COVER STORY

Yan Lim “Social Media Has Made It Possible For Everyone”

‘A dream doesn’t become reality through magic; it takes sweat, determination, and hard work.’

Yan Lim (Founder and CEO iOli Communications Sdn Bhd), Penerima Anugerah Wanita Dalam Perniagaan 2022 (Perhubungan Awam dan Komunikasi) bercakap tentang peranannya dalam dunia perhubungan awam serta keberkesanan sosial media dalam dunia yang tiada sempadan ini. Juga yang berkaitan dengan kekeluargaan dan isu semasa.  Ikuti temuramah saya dengan wanita gigih bernama Yan Lim.

Mengenali Yan Lim hari ini saya bangga kerana wanita yang pernah bekerja di bawah pengawasan saya kini sudah mengecap kejayaan tertinggi seperti mana yang selalu diimpikannya. Sejak di tadika bercita-cita menjadi peguam, namun jelasnya kemudian, “kedua-dua fahaman berkenaan pengucapan awam (public speaking) dan minat dalam komunikasi adalah sesuatu yang mempengaruhi cita-cita saya. Saya menyedari bahawa bentuk pengucapan awam mahupun minat terhadap komunikasi yang saya suka lakukan bukanlah sekadar di dalam mahkamah, tetapi kepada orang ramai melalui medium media.”

Teringat kata Yan sebelum dia meletakkan surat perletakan jawatan, “Kak Wirda, I have learned so much from you, walau sekejap tetapi ilmu dan kesempatan bekerja dengan rakan media amat Yan hargai.” 

Dan selepas itu kami hanya bertemu di alam maya. Daripada pekerja biasa dengan beberapa syarikat, kemudian menjadi freelancer, Yan Lim kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya sendiri yakni iOli Communications Sdn Bhd dan juga pengasas iOli Malaysia Sdn Bhd yang mengeluar fesyen pakaian korporat buat ibu menyusu. 

Yan Lim, juga seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) dan  Pengasas Bersama FEMxTalk Malaysia iaitu satu platform CSR untuk memperkasakan gadis dan wanita dewasa melalui aktiviti yang sesuai. Ya berderet lagi jawatan yang disandangnya, termasuk peranannya dalam kerja-kerja amal khasnya untuk memperkasakan wanita. 

Bercerita mengenai peranannya sebagai CEO, “iOli Communications ialah agensi PR yang diasaskan dan diterajui oleh saya yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. iOli Comms menawarkan pelbagai perkhidmatan perundingan daripada perhubungan awam, perhubungan media, komunikasi strategik, kempen media sosial kepada pengaktifan di lapangan (on-ground activations) – semuanya direka dan dirancang untuk membantu pelanggan kami mencapai hasil komunikasi yang mereka inginkan, sama ada mereka baru di gelanggang atau sudah maju.”

Pada peringkat awal iOli Communications diasaskan, terhasil daripada impian Yan untuk menjayakan aspirasinya  dalam menyumbang kepada kemajuan wanita di tempat kerja dengan memudahkan laluan untuk rakan pengamal perhubungan awam wanita berlatih tanpa mengorbankan matlamat peribadi mereka sebagai wanita, ibu atau anak perempuan. 

“Saya memperjuangkan kedudukan saya sebagai pengasas agensi perhubungan awam yang diasaskan dan diketuai oleh wanita. Majoriti pekerja kami di iOli adalah wanita (ini termasuk pelatih yang menyertai program latihan amali kami) dan saya bercita-cita untuk memupuk dan mengukir laluan mereka dalam industri tanpa berat sebelah dan diskriminasi jantina sambil menerapkan nilai yang sama kepada mereka. Saya selalu membayangkan bahawa suatu hari nanti mereka akan berada di tempat yang tinggi dalam kerjay dan melakukan perkara yang sama yang saya amalkan.

“Jujur saya katakan, saya asaskan syarikat ini secara tidak dirancang (accidental). Saya terpaksa berhenti kerja di sebuah syarikat lain atas sebab kesihatan (post-partum depression) selepas melahirkan anak saya yang ke-dua. Namun, atas sebab tanggung jawab untuk menyara hidup keluarga, saya mula melakukan kerja-kerja freelance demi mencari rezeki. Dikala saya freelance itulah, klien lama menghubungi dan menawarkan peluang untuk menjayakan satu projek (salah satu acara keusahawanan terbesar di rantau Asia, 1ASEAN Entrepreneurship Summit 2015).

