COVER STORY

Datin Dr Nik Sarina Hashim & Aryssa

 ‘Andai anak Boleh Jadi Kawan Baik, BIG BONUS POINT’ 

Datin Dr. Nik Sarina Hashim – Pengasas amaxMall dan produk kecantikan SLAE – sejuk mata memandang wajahnya. Jelita, kulitnya putih kuning, daripada darah campuran Belanda dan Melayu Kelantan. Wajahnya mengingatkan saya kepada drama bersiri Charlie’s Angles, Jaclyn Smith. Dari kejauhan sudah nampak aura yang dimiliki dan bila mana mendekatinya, anda akan berasa senang sekali berbual dengannya. Orangnya lembut tapi tegas serta mudah memberikan senyuman. A neatly and stylishly dressed woman, tidak perlu menggunakan khidmat stylists, setiap kali hadir di majlis-majlis sepatah kata teman saya Mahani Awang, “I suka sangat dressing Datin Dr. Nik Sarina, distinctive dressing style. Very Parisian.”

Datin Dr Nik Sarina Hashim berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Kings College London, Sarjana Perbankan (Undang-Undang) dan Doktor Falsafah dalam Islamic Finance. Bekerja sebagai Majistret dan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Suaminya Datuk Abdul Ghani, dan mereka dikurniakan tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan berumur di antara 16-25 tahun. 

“Agak susah saya hendak describe diri saya  tetapi saya rasa saya seorang yang meticulous dari segi kerja. Dari segi perwatakan pula, saya rasa saya seorang yang tidak banyak bercakap tetapi suka dikelilingi rakan-rakan sejati. Saya gemar bersukan dan melakukan aktiviti yang mencabar,” katanya.

Kesibukan tidak membenarkan saya duduk lama dengannya. Saya sempat singgah di pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail, Dr. Nik sedang sibuk berkemas untuk berpindah di premis yang lebih selesa katanya. Permis barunya di Bangsar Jalan Ara, dengan keluasan yang selesa dan mudah parking.”

Saya bercadang untuk menemu ramah ketika di set penggambaran hiasan kulit. Sayang sekali saya tidak dapat hadir, tempat kawasan residennya ada kes covid. Lalu saya menghantar soalan-soalan untuk dijawab sendiri oleh beliau.

Memandang Mei, Hari Ibu, what was it like being a working mom? Do you ever consider being a stay at home mom in the early days of them growing up?

Very lucky to have a supportive husband. Suami saya menggalakkan saya untuk “go the distance” dalam apa saja saya lakukan. Sewaktu saya mengambil PhD, dialah yang memberi galakan sehingga saya berjaya menyelesaikan thesis saya. Jika tidak kerana beliau, mungkin saya dah give up halfway through the course. Semasa anak-anak lelaki saya lahir dan masih kecil, saya tidak bekerja untuk beberapa tahun. I am glad I had those few years with them as a stay-at-home mum. Tetapi setelah mereka sudah ke tadika, perasaan ingin mempraktikkan apa yang saya pelajari di universiti semakin membuak-buak di dalam diri saya dan saya memulakan kerjaya saya dalam bidang perundangan. Sewaktu anak perempuan saya lahir saya sudah bekerja sebagai Timbalan Pendakwa Raya tetapi Alhamdulillah I was still able to enjoy her early years as I had a good support system at home.”

How do you successfully practice work-life balance?

“I believe one should be as efficient as possible so that work is completed timely and of course executed to the highest standard. Outside of work, one must have time to live life as how they see fit.”

What was the first year of motherhood like for you? 

“Very tiring (haha). Kelemahan saya ialah kalau saya mengantuk, saya mesti tidur, susah nak bersengkang mata jadi the first year of motherhood was very tiring though joyful. Juga seperti orang lain, bila menjadi ibu buat kali pertama, banyak benda yang kita belum alami dan ianya juga merupakan satu proses pembelajaran untuk saya.” 

Apa yang anda rasa ‘sempurna’ bila bersama keluarga?

A perfect day is when the whole family is together away on holiday. Maklumlah anak-anak semua sudah besar dan sentiasa ada rancangan mereka sendiri. Jadi semasa kami bercuti bersama, sudah tentu setiap masa kami akan luangkan bersama melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. That has and will always be my perfect days.”

Memandangkan anak-anak sudah remaja, what advice would you give to them?

“Dengan anak-anak saya selalu menekankan bahawa peradaban harus dijaga walau di mana jua dan dengan siapa sahaja terutama kepada mereka yang lebih berusia dari kita.”

Hubungan anda dengan kedua ibu bapa?

“I think I had a very good childhood. My parents would indulge me as much as they can but at the same time taught me values that one would need to be a respectable hard-working citizen.”

