FESYEN

Bergaya Di Rumah Untuk Melawan Kebosanan Kuarantin

Dah siap bergaya tetapi tak tahu nak ke mana?

Walau dikenakan Perintah Kawalan Berkurung (PKP) tetapi untuk yang masih perlu bekerja, tetap perlu mengadap laptop melayan conference call dan sebagainya. 

Pun begitu kerana perlu kekal di rumah, rata-ratanya melangsaikan kerja dalam pakaian harian, ada yang menyarung pijama atau sekadar tshirt pagoda, berseluar pendek dan untuk lelaki ada yang berkain pelekat dan yang pakai boxer saja pun ada. Masing-masing dalam penampilan yang jauh berbeza dengan persalinan biasa ke pejabat seperti kemeja dan slack yang diseterika rapi.

Namun ada juga yang saya lihat mengenakan pakaian cantik walau terperuk saja di dalam rumah. Barangkali kerana nak ambil ‘mood’ bekerja. Saya cukup faham, kerana jika kita dalam keadaan yang ‘bersiap’ kita akan jadi lebih bersemangat dan lebih produktif tentunya.

Bercakap tentang ini, ada satu akaun Instagram yang berkongsi gambar-gambar orang yang bekerja dari rumah tetapi mengenakan persalinan yang bergaya. Akaun ini dicipta oleh Lucy Rogers dan ia menarik perhatian ramai orang yang suka dengan ideanya seraya berkongsi gambar-gambar mereka untuk dimuat naik dalam laman Instagram yang dipanggil Working From Home Fits.

[thb_gap][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12107″][thb_gap height=”40″]
Gambar Lucy Rodgers memakai gaun ML Monique Lhuillier ungu dan navy jacquard tanpa lengan ketika bekerja di rumah.

Pada asalnya, Lucy yang bekerja dalam bidang pemasaran digital berkongsi idea ini untuk tatapan keluarga dan rakan terdekat saja tetapi kemudian perhatian menular kepada lebih ramai yang berminat dengan ideanya. Sebutnya dalam temuramah bersama Daily Mail, “Saya mendapat banyak mesej yang mengatakan mereka suka dengan idea ini dan mahu terlibat sama dan mahu berkongsi gambar mereka.”

Akaun ini bukan hanya tentang kekal bergaya di rumah, tetapi ia sebenarnya merangkumi dua dalam satu, iaitu mengenakan pakaian yang kita tidak berani pakai ketika menghadiri business meeting di luar. Sebagai contoh, ada seorang lelaki menghantar gambarnya memakai gaun angsa seperti yang pernah dipakai penyanyi Bjork di satu majlis anugerah. Tak mungkin ada yang mahu berpakaian sebegitu ketika menghadiri mesyuarat di luar, tetapi kalau pakai di rumah tentunya tiada masalah.

Di bawah saya kongsikan beberapa gambar menarik yang dimuat naik dalam Instagram https://www.instagram.com/wfhfits/ 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Kate Spade New York Spring 2022 Campaign Joy In Both The Expected And Unexpected.

adminwm

Dana Diperlukan Oleh PVRTM

adminwm

Forget The Prince… Keep The Shoes

admin

Leave a Comment