“Lalu iOli Communications diasaskan sejurus projek ini berakhir dengan jayanya pada 2015. Menawarkan perkhidmatan perundingan daripada perhubungan awam dan media, kempen media sosial juga pengaktifan di lapangan (on-ground activations). Pada mulanya fokus untuk pihak kementerian dan juga ekosistem permulaan.”

What does public relations mean to you?
“Public relations (PR) to me is the set of techniques and approaches used to manage how news about an individual or company is presented to the general public, particularly the media. Its key objectives are to communicate significant business news or events, maintain a corporate image, a brand image, and put a positive spin on negative events to minimise their fallout.

“The monumental principle of iOli Comms is to leverage on strategic communications and story-telling techniques to tell each and every of the brand’s voice while creating their own market appeal. Our communications strategies and plans are integrated with both traditional PR activities as well as digital approaches in bridging the gap between Clients and their target audiences.”

Bagaimana Yan Lim menggunakan sosial media untuk diterima dan menyakinkan tradisional media?
“Since the advent of social media, how we consume and share information and news online has undergone a significant transformation. For one, traditional media is no longer a one-way avenue of communication: now, consumers can participate in the conversation and influence the news. I feel that the largest impact that social media has had on traditional media and content is the perception that everyone has a voice now.

“Social media has made it possible for everyone with an opinion to express it publicly, whether through Facebook, Instagram, LinkedIn, Snapchat, or even TikTok. While this has made social media overly saturated, it has also given rise to a real surge of voices and influencers.

“However, from my view, traditional media is still needed to complement social media. The world is definitely a big enough place for all types of media. For example, your social media presence will always impress the traditional media. Vice versa, for better visibility, news that has been published on the traditional media, should be echoed by social media presence too!”

Skills yang anda telah kaut yang membantu berkomunikasi dengan klien dengan baik dan jayanya?
“In PR, Client management is the process of managing, coordinating and overseeing a Client’s communications and publicity activities.”

Antara kemahiran yang boleh anda kongsikan?
“Berpengetahuan sebagai seorang pengamal Perhubungan Awam, adalah amat penting untuk mengetahui dan memahami klien secara menyeluruh. Pengetahuan tentang klien, produk atau servis yang ditawarkannya adalah kunci untuk berkomunikasi dengan klien.

Detail oriented and organised. Fokus pada setiap perincian daripada klien akan dapat mengelakkan kesilapan ketika sedang mengurus klien. Susun atur pelan komunikasi dan publisiti klien dengan baik supaya klien faham akan perancangan daripada agensi Perhubungan Awam dengan baik.

Tenang dan Yakin. Bukan hanya klien, namun semua orang pasti akan senang berurusan dengan mereka yang tenang dan yakin akan prosesnya.

Kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Tugas seorang pengamal Perhubungan Awam adalah membantu klien dalam semua aspek komunikasi. Terutama sekali sekiranya timbul sesebuah krisis. Oleh hal yang demikian, klien akan lebih gemar berurusan dengan mereka yang berkemahiran untuk menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Fahami landskap media. Pihak media adalah salah satu platform yang penting buat seluruh industri PR. Jadi, adalah penting memupuk dan mengukir laluan mereka dalam industri tanpa berat sebelah dan diskriminasi jantina sambil menerapkan nilai yang sama kepada mereka. “Saya selalu membayangkan bahawa suatu hari nanti mereka akan berada di tempat yang tinggi dalam kerjaya dan akan melakukan perkara yang sama yang saya amalkan.”


Anda penerima Anugerah Wanita Dalam Perniagaan 2022 (Perhubungan Awam dan Komunikasi). Namun untuk diiktiraf bukan perjalanan yang mudah pastinya. Ceritakan serba sedikit kepayahan yang dilalui demi mencapainya. Dan adakah ini anugerah yang pertama diterima atau sudah banyak lagi anugerahnya?
Benar, antara cabarannya adalah pada peringkat awal menubuhkan iOli Communications.  Ketika itu, ianya sedikit sukar menyesuaikan jadual antara kerja dan masa aktiviti anak-anak saya.