What’s something you always wanted to do but did not – and why didn’t you?

“Saya ingin melancong ke tempat yang tidak sering orang pergi seperti Antartika. Saya rasa selepas pandemik covid19 ini terkawal dan kita boleh ke luar negara, saya akan melawat tempat-tempat sebegini.”

Ramai mengatakan anak-anak adalah kawan baik mereka. Apa pandangan Datin mengenai ini? 

“Pandangan saya ialah jika anak-anak boleh menjadi kawan baik kita, sudah tentu ianya adalah satu big plus point. Tapi kaveatnya – they must always respect you as a parent. If this balance can be achieved, pada saya ianya adalah satu rahmat yang besar – mempunyai anak-anak yang boleh mendengar, memberi nasihat dan pandangan mereka dan juga to be a great companion in your activities.” 

Adakah anda ibu yang strict atau bagaimana?

“Saya boleh katakan yang saya seorang ibu yang tidak mengongkong hidup anak-anak kerana saya mahu anak-anak saya rasa yang mereka boleh bersikap terbuka dengan saya dan tidak menyimpan rahsia. Saya rasa jika kita besarkan anak-anak kita with the right values, Insha-Allah mereka tidak akan tersasar daripada apa yang kita harapkan sebagai ibubapa.”

The best gift you ever give to your mother and her gift to you?

“Saya tak boleh nak kata what would be my best gift to my mother as that would have been for her to say. Tetapi the best gift my mother has given to me is to ensure I knew what I have to know to practise Islam properly in a wholesome manner and that is something I try to pass on enough to my children and hope that it continues down the line.”

                        Seperti yang saya katakan Datin Dr. Nik Sarina pada usia 49 tahun, cantik dan nampak jauh lebih muda daripada usianya. Sebagai pengasas produk kecantikan SLAE (ia baru di pasaran tetapi sudah menjadi pilihan ramai wanita.) Pada saya wajar sekali Nik Sarina hadir dengan produk kecantikannya sendiri, beliau tahu produk apa yang baik untuk pelbagai jenis kulit, tahu reaksi pemakai dan pembeli,  apa tah lagi beliau pengasas amaxMall yang juga memasarkan pelbagai produk termasuk produk kecantikan. Produk ini juga dalam waktu yang singkat sudah merentas bumi Malaysia untuk dipasarkan ke luar negara. (Akan dibawa satu tajuk lain mengenai produk ini di keluaran akan datang). 

Apa rahsia kecantikan anda?

“Kecantikan adalah subjektif. Apa yang pada saya adalah cantik, saya cuba capai dengan penjagaan, terutama dari segi pemakanan, pemikiran dan aktiviti fizikal.”

What are your beauty quotes?

“Slay the world with your beauty and knowledge. For a girl especially, knowledge awareness and integrity are crucial in how she navigates her life. With that, her beauty will take care of itself.”

Produk kecantikan yang mesti anda guna, tidak boleh tidak?

“A moisturizer.

How do you exercise? Swimming, dancing, horse riding?

“Masa muda-muda dulu I used to run a lot and took part in many state competitions seperti MSSM dan Sukma. Sekarang ini it is more horse-riding, polo and golf. Sometimes I do strength training as my son says I need to make sure my muscles and joints are kept strong.”

Bagaimana anda mengajar anak untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri?

“Semenjak anak-anak saya masih kecil lagi, saya amat menekankan aktiviti bersukan jadi sehingga kini bersukan adalah gaya hidup mereka. Untuk menjaga kecantikan, masa muda remaja ini, mereka harus pastikan guna sunblock.” 

Anda anda sentiasa slim begini atau pernah badan berisi dalam erti kata lain gemuk dan apa yang anda telah lakukan yang menjadi sebegini cantik? 

“Semenjak saya berumur 13 tahun lagi, saya sudah menjaga pemakanan saya untuk memastikan berat badan saya tidak naik. Cuma ada satu masa apabila saya tidak sedar yang badan saya agak ‘chubby’ iaitu semasa saya berumur 18 tahun dan berada di luar negara ketika itu – cuaca sejuk membuatkan saya rasa cepat lapar dan dalam tidak sedar, berat badan saya bertambah. Apabila saya pulang ke Malaysia untuk ‘summer holiday’ saya berjaya turunkan semula berat badan saya.” 

Apa yang anda fikirkan mengenai seseorang yang tidak kisah tentang kecantikan diri?

That is her choice if she is comfortable with it. Yang penting, you must be happy in your own skin.”

Datin menghadirkan jenama kecantikan SLAE. What is the inspiration for creating SLAE, daripada mana nama itu diperolehi, dan ceritakan kisah di sebaliknya?

