FESYEN

Kesan Covid19 Terhadap Industri Fesyen Dunia – Adakah Bakal Lumpuh Atau Muncul Sistem Baru?

Penangan Covid-19 bukan setakat menghuru-harakan bandar Wuhan tetapi satu dunia turut terkesan. Bayangkan, setiap hari beratus ribu post tentang virus ini dikongsi di media sosial dan ada kala mencapai 1 juta. Hebat tak hebat penangan virus ini.

Seperti yang kita tahu kehadiran Covid-19 melumpuhkan ekonomi, kewangan, politik selain memberi kesan besar kepada industri perubatan dan farmaseutikal juga mengganggu gaya hidup orang yang terlibat dengannya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dan jangan dilupa, satu lagi bidang yang turut terkesan dek virus ini adalah fesyen.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Sebagai contoh, virus ini secara terang-terangan telah ‘overshadow’ pertunjukan fesyen yang berlangsung di New York, London, Paris dan Milan tahun ini. Ini bukan acara biasa sebaliknya pertunjukan fesyen yang utama di dunia. Bayangkan, ia membuatkan banyak pertunjukan terpaksa dibatalkan, ada yang diadakan tetapi sebaik tamat, editor dan selebriti yang datang  lekas angkat punggung kerana tak mahu berasak-asak dengan tetamu lain. Ada pula rumah fesyen yang terpaksa menukar pelan daripada pertunjukan biasa kepada jenis visual (rakaman) secara langsung.

Berikut saya kongsikan aspek lain dalam industri fesyen yang terkesan dek kehadiran Covid-19;

[thb_gap height=”40″]
Pertunjukan Fesyen Cruise/Resort Dibatalkan

Pertunjukan fesyen Cruise atau nama lainnya adalah Resort diadakan pada musim bunga setiap tahun. Lokasi pertunjukan edisi Cruise tidak terhad di satu bandar saja, maksudnya kalau jenama tersebut berpangkalan di Paris, tidak semestinya show mereka akan diadakan di Paris sebaliknya mereka boleh mengadakan di merata negara kerana edisi pertunjukan ini adalah tentang percutian. Beberapa jenama besar mengumumkan mereka membatalkan pertunjukan cruise seperti Gucci yang cadangnya mahu mengadakan show di San Fransisco pada Mei nanti, Burberry juga membatalkan show mereka di Shanghai pada April, begitu juga Prada yang pada asalnya memilih Tokyo. 

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11954″]
[thb_gap height=”40″]
Pemborong Membeli Koleksi Dengan Cara Berbeza

Jenama fesyen datang ke Eropah bukan sekadar untuk mempertontonkan koleksi mereka, tetapi juga untuk menjualnya. (Bertentangan dengan mitos popular – inilah sebab kenapa pereka Amerika memilih untuk mengadakan pertunjukan di sana). Berikutan kekangan yang berlaku kini, syarikat fesyen sedar yang mereka masih boleh buat sales tanpa melakukan person-to-person appointments atau menggunakan khidmat fesyen buyer, sebaliknya sesi jual beli antara jenama dengan shopping mall atau pemborong besar boleh diadakan melalui digital platform. Ada juga jenama yang menghantar koleksi mereka dalam format PDF – nampak macam pelik tetapi ini memang berlaku ya. Tentunya bagi pemborong yang cerewet, cara seperti ini susah diterima akal kerana kalau berjumpa klien secara berdepan mereka lebih bagus kerana dapat merasa kualiti kain, dapat melihat jahitan dan potongan dengan lebih teliti, tetapi tentunya mereka sudah memikirkan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini sepanjang musim depan.

[thb_gap height=”40″]
Online Shopping Turut Terkesan

Setiap jenama bukan saja menjual koleksi mereka di butik tetapi juga melalui laman web rasmi masing-masing. Melihat kepada kemegahan jenama, pasti ramai menyangka bisnes online mereka meletop. Sebenarnya, mengikut satu laporan pada 2019 (lupa baca di mana) jual beli barangan mewah secara online tidaklah sehangat seperti yang disangka.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11956″]
[thb_gap height=”40″]

