah pesanan ringkas dan pelbagai bentuk media sosial. Jangan tabur fitnah! Jangan tular berita palsu! Itu juga menjadi tular dan disarankan pihak kerajaan di serata dunia juga Malaysia kerana sesetengah pos telah menambah burukkan lagi keadaan yang sedia tegang. 

Terdapat juga pos sinis yang mengheret beberapa individu menjadi  sasaran seperti pemimpin dan ahli politik Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang dikait dengan kes 1MDB dan ramai lagi termasuklah beberapa nama orang terkenal di media sosial kononnya dek perbuatan dan keterlanjuran merekalah sebabnya bala Allah SWT turunkan. 

Mereka berpendapat kunjungan individu ini ke tanah suci telah mendatangkan murka Maha pencipta dan diturunkanNya Bala ini. Pada masa sama ada pula yang luahkan kemarahan mereka terhadap sikap sekumpulan tabligh yang menyumbang kepada penularan wabak ini. 

Nauzubillah! Cukup-cukuplah. Masih tidak insaf lagi. Pada hemahnya, siapa kita yang bagus sangat nak menegur apa lagi menghukum? Dalam kekalutan itu saya terima pula satu pos yang membuat hati saya amat panas. Topeng muka dari China yang dipesan orang ramai rupa-rupanya sudah diguna pakai dan dikitar semula. Ya Allah! Sukar menerima kenyataan ini.  

Apapun lega bila diberitahu kerajaan Malaysia akan mendapat sumbangan percuma ribuan topeng muka dari China dan tentunya akan memudahkan rakyat mendapatkan bekalan dan pada masa sama harganya juga ditetapkan dan akan dikendalikan oleh pihak tertentu. Cuma yang tidak sedapnya ada pula cerita-cerita sumbang di sebalik topeng.  

Again Pharmaniaga involved? After distribution to frontliners, remaining will be handed over to Pharmaniaga to market. How greedy and sinful can one get? Selling much needed PPE donated by China during a national crisis can only be called S&S (Siphon & Steal).” 

Itulah posnya. Saya tergamam. Kononnya ada pula kepentingan dan orang berpengaruh yang terlibat. Harga siling RM2.00 yang ditetapkan kerajaan juga kononnya untuk menyalurkan keuntungan kepada kroni mereka di syarikat tersebut. Saya tidak mahu komen benar atau palsunya pos yang menular itu, cuma ingin bertanya, apa lagi agaknya yang boleh mengajar manusia? 

Bijak Pandai Agama Akhir Zaman

Dalam pada itu banyak pos-pos berunsur keagamaan menular. Tiba-tiba ramai dah jadi ustaz dan ustazah. Macam-macam doa, nasihat berserta hadis diasak masuk media sosial hingga keliru dibuatnya. Mujurlah ada imam antara bangsa dan mufti termasuk ulama tempatan yang memberi penjelasan. Jika tidak entah lah apa pun boleh terjadi. 

[thb_gap height=”40″]

Antara yang hebat diperdebatkan ialah penting sembahyang berjemaah di masjid khususnya fardu Jumaat. Ada segelintir berpendapat penting berjemaah walaupun dalam keadaan darurat malah mereka berani melanggar undang-undang kerana mereka percaya, orang beriman tak takut virus tapi lebih takutkan Allah. 

Begitupun saya tertarik dengan beberapa saranan yang menular tentang apa yang boleh kita isikan sebagai santapan rohani sepanjang waktu berkurung ini. Antaranya menghafal Yassin, bukan saja membaca al-Quran tetapi sematkan azam untuk khatam sebelum tamat PKP. 

Sebagai seorang tidak berapa pantas membaca, saya ambil seminggu selesai tiga surah. Sesungguhnya saya tidak berani berjanji khatam dalam 21 hari. Namun saya seronok kerana bacaan lebih baik dan saya berjaya menghafal dua surah pendek yang memang saya berazam untuk menghafalnya.

Keadaan Dunia Semakin Tenat

22 Mach 2020 – Rakyat Malaysia berdukacita sekali lagi apabila dimaklumkan, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan orang. 