“Setelah banyak menguruskan produk-produk di bawah jenama tempatan di bawah amaxMALL, saya berazam untuk mengeluarkan jenama sendiri dan kerana saya suka kepada kecantikan, apa lagi kalau bukan produk kosmetik. Maka lahirkah SLAE Cosmetics, iaitu produk kosmetik yang full range yang mementingkan kualiti dan datang dalam packaging yang menarik berunsurkan alam semulajadi. Nama itu diperolehi setelah beberapa lama memerah otak memikirkan nama yang sesuai dalam penjenamaan produk SLAE dan juga what it stands for.”

What makes SLAE different from the other beauty products?

“For one, it is light but has the coverage that you want. It comes in many natural and vibrant colours dan sesuai digunakan oleh the go-getter woman. Saya juga mendapati ianya mendapat sambutan dari pelbagai peringkat umur, Alhamdulillah.”

“I have been using Max Mara since I was in my 20s and they never disappoint. For local designer, it has to be Rizman Ruzaini.”
Mengenai fesyen – what’s your style? And designers that never disappoint you?

“Saya menggemari fesyen yang ‘conservative’. Smart jackets for formal and colourful dresses for casual use. I have been using Max Mara since I was in my 20s and they never disappoint. Their cut is more forgiving (hahah if you know what I mean). For local designer, it has to be Rizman Ruzaini.”

You love London – what’s the best street style from London you like most. And what about London that you love most? 

I love London but only for a holiday. I can’t imagine living and working there. My home will always be Malaysia. Street style – I can’t say I have any preference. What I love about London is that everything is available there – from fashion, food, museums, parks, theaters and proximity to my favourite place in Berkshire.”

‘amaxMall is a distributor of Malaysian food products from SME  entrepreneurs, to hypermarket in Malaysia and Singapore’
Mengenai perniagaan
Sebelum menubuhkan amaxMall, Datin ialah seorang Pendakwa Raya. Cerita sedikit pengalaman anda?

“Saya berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya selama beberapa tahun. Pada masa itu saya banyak mengendalikan kes-kes jenayah seperti pengedaran dadah dan pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Bekerja sebagai Timbalan Pendakwa Raya telah banyak melatih saya untuk berfikir dengan cergas dan mendalam sebelum mengeluarkan kata-kata kerana sedikit kesilapan boleh merosakkan kes yang dibawa di Mahkamah. Terutama semasa kita “cross-examine” saksi di Mahkamah.” 

Daripada itu Datin menjadi seorang ahli perniagaan, adakah semua ini dirancang atau pilihan untuk terus memajukan ekonomi negara adalah berniaga?

“Saya berkecimpung di dalam bidang perniagaan setelah beberapa tahun bekerja dalam bidang perundangan. Setelah beberapa tahun menjadi TPR dan sebagai peguam, saya mahukan sedikit ‘flexibility’ dalam kehidupan saya dari segi masa. Kini berada dalam dunia perniagaan yang mencabar, banyak pula pengalaman lain yang berharga yang saya pelajari. Ya, saya harap usaha saya telah menyumbang kepada ekonomi pengusaha-pengusaha di bawah syarikat saya.”

Beritahu kami mengenai amaxMall. Dan apa yang istimewanya mengenai amaxMall?

“amaxMALL membawa produk-produk makanan yang telah diproses oleh pengusaha tempatan ke pasaraya-pasaraya besar di Malaysia dan Singapura. Saya berusaha kini, untuk menembusi pasaran-pasaran lain di Asia Tenggara. Dan juga memasarkan pelbagai produk kecantikan.”

Saya mendapat tahu amaxMall banyak melakukan kerja amal dan menyumbang untuk Tabung Jantung Negara. Ceritakan pengalaman menarik Datin dan peristiwa yang menyusup jantung hati anda?

“Oh bukan kepada Tabung Jantung Negara tetapi baru-baru ini kepada ‘The Lung Foundation. Sewaktu ibu saya berada di hospital pada 2019, saya mendapati terdapat kekurangan alat bantuan pernafasan untuk kegunaan awam. Jadi saya berharap sumbangan dari syarikat saya boleh memberi sedikit bantuan kepada yang memerlukan.”

Oleh:     Wirda Adnan 
Solekan:  @shiela mohamad menggunakan @slae_hq (SLAE Cosmetics)
Dandanan: @syhimran77 

Related posts

YM Tengku Datin Sri Nurzaheran – Tentang Cinta, Keluarga dan Infiniti Jewels

admin

DATO’ EMMA IBRAHIM – “I AM IN LOVE”

Wirda Adnan

Wani Kayrie “Kahwin? Tunggu dulu. Nak bahagiakan mak…”

admin

Leave a Comment