“Selain itu, saya masih ingat lagi cabaran bila saya perlu berjauhan dengan anak-anak saya yang masih kecil demi kerja. Sudahlah masa itu kami tiada pembantu rumah. Walaupun ketika saya sedang sarat mengandung anak ke-tiga, saya sentiasa sibuk bekerja kerana perniagaan masih baru dan memerlukan perhatian saya sepenuhnya. Sampai ke tahap saya sibuk bekerja walaupun pada hari saya bersalin.  Saya masih bekerja di atas katil hospital hanya beberapa jam keluar dari bilik pembedahan. Saya tidak dapat berpantang dengan aman dan saya juga terpaksa meminta seluruh pejabat datang ke rumah saya untuk bermesyuarat!

“Alhamdulillah, saya mempunyai suami yang sentiasa menyokong saya. Dia adalah seorang suami yang sangat supportive and  loving. Sebagai bapa, beliau sangat bertanggungjawab dan sentiasa memberikan saya ruang untuk fokus pada kerja saya dengan memastikan perihal anak-anak dijaga. 

“Perkara lain adalah meyakinkan klien bahawa kami, walaupun sebagai agensi butik kecil dan tidak mempunyai ramai senarai klien lepas untuk dijadikan testimoni, masih mampu untuk melakukan kerja yang dilaksanakan oleh agensi besar lain. Tetapi ia tetap menjadi sukar apabila kebanyakan klien baru ingin melihat portfolio kami sebelum membuat keputusan. Namun, itu tidak menghalang kami mengambil bahagian dalam tender yang lebih besar dan menyertai sesi ‘pitching’ yang juga disertai oleh agensi-agensi perhubungan awam yang jauh lebih besar walaupun pada tahun pertama perniagaan kami. Kini, iOli Communications lebih dikenali antara klien-klien korporat dan juga agensi-agensi kerajaan.

“Dan saya juga percaya satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan yang hebat adalah mencintai apa yang kamu lakukan.

“Anugerah Wanita Dalam Perniagaan 2022 (Perhubungan Awam & Komunikasi) bukanlah anugerah pertama saya. Saya telah memperoleh anugerah ‘Outstanding ASEAN Woman Entrepreneur of the Year’ di ASEAN Summit pada 2019 di Bangkok, Thailand.”

Pentingkah pengiktirafan itu dan bagaimana ia dapat membantu dalam pembangunan syarikat anda di masa hadapan?
“Saya amat bersyukur memperoleh kedua-dua anugerah ini. Anugerah-anugerah ini  mengiktiraf perjalanan keusahawanan saya dan juga hasil kerja saya menerusi industri Perhubungan Awam. Anugerah ini juga mengangkat iOli Communication ke pengetahuan orang ramai. Saya berharap ia sedikit sebanyak memberi impak yang maksima kepada kami.

“Di samping itu, dengan pengiktirafan ini, ia sedikit sebanyak memberi inspirasi buat team saya, rakan-rakan malah followers saya di social media.”

What areas would you say you are better than most in PR?
“We at iOli have helped many clients by successfully building their visibility, enhancing their credibility and creating awareness of their companies, products and services. We are particularly known for our excellent media relations and efficiency in putting together strategic PR campaigns, even a last minute media activity for our clients.

“Here at iOli Communications, we are not just a media-activity agency, but we position ourself as an Integrated Communications Agency where we take care of the whole Communications and Publicity aspects for our Clients through a wide range of activities within Client’s internal and external communication.

“An integrated communication agency caters to a holistic approach in ensuring not only Client’s visibility, but Client’s credibility are built, making the company, its spokesperson(s) the Key Opinion Leader within his/her respective industry. We are not the typical PR agency, We form communications strategies, do content writing, spot trends, create and curate creative and informative social media materials / contents and most importantly we are also experts in having fun. All these while plotting brilliant plans to achieve your desired communications end-results.”

How do you invest in yourself?
I spend a lot on myself, whether in the aspects of time, knowledge, health and tangible material things. Yes, I would make sure that I take care of myself first because I know I have a huge responsibility on my shoulders whether towards my family, employees and community.”