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12130″]
[thb_gap height=”40″]

Untuk beberapa hari, keadaan bertambah buruk di serata dunia dan kes-kes dari negara baru muncul bagaikan cendawan tumbuh. Ironinya, sedang dunia cemas bergelut, China pula mengistiharkan Wuhan bebas daripada Corona Virus! Masha-Allah! Hebat sungguh negara China ini. 

Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan dan keterbilangan bangsa mereka. Pos-pos perarakan meraikan frontliners mereka menular di serata dunia. China sudah Menang! Tahu lah kita mengapa kuasa besar seperti AS takut dengan bangsa ini.  Apapun, Alhamdulillah. Kenyataan itu membuat dunia lega kerana ia memberi harapan dan indikasi virus ini boleh kita tangani. 

29 Mac 2020 – Itali terus melakar sejarah hitam dengan mencatatkan kematian melebihi 10,000 orang dengan 6,000 kes baru dilaporkan setiap hari.   

Beberapa hari saja selepas pengistiharan China itu, Perdana Menteri Itali Giuseppe Conti mengumumkan kebuntuannya memerangi wabak itu. Akhirnya menyerah kalah dalam satu perutusan yang menyayat hati dan membuat ramai menitiskan air mata. Angka tertinggi itu dituruti beberapa negara termasuk Sepanyol dan Iran. 

Allahuakbar! Hanya Allah yang mampu menolong kita pada saat-saat begitu. Kala itu hanya tinggal dua soalan bermain di kepala, apakah Malaysia akan berakhir seperti China yang tegas dan bijak menangani krisis atau senasib dengan Itali yang akhirnya terpaksa mengalah?

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12133″]
[thb_gap height=”40″]
Gambar hiasan
[thb_gap height=”40″]

21 Hari Yang Bermakna

Pagi tadi sambil mengemas bilik saya terdengar bunyi kicauan burung. Jenguk tingkap saya lihat memang ada beberapa ekor burung. Saya tidak pasti apa jenisnya tetapi yang sepasang berwarna hijau serindit cukup cantik. Saya buka tingkap. Masha-Allah! Segarnya udara. Mungkin kerana tiada banyak karbon berleluasa di udara seperti selalu kesan kesesakan jalan raya. Dengan hujan malam tadinya memang terasa nyaman. 

Baru juga saya perasan rupa-rupanya pokok mangga saya sedang berputik lebat. Inilah keistimewaan PKP. Beri ruang, beri peluang untuk kita melewatkan masa dan nikmati dan hargai persekiran kita. 

Setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya tersendiri. Dalam tempuh 21 hari PKP menyuntik kesedaran dan rasa insaf. Khususnya saya sendiri juga turut bermuhasabah diri. Sesungguhnya tiada kuasa lebih besar daripada kekuasaan Allah dan kita dicipta sama rata tidak lain untuk memuja dan memujiNya.

Ia membuat kita sedar, manusia sejagat memerlukan satu sama lain dan sepatutnya saling ikhlas sekiranya mahu menjamin kesejahteran dunia. Menyebut keikhlasan dan saling memerlukan, ada pemimpin dunia kesal dengan sikap China. Jika mereka ikhlas dan bertindak lebih awal atas dasar brotherhood and mankind lebih awal, Covid-19 tidak menular jadi pandamik.  

Ini juga menyedarkan kita bahawa manusia selalu meletakkan penghadang atau tembok di antara kita dalam banyak hal dunia. Kita dibendung oleh undang-undang daerah dan sempadan. Malah kita remehkan nilai-nilai murni kehidupan itu sendiri demi kuasa, pangkat, darjat dan ego kita. 

Kekangan waktu yang kita lalui seharian selama tiga minggu ini sepatutnya mendidik kita untuk bersyukur. Kebiasaan saya, selepas menghantar anak ke sekolah, saya akan pergi joging, cari sarapan untuk keluarga di rumah atau sering juga bersarapan di luar bersama kakak saya Hendon selepas kami joging dan adik saya Mariam yang tinggal berdekatan. Kadangkala suami dan anak perempuan saya Shasha juga tiga cucu ikut sama. Ini rutin kami boleh katakan tiga atau empat kali seminggu. 

