COVER STORY

“Nothing Is More Satisfying Than Being Able To Help Others”

Perbualan antara Puan Wirda Adnan dengan Norma Norell beberapa tahun lalu.

Wirda Adnan: “NN, I would like to interview you and your daughter for my magazine.”

Norma Norell: “What would you like to know about me? I am a private person. My family and I keep our life simple and low profile.

Wirda Adnan: “There are still many Malaysians who want to know you as a person. You have been keeping silent for many years!”

Norma Norell :  (Hanya ketawa dan berseloroh sambil menanya) “What do they want to know about me? There are many other people who are more interesting than me, who they can get to know.”

Perbualan kami sentiasa di peringkat Wirda Adnan memujuk Norma Norell, tetapi Norma Norell secara halus mengelakkan dirinya daripada diinterview.

Saya juga adalah penyumbang untuk majalah online ini. Sumbangan rencana saya telah saya namakan”NORMA NORELL’S 3RD EYE”. Tetapi oleh kerana kesibukan, saya bercuti daripada menyumbang sejak beberapa bulan lalu. Hari ini, saya menulis berkenaan diri saya untuk keluaran bulan ini.

Sewaktu Wirda Adnan berhasrat memaparkan wajah saya sebagai penghias majalah online majalahwm.com, saya hanya ketawa dan berseloroh sambil menjawab : “Wirda, please give me 1001 reasons why I should be on the cover!”.

Wirda Adnan: “What about thinking of it as helping your friend?”

Jawapan Wirda kali ini menusup jiwa saya. “What about thinking of it as helping your friend?” Demikian lah kisah nya mengapa saya menjadi penghias majalahwm.com. Walaupun ianya adalah satu ‘paradox’ untuk diri saya sendiri.

“The meaning of life is to find your gift. The purpose of life is to give it away.” – PABLO PICCASO- Ini lah matlamat hidup saya. Saya percaya bahawa kita dicipta oleh yang Maha Esa untuk sebab sebab tertentu. Di alam kehidupan kita kini, wujud diri kita dan makhluk ciptaan Allah yang lain. Di samping manusia, Allah mencipta alam sejagat dan isi kandungan nya seperti haiwan dan alam sekitar. Ini semua adalah tanggung jawab kita semua untuk  menjadi penjaga alam ciptaanNya bersama isi kandungan alam.

Saya enggan ditemuramah oleh media. Sama ada media cetak atau pun elektronik. Sebenarnya saya adalah seorang extrovert, tetapi tidak selesa menjadi tumpuan orang ramai. Membenarkan diri saya ditemu bual berkenaan kerjaya saya dan impak yang telah saya berikan kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa (tetapi dengan syarat ada hadnya). Inilah diri saya sebenarnya. Seorang insan yang penuh dengan ‘paradox’.

Saya tidak selesa berada di tempat yang penuh sesak dengan manusia yang tidak saya kenali. Tetapi demi kerjaya saya, saya terpaksa benarkan diri saya ditemuramah.

Saya  menyepi selama tujuh tahun kerana saya telah berhijrah ke Australia. Ramai pemberita menunggu kepulangan saya supaya mereka boleh buat temujanji untuk interview. Tujuh tahun sudah berlalu, namun saya masih enggan menerima untuk ditemuramah.

Apabila Puan Wirda Adnan menghubungi saya satu tahun lalu untuk tujuan yang sama, saya secara berseloroh menjawab “There is nothing for you to write about me!” Namun Wirda tidak putus asa, selepas beberapa bulan dicuba nasib lagi sekali, dua kali, hingga ke tahun 2017, barulah saya menerima undangan untuk pergi ke studio gambar mengambil gambar. Sebelum saya menerima undangan, saya memberi syarat bahawa saya tidak mahu mengikut konsep mereka sebelumnya. Saya pilih konsep berpakaian saya sendiri, iaitu enggan bergaya di hadapan kamera secara konvensional atau pun memaparkan imej “typical seorang Datin.”

Saya insan ‘paradox’

Saya enggan dikenali sebagai seorang Datin, sebab saya ada kelulusan sendiri dan status sendiri sebagai wanita berkerjaya. Prinsip saya adalah, “di luar sana ada ramai Datin, tetapi hanya ada satu Norma Norell!” Lazimnya, kebanyakan pemberita cuba sedaya upaya mencungkil daripada saya cerita berkaitan kehidupan peribadi saya. Tetapi mereka gagal. Masyarakat juga kerap menanya soalan peribadi , tetapi saya sentiasa menjawab secara berseloroh mengelakkan daripada menjawab soalan peribadi.

Hingga ke hari ini kebanyakan daripada mereka masih ingin tahu berkenaan diri Norma Norell. Apa yang mereka kurang faham adalah bahawa saya adalah insan yang penuh dengan ‘paradox’ . Sahabat handai yang mengenali saya lebih rapat menanggap saya sebagai seekor kutu beras di dalam sebuah guni. Pernahkah anda cuba menangkap seekor kutu di dalam guni? Kutu adalah makhluk yang kecil. Ianya sentiasa bergerak ke sana sini. Begitulah tanggapan sahabat handai saya terhadap diri saya. Sentiasa aktif bergerak ke sana dan ke sini.