Pernahkah anda mengalami zaman kejatuhan dan bagaimana mengatasinya supaya boleh bangkit semula?
“Semua orang pasti pernah mengalami zaman kejatuhan masing-masing. Bagi saya, saya melihat ianya sebagai suatu tempoh bertenang, ambil satu langkah kebelakang dan lihat semula apa yang telah berlaku. Lakukan sedikit refleksi diri. Mungkin juga tempoh bertenang ini boleh dijadikan sebagai tempoh berehat sebelum kembali dengan langkah yang jauh lebih baik. Satu hal yang saya pelajari tiada jalan pintas untuk berjaya. Oleh itu, kita hendaklah bangkit semula dan percaya akan prosesnya.”

Apa pengajaran yang anda dapat ketika anda jatuh dan tidak dipedulikan?
“Suami saya, Sebastian Lim, sentiasa akan cuba membuka mata saya akan pengajaran atau hikmah yang tersirat untuk tidak terlalu mudah berputus asa. Bagi saya, setiap pengalaman mengajar saya ilmu yang berharga bahawa lebam dan cabaran harian adalah sebahagian daripada cara hidup. Sekali-sekala, kita akan menghadapi cabaran yang berasa seperti tamparan yang dahsyat namun, kita tetap perlu bangkit dan terus berjuang.”

Tell me how you build relationships with fellow employees?
“My employees are my other family. Understanding that everyone will be spending a minimum of eight hours at the workplace, which is a huge portion of time daily for each and everyone of us, it is important to make sure everyone is happy and comfortable at work. This is not only to ensure we are both mentally and physically fine, but also to ensure an optimum performance at work. Having healthy work relationships can promote good productivity at work.”

“How do I do this? I am not only educating them on work or on the Public Relations industry. But I am also their work-mother. I make it a point to listen to them, understand their goals and wants in life, take interest in their hobbies, etc. I also take the initiative to spend time with them out of office. We would go to eat different food and go for holidays together.  This is my way of building healthy relationships with my work-family which I hope can help all of us to do better and be better.”

Peristiwa yang cukup bermakna dan memberi kesan mendalam dalam diri anda sehingga ke hari ini?
“Kelahiran anak-anak saya. Isaac Isyraf Lim, 18, Sophie Olivia Lim, 8, Lucas Oliver Lim, 5, dan Layla Elisabeth Lim, 1 tahun. Mereka adalah segala-galanya buat saya.”

“Memberi (bersedekah) adalah inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih baik, bekerja keras dan menyumbang kepada masyarakat.”

Rahsia Kejayaan Anda?
“Jangan fikir kegagalan, fikirkan kejayaan.” Saya juga berpegang kata mutiara ini, “Determination gives you the resolve to keep going in spite of the roadblocks that lay before you.”

Kesukaan Yan, amalan kecantikan dan gaya berfesyen?
“Tiada gaya yang tertentu asalkan classy dan comfortable. Saya paling minat jenama yang trendy dan evergreen untuk tas tangan dan kasut. Suami saya selalu bergurau yang saya mungkin boleh buka kedai handbags melihat jumlah bag yang saya ada.

“Jenama kegemaran adalah Chanel dan Dior. Tapi saya juga tak kisah untuk memakai apa-apa jua jenama asalkan classy dan praktikal. Saya jua penyokong kuat jenama tempatan.

“Dari segi kecantikan, saya akan invest dalam produk kecantikan yang sudah terbukti berkesan.”

Bagaimana Yan menghabiskan masa cuti?
“Semestinya bersama keluarga tersayang. Akibat terlalu terbiasa membuat pelan dan perancangan untuk semua klien, saya akan pastikan percutian keluarga pun dirancang dengan baik. Masa digunakan mesti diguna sepenuhnya, lengkap dengan pengisian dan aktiviti buat semua. Namun, ada juga hari cuti dihabiskan untuk berehat di rumah. Masih bersama keluarga tercinta, namun lebih santai di rumah.”

Tempat percutian yang menjadi pilihan keluarga?
“Semestinya Langkawi. Langkawi telah pun menjadi destinasi wajib tahunan keluarga kami dan tahun ini adalah tahun ke-lapan buat keluarga kami ke sana.

