Babor Melancarkan Skinovage, Membendung Proses Penuaan Dengan Epignetik

Babor, melalui pengedarnya Luxor Beauty World Sdn Bhd (LBW) melancarkan rangkaian produk kecantikan kulit SKINOVAGE yang diformulasikan khas menggunakan EpigenTech Power Peptide (berdasarkan hasil kajian dalam sektor epigenetik) untuk memperlahankan masalah penuaan.

EpigenTech Power Peptide yang terkandung dalam setiap produk Skinovage menjamin sel kulit akan kekal muda dan aktif untuk lebih lama, juga menghasilkan sel yang lebih kuat serta mencantikkan kulit.

Babor Skinovage disesuaikan kepada jenis kulit yang berbeza:

  • Moisturizing – untuk kulit kering
  • Calmino – untuk kulit sensitif
  • Balancing – untuk kulit kombinasi
  • Purifying – untuk kulit yang berminyak
  • Vitalizing  – untuk kulit yang letih

Rutin penjagaan kulit pula mempunyai lima langkah:

  • Langkah 1 & 2: Pencucian dengan e.g. HY-ÖL dan Phytoactive dengan BABOR Cleansing
  • Langkah 3: Skinovage Serum
  • Langkah 4: Skinovage Eye Cream
  • Langkah 5: Skinovage Cream (5.1 light)

Langkah lebihan: Seperti topeng muka Skinovage.

Krim moisturizing

 

Berikut temubual bersama Pengarah Pendidikan Babor International, Fabienne Lindholm tentang epigenetik dalam penjagaan kulit

Apakah Epigenetik?

Epigenetik merupakan satu bidang sains yang terangkum dalam sektor bioteknologi. Ia merupakan satu kajian terhadap faktor luaran yang luar daripada DNA, seperti persekitaran, gaya hidup dan juga stres, dan bagaimana ia mempengaruhi genetik diri. Berdasarkan kajian yang menyeluruh tentang penuaan manusia, tanda-tanda penuaan seperti hiperpigmentasi dan kedutan kulit antara lain merupakan hasil daripada pengumpulan semula jadi kerosakan pada DNA. Meskipun begitu, kajian makmal telah menemukan bukti bahawa faktor genetik hanya merupakan 30% daripada sebab penuaan kulit. Lebihan 70% pula merupakan faktor epigenetik, yang boleh mengubah struktur fizikal DNA bagi memperlahankan proses penuaan.

Bagaimanakah cara penggunaan epigenetik dalam penjagaan kulit?

Kajian yang mendalam terhadap epigenetik telah mengubah landskap industri kecantikan. Produk penjagaan kulit yang terbaru akan memberi fokus untuk melawan impak negatif daripada faktor epigenetik bagi mengurangkan kesan-kesan penuaan yang jelas.

Melalui kajian epigenetik, kita dapat memahami peranan gen-gen badan dalam penghantaran isyarat untuk membantu kulit menghasilkan protein dan tumbuh semula supaya kekal awet muda dan sihat. Walau bagaimanapun, faktor epigenetik juga boleh mengganggu pembacaan isyarat ini oleh sel-sel berkenaan. Apabila perkara ini berlaku, sel-sel tidak dapat berfungsi dengan baik, dan menyebabkan penuaan kulit yang jelas kelihatan.

Kami di Babor telah menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap epigenetik dan faham bagaimana faktornya seperti persekitaran yang tidak kondusif, stres, cahaya biru (daripada alat digital dan wireless) boleh memberi kesan kepada proses penuaan kulit. Skinovage Babor telah diformulasikan kembali dengan formula kami yang dipatenkan, EpigenTech Power Peptide untuk menjadikan rangkaian produk penjagaan kulit ini lebih efektif.

Formula ini dihasilkan untuk melawan kesan negatif daripada faktor epigenetik dalam tiga lapisan yang berbeza dalam kulit kita, bagi membaiki dan menguatkan sel-sel dengan membuang sisa protein daripada kulit dan menyihatkan kulit dari luar hingga ke dalam. Kami yakin ini akan membantu kulit untuk mendapatkan tenaga yang cukup bagi melindungi dan menguatkan kadar tumbuh-semula sel, untuk menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda.

Adakah penjagaan kulit sahaja cukup untuk kekalkan awet muda seseorang?

70% daripada faktor penuaan adalah disebabkan faktor epigenetik. Walaupun kita boleh mengurangkan kesan penuaan menggunakan produk penjagaan kulit, kita juga harus kekalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan, beriadah, melakukan meditasi dan mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru untuk membantu kulit muka kita kekal muda.

Adakah cahaya biru memberi impak yang besar terhadap proses penuaan?

Kajian telah lama mengatakan bahawa cahaya UVA daripada matahari merupakan faktor utama pengedutan kulit dan kesan penuaan yang lain. Namun begitu, kajian juga menunjukkan bahawa penuaan digital – disebabkan cahaya biru dan radiasi wireless oleh alat digital – memberikan kesan yang sama seperti cahaya UVA. Alat digital boleh membawa kepada penuaan kulit, sama dengan atau lebih daripada cahaya UVA daripada matahari. Berdasarkan kajian kami, 60 peratus daripada orang pada hari ini menghabiskan masa lebih daripada enam jam di hadapan alat digital seperti komputer riba, telefon bimbit dan televisyen. Rangkaian Skinovage baru termasuk dengan koleksi Vitalising, yang boleh memberi perlindungan terhadap penuaan digital dengan menggunakan Cocoa Peptide, diformulasikan khas untuk ‘memerangkap’ radikal bebas ini.

Klaus Redomske (kiri) Presiden & COO Babor Asia Pasifik bersama Jeffrey Wong, Pengurus Besar Luxor Beauty World di pelancaran semula Babor Skinovage

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON