Koleksi yang diilhamkan oleh kesabaran di dalam menghasilkan kecantikan dan kehalusan seni warisan Melayu.
Bersedialah untuk beraya dengan keanggunan koleksi terbesar pakaian dan aksesori yang diperkenalkan oleh dUCk – The Heritage dUCk, yang diilhamkan oleh kecantikan dan kehalusan motif seni ukiran Melayu.
Koleksi ini menampilkan tudung, beg, aksesori, wangian dan juga baju raya untuk wanita dewasa dan si manja! Selepas koleksi pertama diperkenalkan pada 9 April, dUCk mempamerkan koleksi penuh pada 16 April, tepat pada masanya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan serba bergaya.
“Sejak dua tahun yang lepas, kita tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan rakan tersayang. Cabaran ini ternyata begitu berat buat kita. Tetapi tahun ini akhirnya kita berpeluang menghidupkan kembali tradisi beraya bersama keluarga dan sanak saudara, memasak bersama dan bermaaf-maafan sesama kita. Betullah kata orang, yang indah, pastinya memerlukan masa,” kata Jacky Hussein, Pengarah Kreatif Kumpulan dUCk.
“Tahun ini, The dUCk Group menitik beratkan nilai kesabaran kerana ia mengajar kita untuk menjadi lebih tabah dan pada masa yang sama, mendorong kita untuk mencapai kejayaan setelah mengharungi segala cabaran dengan kesabaran. Sama seperti seni warisan ukiran Melayu yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu ukiran, kami teruja untuk menghidupkan kembali legasi ini melalui koleksi Raya terbaharu kami,” tambah Jacky.
Koleksi The Heritage dUCk diilhamkan oleh pertemuan D dengan Pak Osman, seorang pakar seni ukiran kayu yang terkenal di Terengganu. Beliau memberitahu D tentang pentingnya kesabaran dalam menghasilkan kerja ukiran kayu yang penuh teliti. Diharapkan, seni warisan Melayu yang diterjemahkan dalam koleksi ini menjadi salah satu usaha the dUCk Group untuk memelihara dan mengembalikan kembali kegemilangan seni warisan Melayu di persada antarabangsa.
Lembaran Koleksi The Heritage dUCk
No. | Gambar Koleksi | Keterangan |
1. | Skarf The Heritage dUCk Hiasan bunga seperti Dahlia dan Kantan serta lengkungan ukiran yang diilhamkan daripada motif Awan dan Itik Pulang Petang, menjadikan keseluruhan koleksi ini unik, anggun dan menarik apabila digayakan. | Skarf kami dibuat daripada sutera satin bermutu tinggi dan disertakan dua loket bergantung, logo perak dUCk dan loket Dahlia. Dengan The Heritage dUCk, anda dapat melihat keindahannya yang tersendiri. Boleh didapati dalam bentuk Selendang dan Bawal (Segi Empat)Bahan: Sutera Satin bermutu tinggi Dimuatkan dalam kotak kerasnya tersendiri |
2. | Baju The Heritage dUCk Semakin jauh kami menyelami seni ukiran Melayu semasa mencipta koleksi ini, kami menemui cara untuk melestarikan tradisi dengan sentuhan moden. Ada yang dicetak, ada yang disulam, dan ada pula yang dihias tampal. | Melalui seni ukiran Melayu, anda dapat lihat setiap corak memberikan sentuhan peribadi, seperti kehalusan yang diperlukan untuk setiap karya yang diukirkan. Sembilan set Kurung dan Kebaya: Dewi, Damai, Detik, Delima, Dali, Adat, Dahlia, Awan dan Diya Dua Baju Suriram: Overlap Top & Gathered Top Dua Skirt Suriram: Sarong Skirt and Gathered Skirt Set dUCkling (si manja): Little Dewi, Little Delima, Little Damai, Little Awan, Little Dahlia, Little Detik, Little Dali dan Little Adat |
3. | Beg The Heritage dUCk The Heritage dUCk menerapkan nilai kesabaran dalam seni ukiran Melayu sebagai satu warisan sejati yang diperhalusi sejak zaman dahulu. Koleksi beg kali ini direka dengan corak istimewa untuk melengkapi penampilan anda pada Hari Raya ini. Dapatkan beg galas, tas tangan, beg mekap dan banyak lagi. | Setiap beg dihiasi loket Rose Gold, yang diilhamkan daripada bunga Dahlia. Ia menggabungkan elemen budaya lama dan baru. Empat beg Bulat Nora dalam warna: Coklat, Putih, Sky danMerah JambuEmpat Beg Kotak Batrisyia dalam warna: Beige, Hitam, Taupe dan BlushEmpat Beg Tangan Mariam dalam warna: Tan, Sage, Biru danHitamEmpat Beg Mekap dalam warna: Blush, Biru, Taupe dan HitamEmpat Beg Kamera Mia dalam warna: Beige, Langit, Blush dan HitamEmpat Dompet Panjang dalam warna: Tan, Sage, Biru dan HitamEnam Dompet Lipat Tiga dalam warna: Beige, Taupe, Merah Jambu, Blush, Langit dan Hitam |
4. | Wangian Eau de Parfum Anda pasti terpesona dengan keharuman koleksi wangian pertama dUCk sebaik sahaja melangkah masuk! Hayati mood berlainan untuk majlis berbeza dengan set Make Scents Eau de Parfum dUCk. | Setiap wangian dimuatkan dalam botol kaca kecil, di mana menyenangkan anda untuk bawa ke mana-mana dan mengunakannya pada bila-bila masa. Dapatkan wangian yang sesuai dengan cita rasa anda bila anda mencuba Eau de Parfum kami. Terdapat dalam tiga set haruman: Bergamot Wood, Citrus Glamour dan Vanilla & SageSetiap botol mengandungi 3 x 10ml e 3 x 0.3 fl. auns. |
5. | Pelitup Muka The Heritage dUCk (Lilit Kepala) Pelitup Muka The Heritage dUCk sesuai digayakan ke mana-mana sahaja. | Pelitup muka yang dibuat daripada sutera satin bermutu tinggi ini berlapik kapas lembut telap udara untuk menjamin keselesaan pemakaiannya. Tidak perlu risau lagi kerana pelitup muka ini tahan lama! Dibuat daripada fabrik sutera satin dUCkLapan corak dan warna: Arca, Awan, Abadi, Adat, Alur, Adun, Asmara dan AuroraDua lapis dengan ruang untuk masukkan penapis pakai buangDisertakan beg kecil dan 10 keping penapis pakai buangSopan menarik, dengan lilitan kepalaBoleh dibasuh dengan tangan sahaja |
6. | Set Pin The Heritage dUCk Warisan yang terpelihara bukan sahaja di hati tetapi juga dengan pin! | Diperbuat daripada LogamSetiap set mengandungi kerongsang dan pin skarfDimuatkan dalam kotak keras tersendiriTiga warna: Emas, Perak dan Rose Gold |
7. | Telekung The Heritage dUCk The Heritage dUCk mengekalkan tradisi pemakaian telekung dengan menerapkan sentuhan keanggunan ukiran Melayu. | Bermotifkan bunga lembut, telekung ini direka dengan mengambil kira ciri-ciri yang memudahkan seperti poket tepi untuk menyimpan barang berharga, dan juga beg kecil untuk membawanya ke mana sahaja. Bahan: Sutera satin bermutu tinggiDimuatkan dalam kotak keras tersendiriDisertakan sejadah mini dan beg kecilTiga warna: Alur, Abadi dan Adat |