FESYEN

Trend Fesyen Jalanan Musim Luruh/Sejuk 2018

Kalau artikel Pelaburan Fesyen Musim Luruh/Sejuk 2018 lebih ke arah fesyen formal dan parti, yang ini kami kongsikan trend untuk gaya jalanan.

Fabrik tweed

Selain cetakan berwarna-warni seperti skaf-skaf di pentas Richard Quinn, Ferragamo dan Celine, tweed juga kembali ke landasan trend musim luruh. Blazer, seluar panjang, sut dan dress mini dikeluarkan dalam pelbagai jenis tweed dan boleh didapati daripada jenama seperti Mango dan Topshop, juga Zara.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7136″][thb_gap height=”40″]

Corak haiwan

Haiwan, ular dan apa saja yang eksotik boleh dilihat di merata pentas fesyen musim luruh tahun ini. Dan yang paling menonjol corak harimau bintang. Tampil dengan kot atau kemeja bercorak harimau bintang dengan padanan seluar jean dan but hitam paras buku lali dan terhasillah fesyen musim luruh yang trendy.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7137″][thb_gap height=”40″]

Jaket empuk bersaiz besar

Ia hit musim luruh tahun lalu, dan kembali hangat musim ini. Tiada yang lebih selesa daripada menyarung jaket tebal dikala musim sejuk. Banyak jenama fesyen jalanan mengeluarkan jaket gaya ini dikeluarkan dalam warna-warna menyerlah antaranya Zara. Pilihan saya seperti dalam gambar di bawah daripada Topshop yang bagus potongannya, muat dengan selesa dan warna merahnya juga cantik.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7138″][thb_gap height=”40″]

But paras buku lali

Coach dan DSquared membawa masuk trend ini untuk musim luruh jenama mewah dan sudah tentu ianya mengalir terus ke butik-butik jenama fesyen jalanan kegemaran ramai seperti Zara dan Aldo. Bayangkan memakai seluar jean biru muda paras buku lali dengan but warna perang, hitam atau putih. Sarungkan pula jaket bercetakan ular jadinya anda menggabungkan beberapa trend hit musim ini dalam satu padanan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7139″][thb_gap height=”40″]

Jaket labuh

Kalau di Eropah sedang hangat dengan kot trench klasik daripada suede dalam warna tanah, beige atau coklat, di sini saya kongsikan jaket labuh #MinLunaxFashionvalet berwarna merah jambu. Diperkenalkan ketika KLFW2018 lalu jaket ini sekarang dipakai selebriti dan pekerja-pekerja industri fesyen yang mana saya rasakan mereka ini influencer di Instagram.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7140″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Habib Ignite the spark

adminwm

Bagaimana Pereka Kostum Edith Head Mengubah Dunia Glamor Perfileman Hollywood

admin

The Giant Olympia Bag

admin

Leave a Comment