Keluarga saya memang rapat jadi bila tidak dapat lakukan aktiviti rutin kami itu, saya sedar betapa bermakna dan berharga saat-saat bila bersama. Barulah kita rasa betapa pentingnya silaturahim kekeluargaan dan persahabatan

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12135″]
[thb_gap height=”40″]
Mahani Awang bersama rakan-rakan,
[thb_gap height=”40″]

Perasan atau tidaknya, kita melalui satu rutin ‘checkup’ penyakit kehidupan harian kita misalnya seremeh cara kita membasuh tangan hingga kepada sikap dan tindak-tanduk kita terhadap persekitaran. Persoalannya apakah kita telah tergelincir jauh dari landasan dalam tatacara dan nilai-nilai yang kita pegang untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna? 

Hari ini kita gemar makan makanan proses yang cepat dan mudah untuk disediakan atau memesan makanan segera atau makan di luar. Minuman kita juga diproses dan ditokok tambah dengan bahan kimia. Kenapa? Kerana kita terlalu sibuk bekerja dan mengejar kebendaan dunia. 

PKP juga memberi ruang suami, isteri dan anak-anak lebih banyak masa bersama kerana semua orang mula amal makan masakan sendiri di rumah dan bersama keluarga. Buku resepi yang terperap mula dibuka semula dan ini sesuatu yang menarik apabila setiap hari saya terima pos juadah yang disediakan saudara mara untuk ahli keluarga masing-masing. 

Keterlanjuran manusia di muka bumi ini membuktikan kita betapa materialistiknya masyarakat kita hari ini hingga kita tidak sedar betapa hal-hal asas seperti makanan, air dan ubat adalah perkara asas tidak boleh di nilai seperti kebendaan lain yang kita miliki.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12136″]
[thb_gap height=”40″]

Saat-saat begini membawa kita kembali semula ke alam rumahtangga dan mengajak kita berfikir seketika bagaimana memperbetul kesilapan dalam cara kita berhubungan dengan anak-anak, kelemahan pentadbiran dan nilai berkeluarga. Mungkin saya juga patut membelek semula buku lejar dan cari cara bagaimana memperkukuh pentadbiran kewangan keluarga. 

Teman-teman saya seperti Nikiella yang memang juru memasak dan Nora Muhamad yang terkenal dengan hidangan autentik seperti nasi ulam dan nasi dagangnya buat saya terliur. Bagaikan satu pertandingan pula.

Paling saya suka dan buat ramai berpuas hati, pusat hiburan dan ejen judi seperti Toto, Magnum, Damacai tutup termasuklah Kasino Genting pun turut tidak beroperasi. Tak ada orang berjudi. Kilang arak Anchor dan Carlsberg juga diarah menghentikan operasi. Namun paling menarik tumpuan saya ialah sepanjang KPK jumlah kes jenayah dicatatkan turun mendadak. 

Dalam waktu ini kita berpeluang memantau tabiat anak-anak. Seperti yang dikongsi teman saya, “Kalau dulu hanya minum Coke atau jus kordial, sekarang dah mula minum air suam kosong dengan banyaknya. Begitu juga kala mencuci tangan, “Dulu sebelum makan cuci tangan pun sekadar jangan tak cuci. Jangan harap nak pakai sabun. Sekarang ini selagi tak cukup 20 saat mereka tak kan berhenti. Siap kira lagi” 

Satu lagi hal dalam rumah ialah bila selesai menjamu hidangan, tak kiralah sarapan, makan tengahari ataupun makan malam, sama saja. Orang perempuanlah yang tukang cuci pinggan dan mengemas.

“Lepas makan jangankan nak tolong basuh pinggan, nak bawa ke sinki pun malas,” tambahnya. “Tapi sejak banyak duduk di rumah sudah pandai kemaskan meja bila lepas makan. Bapaknya pun sama mungkin dia ada banyak masa dan dah buka mata… mengemas dan mencuci selepas makan tu ambil banyak masa saya di dapur. ”

Dari sudut penjimatan dan kesihatan pun memang ketara. Sebab tidak boleh makan di luar dan ada juga yang berasa cuak untuk memesan melalui khidmat penghantar makan, ramai setuju perbelanjaan dapat dijimatkan malah anak yang suka makan fast food dan juga hidangan sedia proses pun berkurangan. Ini tentulah memberi impak yang positif terhadap bukan saja ekonomi tetapi lebih menyihatkan. 

