PERSONALITI

10 Soalan untuk Arja Lee

Arja Lee – Kekuatan Mak Adalah Kekuatan Saya Sampai Bila-Bila Idola

Siapa Arja? 

“Very simple person, easy going and sangat fun ! so humble yess memang pun, itu pun kadang-kadang orang tak pandai menilai lagi hahaha, joking only! yang penting sangat menghormati sesiapa di sekeliling, hidup kenalah respect satu sama lain! Punya cita-cita dan impian untuk memiliki ARJA ART ACADEMY suatu hari nanti, something like performing art centre

Azharudin Ramli, 080983, Virgo, lahir di Kuala Lumpur.  Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan USM Pulau Pinang, dan sekarang baru sahaja selesai Master in ART ( Pengajian Persembahan di UPSI Tanjong Malim Perak). Insya Allah will seat for my Phd soon, doakan ya, kini saya menetap di Kota Bharu Kelantan.”

Anda memilih untuk belajar sedangkan kerjaya yang bagus sudah pun di hadapan mata. Apakah dengan kelayakan itu, anda akan menjadi insan yang lebih berjaya dalam pekerjaan? Bukankah belajar tambahan di peringkat tinggi seperti master/PhD mengambil masa yang banyak, dan apa yang saudara jangkakan dengan ijazah ini?

“Satu tindakan dan satu keputusan yang mudah bagi saya untuk menyambung pengajian master saya apatah lagi saya buat full time dan perlu ulang alik dari KL ke UPSI Tanjung Malim. Selama dua tahun dan alhamdulillah Julai ini tamat lah, syukur. Itulah yang dikatakan satu pengorbanan demi satu cita cita yang perlu saya lalui dan saya juga guna wang sendiri untuk membayar yuran, alhamdulillah Allah permudahkan buat saya. Saya perlu bijak, kreatif dan pantas dalam menyusun perjalanan hidup saya, kalau tidak pasti saya akan tertinggal jauh dan terus hanyut. Hidup sebagai anak seni ini ada pasang surutnya jadi untuk sentiasa tenang, saya perlu lakukan sesuatu.”

“Impian untuk bergelar seorang pensyarah sudah lama saya simpan dan ini adalah tangga-tangga menuju ke satu realiti yang sangat saya dambarkan, sebab syarat untuk atau kelayakan yang diperlukan oleh universiti untuk menjadi seorang ialah tahap atau level akademik saya, jadi  kalau dah ada master senang untuk memohon untuk mengajar, insya Allah, Allah adalah pengatur terbaik dalam segala hal, saya hanya berusaha, bertawakal dan berdoa.”

Dengan anda yang sibuk,  ada masa untuk keluarga dan kawan? Dan masa untuk kerja amal, saya difahamkan Anja banyak terbabit kerja-kerja amal?

“Busy is good kan tapi tak la busy sangat pun, setakat ini alhamdulillah saya ada masa aturkan buat famili, kawan-kawan dan sahabat handai. Tiada sebab saya tidak bersama dengan famili dan kawan-kawan, its all about how we manage our time kan. CSR yes memang saya suka sebab itu lah masa yang terbaik untuk kita kembali pada hidup yang biasa-biasa, kongsi rasa sakit, rasa sedih, rasa rendah diri bila. Bersama dengan golongan-golongan tertentu, best sangat! memang banyak dan saya lebih gemar hanya berdiam diam sahaja, I choose to be!”

Mei bulan dunia menyambut Hari Ibu. Ceritakan kisah yang tidak dapat Arja lupakan mengenai ibu, dan ‘qoutes’ anda mengenai sang Ibu.

“Saya panggil dia Mak , dialah segalanya bagi saya dan adik beradik yang lain. Sudah lapan tahun kami tidak dapat beraya dengan mak, ternyata Allah lebih sayang mak. Mak meninggal disebabkan oleh kanser lelangit atau  palate cancer, 13 tahun mak berperang dan akhirnya pergi buat selama-lamanya.”

“Mak adalah idola saya paling hebat, paling saya kagumi dalam setiap perkara, saya kagum dengan kekuatan dan ketabahan mak mengharungi segala yang berlaku sepanjang hayatnya dengan begitu tenang, kuat dan tidak pernah putus asa. Ketabahan mak adalah kekuatan saya sampai bila bila. Saya sangat sensitif bila dengar nama mak, dan akan terus terbayang dan terlihat senyumannya, “adik rindu maakkkkkk.” Al fatihah buat mak! HER STORY HER JOURNEY, stay with me.”

Do you get along with your family, why or why not?

“Yes of course, terutamanya anak-anak buah, Arja sangat close with all my anak-anak buah. Tak ada seorang pun yang tertinggal hahaha sebab uncle dia sorang ni yang paling gilaaa. Sejak Arja stay di Kelantan lebih tujuh bulan ini, rindu la sangat-sangat, ni kami berbuka puasa sekali dan bersahur, kebetulan abah pula tak berapa sihat, jadi kami stay sekali, memang riuh. For me, keluarga adalah hubungan terindah Allah kurniakan buat saya, saya jaga dan hargailah sebaiknya.”

Kita akan menyambut Hari Raya, apakah Arja dapat meraikan bersama keluarga di musim PKP ini, dan kalau tidak dengan keluarga, apa rancangan Raya Arja?

“Saya sempat menyambut Ramadan di KL bersama keluarga dan pastinya juga saya dan keluarga akan beraya di Kuala Lumpur bersama sama. Baru nak rasa beraya di Kelantan tapi tak de rezeki hahaha ! MCO la pulak, what to do?”

Best gift you have received?

“Dilahirkan ke dunia ini, menjadi anak pada abah dan mak saya, anak Haji Ramli dan Salmah Aziz, I am blessed!”

Soalan apa yang membuat Anja benci untuk menjawabnya

“Bila nak kahwin? rolling eyesssss ….”

Do you have anyone you go to, for advice. Dan percaya tak anda bahawa kalau diri sedih atau terlupa atau kesunyian anda harus bercakap dengan seseorang?.

“Yes I do but not someone, a few, sebenarnya that I choose to share hahaha! Sentiasa akan saya hubungi if anything happen to me, report and mengadu dan juga  minta pendapat mereka untuk sebarang situasi atau keputusan yang saya perlu buat.”

Are you a pious person? Pendidikan Islam yang bagaimana yang sepatutnya setiap ibu dan bapa perlu ajar/didik/ dan sebagai contoh pada anak-anak? Apa pandangan Anja dengan ibu bapa yang tidak menitik beratkan agama? 

“Abah seorang imam di surau dan masjid dulu masa dia sihat, abah juga lah yang sembelih kambing lembu dan lain-lain. Abah juga mengajar budak mengaji di rumah jadi pendidikan agama itu sememangnya berada pada tahap yang baik tapi kami hanya biasa-biasa aje, tak lah alim sangat pun, fahami keperluan, kewajipan, yang perlu dan tidak, dan menjaga yang wajib khasnya.

“Pendapat saya didikan agama adalah wajib untuk setiap manusia di dunia ini, ia mengajar kita tentang asal usul, siapa kita, pegangan dan ajaran yang perlu kita ikut atau anuti, kepercayaan dan kesetiaan kita itu pada siapa? Sebab itu didikan agama akan menjawab segala persoalan, baru hidup ada misi, visi dan hala tuju.”

Terima kasih, selamat berpuasa kakak ku, stay safe !  Arja Lee

Gambar: daripada album Arja

Related posts

Apa Itu Cinta?

admin

Neelofa Berniqab

admin

Jeoffrey Aladib – Listen carefully before you speak and stop selling, start sharing

admin

Leave a Comment