“Kali pertama kami bercuti di sini adalah pada 2015 dah sejak itu kami telah jatuh cinta akan kecantikan juga ketenangan pantainya. Walaupun ada percutian di luar negara, kami tetap pastikan kami akan bercuti di Langkawi sekurang-kurangnya sekali setahun.”

Sebagai wanita yang bekerja dan mempunyai anak-anak yang masih terlalu kecil bagaimana anda membahagikan masa antara kerja dan tanggungjawab keluarga?
“Saya mempunyai senarai tugasan harian saya dan cuba sedaya upaya menyelesaikannya pada penghujung hari. Ini membantu saya supaya lebih fokus dengan tugas penting yang ada dan juga dapat menguruskan jadual saya dengan lebih baik.

“Sebagai seorang usahawan, saya sering diperlukan pada setiap masa, baik menguruskan klien, membangunkan bisnes, menguruskan pejabat juga kakitangan. Masa sama, anak-anak saya juga memerlukan saya. Maka akan ada hari apabila anak-anak saya akan lebih melekat dengan saya seperti ingin bermanja atau memerlukan perhatian yang lebih. Jadi saya cuba meluangkan masa dan memenuhi keperluan mereka sebanyak mungkin.

Kami sekeluarga bersetuju untuk sentiasa meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Kami akan keluar pada hujung minggu, pergi bercuti, dan juga melakukan kerja rumah bersama-sama. Kadang-kadang saya juga akan meluangkan masa atau keluar untuk temujanji istimewa dengan hanya seorang anak saya pada satu masa. Mereka suka apabila mereka dapat meluangkan masa hanya dengan saya. Ia juga nampak lebih istimewa.

“Di samping meluangkan masa bersama anak-anak, saya pastikan untuk meluangkan masa bersama suami tercinta. Kami biasanya akan pergi “date night” atau staycation hanya berdua.”


Isu yang paling penting dihadapi oleh wanita bekerja, antaranya untuk mendapatkan penjaga/pembantu rumah. Apa pandangan anda dalam hal ini dan bagaimana kerajaan boleh membantu dalam hal kemasukan pekerja asing khasnya pembantu rumah?
Saya setuju yang setiap keluarga terutamanya working mothers perlukan support system. Kebanyakan masa, support system kita terdiri daripada samada ahli keluarga atau pembantu rumah. Saya rasa, mengenai isu pekerja asing, mungkin kerajaan boleh pastikan kita ada polisi bagi melindungi pekerja asing daripada dibuli atau dilayan secara buruk oleh majikan. Dengan ini, contohnya kerajaan Indonesia tidak akan ada isu untuk membekalkan rakyat mereka sebagai pekerja asing bekerja di Malaysia. Begitu juga sebaliknya.

Malaysia telah pun merdeka selama 65 tahun. Apa yang membangga dan tidak membanggakan anda sebagai rakyat Malaysia?
“Perkara pertama yang paling membanggakan saya sebagai rakyat Malaysia adalah diversiti kaumnya. Malaysia antara salah satu negara di dunia yang mempunyai kepelbagaian kaum. Dan dari sini jugalah saya berkenalan dengan rakan baik saya dan kini menjadi suami dan bapa buat anak-anak saya.

“Seterusnya, pada kepelbagaian makanannya. Hasil daripada diversiti kaum yang berbagai, seleksi makanan juga tidak kurang hebatnya. Hal ini boleh dilihat di dalam rumah saya, ada hari kami akan menjamah makanan Melayu, makanan Cina ataupun makanan tradisi dari Thailand dan Pantai Timur di mana asal usul saya.

Dengan nilai ringgit Malaysia yang jatuh menjunam dan harga barangan naik mendadah, sebagai rakyat, apa yang mahu anda ajukan kepada kerajaan?
“Ringgit semakin merosot dan harga barang semakin naik. Hal ini memberi impak yang besar kepada golongan yang memerlukan. Cadangan yang boleh saya ajukan adalah supaya kerajaan menyokong usaha-usaha pihak bertanggungjawab atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Akhir-akhir ini saya bergiat aktif membantu ramai pihak yang memerlukan, seperti golongan yang kurang bernasib baik dan dilanda kesusahan seperti banjir juga golongan gelandangan. Dari segi ekonomi pula, adalah sangat dialu-alukan jika pihak kerajaan boleh meneruskan sokongan terhadap para usahawan. Bidang keusahawanan adalah penting kepada ekonomi kerana beberapa sebab, termasuk mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan perubahan sosial.”