Ketika China mengadakan kuarantin, terdapat pengurangan pembelian barang seperti fesyen, kosmetik dan penjagaan diri. (Saya kongsikan laporan dari Bain & Company yang mana mereka bekerjasama dengan Alibaba Tmall untuk menganalisis trend membeli belah bermula 25 Januari hingga 6 Februari – tempoh bertepatan dengan peningkatan kesedaran awam dan peningkatan kuarantin kerajaan termasuk sekatan perjalanan keluar dan masuk dari bandar Wuhan bermula 23 Januari.) Dalam data yang dikongsi dalam laman web mereka menunjukkan barang keperluan harian seperti makanan segera dan produk kebersihan rumah menunjukkan pembelian antara 50% hingga 150% lebih tinggi daripada tahun lepas. Sebaliknya pembelian produk-produk sosial seperti kosmetik, penjagaan kulit dan produk fesyen mewah merosot dengan ketara. (Rujuk selanjutnya dalam https://www.bain.com/insights/locked-down-by-coronavirus-chinas-shoppers-ramp-up-online-purchases-snap-chart/)

[thb_gap height=”40″]
Pameran Jam Tangan Mewah Tergendala

Sepatutnya 2020 menjadi tahun hit untuk industri jam tangan mewah. Mengikut perancangan awal, buat pertama kalinya tahun ini dua pameran jam terbesar di dunia iaitu Baselworld dan Watches & Wonders (sebelum ini dikenali dengan nama Salon International de la Haute Horlogerie, atau SIHH) dijadualkan back-to-back, berbanding tahun sebelumnya diadakan dengan perbezaan dua bulan.

Pameran ini adalah peluang bagi jenama jam tangan mewah menunjukkan koleksi baru atau yang limitied edition mahupun koleksi termahal dalam simpanan mereka untuk tatapan tetamu kaya raya, retailers dan pihak media. Dan pelan asal (diadakan secara back-to-back) bagi memudahkan perjalanan tetamu yang dijemput ke Switzerland, di mana acara ini berlangsung, seraya membolehkan peningkatan kehadiran untuk kedua-dua acara. Namun begitu, BaselWorld dan W&W mengumumkan acara tahun ini tidak berlangsung kerana bimbang tersebarnya virus Covid-19. Namun kata mereka, jangan anggap acara ini dibatalkan sebaliknya ia ditunda sehingga Januari 2021.

 

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11957″]
[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11959″]
[thb_gap height=”40″]
Masa Depan Pertunjukan Fesyen Jadi Persoalan

Dek kerana banyak pertunjukan yang dibatalkan, ini menyumbang kepada persoalan tentang format pertunjukan fesyen dalam jangka masa panjang; adakah fashion show masih menjadi satu keperluan atau perlu adanya pembaharuan? 

Ralph Lauren membatalkan pertunjukan musim luruh yang sepatutnya berlangsung April nanti, manakala Giorgio Armani di saat akhir menukar format daripada show biasa kepada livestream dari sebuah bilik kosong. Event kecil seperti Michael Kors dan Rosie Assoulin juga dibatalkan. Virus ini membuatkan timbulnya persoalan sama ada adakah pertunjukan fesyen itu satu keperluan atau ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menjual koleksi? Ada pula isu lain yang berbangkit iaitu perbelanjaan; sementelah sebelum ini rata-rata pertunjukan diadakan di luar kota dan dalam set yang dibina khas. Dalam keadaan ekonomi yang merudum ditambah Covid19 yang entah bila akan reda, faktor kewangan menjadi satu isu besar. Tambahan pula, di mana-mana pertunjukan setiap pereka akan mengupah satu batalion model yang mana biasanya paling kurang 40 orang. Dalam 40 orang mesti ada paling kurang lima atau enam model terkenal, jadi bayangkan berapa yang perlu diperuntukkan untuk membayar mereka? Hal seperti ini sedang dipertimbangkan oleh pereka fesyen, adakah ada keperluan untuk mereka mengulang semula cara yang biasa dilakukan sebelum ini atau mengadakan pertunjukan fesyen dengan gaya baru, yang masih boleh menarik tontonan yang besar tetapi menggunakan perbelanjaan yang jauh lebih murah?

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11960″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Melinda Looi Raya 2021 Collection ‘Kawan’

admin

Valentino Tiger 1967

adminwm

ANTONELA ROCCUZZO WEARS TIFFANY & CO. DURING THE 67TH ANNUAL CEREMONY OF THE BALLON D’OR

adminwm

Leave a Comment