Mungkin ini satu yang ramai pasti perasan, kita selalu merungut bila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, nah! Lihat sekarang. Aman kala memandu. Malah terbukti kes kemalangan juga dilaporkan menurun. 

Apakah kita akan berkongsi atau car pool bila ke mana-mana dengan teman atau keluarga untuk mengurangkan kesesakan dan hanya keluar jika betul-betul perlu dan terancang selepas ini.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12138″]
[thb_gap height=”40″]
Gambar Bloomberg Businessweek
[thb_gap height=”40″]

What’s Next? 

Apakah selepas ini? Ramai pemimpin dan bijak pandai ekonomi daripada syarikat gergasi di serata dunia sependapat yang masyarakat dunia perlu bersatu dalam segala segi baik dari sudut kemanusiaan, kesihatan, ekonomi juga politik. 

Bolehkah anda bayangkan yang bakal terjadi jika rantaian wabak ini berterusan? Terdekat, tentulah ramai yang mati kemudian ekonomi negara dan di serata dunia merudum, jutaan manusia akan kehilangan pekerjaan, ramai orang akan jadi muflis dan miskin, berlakulah perebutan makanan di serata dunia. Akan tiba masanya segala keperluan harian seperti bekalan makanan dan minuman dicatu. 

Perancangan kehidupan diri manusia, persepsi unit kekeluargaan dan syarikat akan berubah. Berubah sepenuhnya. Ini perihal perkiraan yang kita tidak tahu dari banyak segi. Ini perihal satu misteri yang tidak pernah kita alami. 

Kita tidak tahu apakah kita akan benar-benar bebas daripada virus ini selepas 14 hari? Atau 21 hari atau seperti yang diramalkan pakar, dunia perlukan lebih masa, tidak mustahil hingga lewat 2020 jika manusia terus berdegil. Soalnya, ditangan siapakah terletaknya janji itu? Kelangsungan kehidupan perlu diteruskan namun perubahan tatacara perlu dilaksanakan. Ini merupakan satu peringatan hebat buat dunia

Syabas Malaysiaku!

30 Mac 2020 – Terbukti sebilangan besar rakyat Malaysia prihatin dan bertanggung jawab. Walaupun ada segelintir yang bersikap buruk, namun rata-rata rakyat Malaysia berakhlak mulia, bertimbang rasa dan murah hati. Selain sumbangan yang bermacam-macam bentuk disediakan pihak kerajaan, individu dan pertubuhan sukarela juga turut turun padang membantu mereka yang memerlukan.

Ramai orang kaya yang masih prihatin dan turut terkesan dengan musibah yang mencengkam masyarakat yang kurang bernasib baik malah kumpulan khidmat penghantaran Grab juga turut menyumbang. Video rakaman yang ditularkan cukup mengharukan dan bersyukur kerana dilahirkan dan menjadi rakyat Malaysia.

Pelbagai sumbangan terus diterima daripada pelbagai sudut dan peringkat masyarakat khususnya pertubuhan bukan kerajaan yang menghulurkan pelbagai bentuk pertolongan daripada makanan dan peralatan perubatan ke hospital-hospital utama yang menjadi pusat rawatan wabak Covid-19. Malah para pereka tempatan dan NGO mereka juga turut menggembleng tenaga menyediakan pakaian PPE untuk barisan hadapan Malaysia. 

Dengan musibah ini kita faham segalanya ini mungkin satu permulaan ke arah sesuatu yang baru dan bermakna dalam kehidupan manusia sejagat atau boleh jadi sebalik; sedang menuju ke arah kemusnahan yang dahsyat. Inilah masanya kita mengimbas kembali kesilapan dan adalah tanggung jawab kita memperbetulkan kesilapan tersebut. 

Syabas Malaysiaku!

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12139″]
[thb_gap height=”40″]
Lukisan Tugu Negara memaparkan frontliners karya Haris Abadi. Pautan: https://www.facebook.com/haris.abadi
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Coklat Tidak Menggemukkan

adminwm

Experience the Best of Malaysian Ramadan Cuisine: Marriott Bonvoy Chefs Unveil Their Signature Dishes

adminwm

Apakah fenomena biologi (sarcopenia) yang muncul pada manusia apabila mereka sudah tua?

adminwm

Leave a Comment