FESYEN

Trend Genderless Untuk Lelaki Malaysia, Bolehkah Diterima?

Teringat tatkala Alessandro Michele mengambil alih kerusi pengarah kreatif di Gucci. Dunia fesyen dikejutkan dengan trend genderless. Michele membuat kejutan, dia dengan beraninya membawa budaya baru pada helaian lelaki di Gucci.

Setelah beberapa musim berlalu, trend feminin ini masih menjadi ilham buat rumah fesyen utama dalam himpunan koleksi yang dipentaskan. Kim Jones misalnya berani mengilhamkan gaya crop top buat koleksi lelaki di Fendi dan gaya tersebut diteruskan di pentas Vetements dan MSGM untuk koleksi musim panas 2023.

Manakala di pentas Dolce & Gabbana pula, pereka duo ini bijak mengolah helaian renda buat para jejaka di rumah fesyen mereka. Manakala Versace menswear pula tampil berani mempersembahkan latex singlet dengan potongan bareback.

Persoalannya mampukah helaian ini diterima oleh jejaka maskulin khususnya buat lelaki di negara ini? Adakah ianya akan menjadi trend atau hanya bahan ketawa sahaja?

Related posts

Yang Menarik Dalam Dunia Fesyen Kini; Logo Kembali, Plastik Menguasai…

admin

Burberry The Olympia Bag

admin

Berita Ringkas Fesyen Kaca Mata: Jackson Wang ke Lady Gaga, Robert Downey Jr.

admin

Leave a Comment