PERSONALITI

Siapa Arja Lee?

Oleh Wirda Adnan

 

Dalam perkataan anda sendiri, siapa Arja Lee ( mengapa Lee) dan bagaimana anda boleh terbabit dalam dunia seni?

Arja ialah Azhar dan Lee ialah Ramli jadi dapatlah Arja Lee. Saya seorang yang simple dalam serba serbinya. Riang, kreatif dan moody juga. Dan seorang yang saya kira amat penyayang orangnya. Saya bermula sebagai seorang penari. Bila peluang ada saya terjun ke bidang muzikal dan teater, seterusnya menjadi pelakon dan penyanyi komersial, ha ha.

 

Anda telah menimbulkan banyak kontroversi dalam lakonan seperti berbogel dalam watak Ruby, mempersoalkan tv stesyen yang anda kata bermain kotor dan bersikap pilih kasih. Apa reaksi anda bila dikutuk dan apakah cara itu juga telah melonjak nama Arja di bidang yang penuh dengan kontroversi ini?

Saya hanya jadi jujur dalam setiap perkara yang benar. Tak salah kan? Kematangan akan memacu diri untuk mengatakan yes or no, untuk sesuatu perkara itu.

Panas, kontroversi bukan pilihan saya, untuk apa pun? Benar ia menjadi trend di mana mana juga tapi itu bukan fokus utama saya. Yang penting i want to keep making good things in life..


Arja kacak, bijak dan tinggi kelulusan. Kenapa pada usia 34 tahun masih membujang? Kerana terlalu memilih atau your choice is to stay single forever, tapi ini barangkali disalah ertinya yang mengatakan you may be gay?  Hem..

Alhamdulilah dan syukur ke atas kurniaan Allah kepada Arja. Doakan jodoh saya datang pada waktu dan ketikanya, dan biarlah di kala abah saya masih sihat, supaya dia merestuinya dan dapat melihat anaknya bersanding. Opps mana mungkin perasaan ini ditukar ganti kerana saya dilahirkan untuk seorang hawa yang suci, insha Allah.


MAJALAHWM.COM minta you beri LIMA (5)  sebab mengapa you masih belum berkahwin sehingga kini, sedangkan ramai gadis di luar sana menunggu untuk dipinang.

ENOUGH!!!!

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7260″][thb_gap height=”40″]

Pada usia 34 tahun Arja kembali ke kolej, khabar membuat master dan masuk terus buat PhD. Namun dalam bidang lakonan sebenarnya akademik tidak berapa penting dan sesetengah menganggap membuang masa. Yang lebih penting di sini mengasah bakat? Komen anda?

Itu niat yang sudah lama saya pendamkan. Alhamdulillah inilah masanya. Saya kira ia satu rezeki.  Saya diterima masuk ke UiTM Shah Alam Fakulti FiTA: Fakulti Filem Teater dan animasi. Arja perlukan keseimbangan dalam hidup dalam setiap segi. Bakat itu memang sudah ada tetapi bila ditambah dengan ilmu yang banyak lagi yang akan ditimba, sudah tentu ia akan menjadi lebih WOW! Dunia seni berlawan dengan pelbagai perkara, siapa yang lalai dan hanyut, sorry to say you have no place in this world. Comfort zone’ this is not me at all. Ini attitude yang paling bahaya dalam hidup kita sebagai manusia.


What have you learned about yourself since you became a celebrity? How has fame change you as a person?

I am still the same Arja. Nothing change pun. Belajar untuk menjadi lebih matang dan bijak dan untuk lari daripada semua perasaan ini, ya daripada unsur-unsur negatif yang bisa merosakkan. Dan, saya happy bila Arja Lee dihormati dengan bakat dan kredibiliti selain hasil kerjanya dalam industri mahupun kehidupan seharian.

 

Kalau anda boleh pilih satu daripada babak-babak dalam drama yang telah anda lakonkan, dan dilakonkan semula, yang memberi terlalu banyak impak kepada Arja Lee, which one would it be? Dan kenapa?

Saya suka soalan ini. Ia babak dalam drama bertajuk ‘Ramadan Yang Hilang’ untuk slot Samarinda di TV3. Ketika itu Arja sedang menjaga arwah ibu yang sedang sakit di hospital mengidap Kanser Lelangit. Sebagai pelakon Arja beruntung sebab dapat membawa pelbagai watak selain bermain dengan jenis cerita dan drama yang bermacam-macam. Ya, ia ada kaitan dan deejavu dalam kehidupan sebenar.


Something personal, how much money do you have and how many cars you got, and tinggal di rumah yang bagaimana sekarang?

Cukuplah untuk diri sendiri dan famili yang memerlukan. Alhamdullilah.

 

Back to soalan kahwin, perempuan yang bagaimana yang Arja mahu jadikan isteri?

Still can’t move on with this question huh… minta Allah hantarkan seorang bidadari yang mampu membimbing saya dan anak kami ke jalan syurga. Insha Allah.

 

Selebriti mana selain anda sendiri yang anda rasa most influential dan apa yang istimewanya mengenainya.

Thanuja Ananthan! She is my best friend, my baby and my sayang! She is beautiful, intelligent, rajin bekerja, talk too much, suka bergurau dan manja. I just love her la kak…. Sooooo humble! Seperti dia,  saya juga sayangkan haiwan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7263″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Penata Gaya Rambut Profesional Albert Nico Bercakap Tentang Buku Fotografi Terbitannya

admin

10 Soalan untuk Arja Lee

admin

Bicara Bersama Azrel Ismail

admin

Leave a Comment