Sedikit pandangan tentang kahwin campur. Apa yang Yan kagumi tentang bangsa asing dan berbanding bangsa sendiri dan apakah Yan sendiri menggalakkan kahwin campur di negara kita?
“Sebagai sebuah negara unik di mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, perkahwinan campur bukan sesuatu yang pelik. Malah terlalu biasa. Dan bercakap daripada pengalaman saya yang mempunyai ibu bapa berlainan etnik iaitu bapa berbangsa Melayu, bapa tiri Jerman dan ibu orang Siam, perkahwinan campur dapat merapatkan hubungan antara masyarakat berbeza.

“Anak hasil perkahwinan campur lebih berfikiran terbuka dan berpengetahuan luas terutama dalam soal budaya, adat dan makanan. Begitu juga dengan kisah saya sendiri. Saya berketurunan campur (siam dan melayu dan dibesarkan dengan budaya Barat) bersuamikan seorang yang berbangsa Cina. Setiap tahun saya berpeluang menyambut Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina, pesta Kuih Bulan dan sebagainya. Perayaan-perayaan yang pelbagai ini dapat menguatkan ikatan kekeluargaan dan meningkatkan toleransi antara satu sama lain.

“Saya tidak boleh berbahasa Cina dengan fasih, namun disebab terlalu sering mendengar keluarga berbual menerusi bahasa dan dialek Cina, kini saya sudah mampu memahami sedikit sebanyak perbualan dalam bahasa atau dialek Cina. Saya juga amat menyukai adat dan budaya yang telah saya pelajari selama hampir dua dekad berkahwin. Banyak lagi kelebihan daripada perkahwinan campur dan ia mampu memberikan pengalaman hidup yang hebat dan penuh warna. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, perkahwinan campur harus digalakkan kerana ia juga mampu mencipta perpaduan kaum.”

Oh ya, nama Yan adalah panggilan manja keluarga, singkatan nama yang diberi iaitu, Ziean. Ada juga daripada ahli keluarga memanggil saya Yang. Bila sudah berkahwin saya  menggunakan nama Yan Lim. Lim ialah nama pinjaman daripada keluarga suami saya (surname, Lim).

What about culture and religion? Apa yang memudah dan menyukarkan anda dalam hal ini?
“Isu agama dan adat adalah amat sensitif. Saya cuba untuk pastikan anak-anak faham dan hormat apa jua agama khasnya agama yang dianuti, adat atau budaya keluarga dan rakan-rakan.”

Yan Lim 10 tahun akan datang?
“Saya berharap anak-anak saya akan membesar dengan sihat dan berjaya. Antara mereka mungkin sudah pun telah mula bekerja dan ada juga yang mungkin tamat persekolahan. Anak sulung saya akan mula kolej bulan Ogos ini. Pantasnya masa berlalu. Saya juga berharap iOli Communications dapat berkembang maju dan juga mampu mencipta peluang pekerjaan buat pengamal-pengamal perhubungan awam baru.

“Saya juga ada impian untuk lebih terlibat dalam kerja-kerja sosial dan amal. Kalau ada rezeki dan masa, saya nak asaskan satu NGO untuk memperkasakan gadis dan wanita di kawasan pendalaman. Dan untuk pengamal PR, fahami dan mengemas kini pengetahuan tentang isu-isu semasa dan juga editorial directions yang diamalkan oleh pihak media.”

Cover story oleh Wirda Adnan
Lokasi: Hotel Le Meridien, Petaling Jaya.  
Gambar: Syarief Nurlette Photography
Solekan & Dandanan & Styling Rossa Talip menggunakan alat solek Note, Turki 
Pakaian: Zang Toi 
Pengarah Seni Wirda Adnan

Related posts

Wirda & Mahani – Together We Are Stronger

admin

MBDA Voice to shape the Malaysian fashion, lifestyle, and creative ecosystem

admin

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

admin

Leave a Comment