Sekali imbas, mereka yang tidak mengenali saya beranggapan saya seorang yang serious dan ‘snobbish’. Tanggapan pertama ini kurang tepat sebab mereka belum pernah berbual dengan saya atau mengenali saya dari dekat. Kebanyakannya ketawa hingga keluar air mata apabila mengenali saya. Lazimnya mereka berkata,  “You are a very humorous person NN!” Ini yang saya maksudkan bahawa sifat saya sentiasa dipenuhi ‘paradox’. Saya berwajah serious tetapi kelakar!

Air muka saya memang nampak serious, reserved dan neutral apabila saya berjalan seorang diri di khalayak ramai. Mengapakah sedemikian? Arwah ibu saya adalah seorang coach dan mentor terbaik di dalam pembentukan imej diri saya. Beliau mendidik saya supaya tidak terserengeh atau senyum di waktu atau tempat yang salah. Mengapa?  Beliau mempunyai sebab yang bernas. Beliau menerangkan bahawa seorang gadis perlu menjaga marwah diri dan keselamatan apabila luar dari rumah. Seorang gadis yang tidak perihatin berkenaan marwah diri atau keselamatan diri sendiri, lazimnya menjadi mangsa sasaran kaum lelaki yang negatif. Negatif di sini dimaksudkan ialah lelaki yang tidak ikhlas, tidak jujur atau mempunyai niat yang serong terhadap kaum hawa. Hingga ke hari ini saya masih mempunyai sifat perihatin berasaskan nasihat arwah ibu saya. Ini juga adalah ‘paradox’ bagi diri saya. Kebanyakan ibu menyuruh anak gadis mereka sentiasa tersenyum seperti delima merkah sebagaimana digambarkan oleh pepatah Melayu. Namun sifat yang dididik oleh ibu saya bertentangan daripada petua ibu ibu lain. Ibu saya kerap mengingatkan kami adik beradik bahawa seorang gadis yang senyum atau terserengeh di tempat yang salah memberi tanggapan pada mata yang memandang seolah olah ianya seperti kerang busuk. Setelah saya matang saya setuju dengan nasihat beliau. Tetapi sewaktu remaja saya kurang mengerti maksud beliau yang sebenar.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image alignment=”center” image=”7410″ img_size=”large”]
[thb_image alignment=”center” image=”7411″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]

Daripada nasihat arwah ibu, saya pelajari bahawa kaum adam sebenarnya tidak menganggu seorang gadis atau wanita yang mempunyai keyakinan diri. Mereka boleh melihat dari gerak geri  gadis atau wanita sama ada ianya mempunyai keyakinan diri atau tidak. Saya pelajari  ‘wisdom of life’ daripada ibu saya dan juga daripada kehidupan harian yang telah saya lalui. Jauh perjalanan, luas pemandangan, lebih mendalam kebijaksanaan kita berkenaan kehidupan.

Sewaktu saya di bangku sekolah, apabila ditanya apakah cita- cita saya, saya menjawab saya ingin menjadi seorang yang artistik, kreatif , kaya dan terkenal. Mengapa? Saya menjawab, supaya saya dapat menolong orang lain menolong diri mereka sendiri melalui kejayaan saya. Saya tidak minat memiliki harta benda yang berlimpah sehingga ianya menjadi bebanan (liability) untuk kebebasan hidup saya sendiri.

Sewaktu saya belum berumah tangga, saya tidak berminat tinggal di satu tempat lebih dari empat bulan. Sedangkan, kebanyakan rakan- rakan saya bercita- cita atau mengidam hendak mengahwini lelaki daripada keluarga yang kaya atau lelaki berumur yang kaya. Saya sentiasa ketawakan mereka. Mereka idamkan rumah besar seperti mahligai. Saya idamkan sebuah hotel yang selesa sebagai tempat kediaman saya.

Mengapa hotel menjadi pilihan saya? Jawapannya ialah saya tidak mempunyai bebanan atau stress membersihkan tempat kediaman saya. Saya tidak perlu membayar pembantu rumah  menjaga rumah saya. Membayar pembantu adalah satu ‘liability’ . Jikalau saya tidak lagi berminat dengan tempat tinggal , saya boleh cari tempat lain tanpa ‘excess baggage’ yang perlu dibawa bersama. Kehidupan nomadic atau seperti kaum bedouin di padang pasir adalah pilihan saya. Secara ini saya berpeluang menjelajah ceruk rantau di bumi ini dan mengenali pelbagai tempat di dunia ini.

Saya ibarat seekor helang

Di saat ini juga saya berubah menjadi seekor helang (an eagle)!. Saya menjadi lebih berkeyakinan mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Seperti seekor helang, saya terbang tinggi berseorangan dengan bebas tanpa keriuhan burung-burung lain seperti pipit atau burung murai. Perwatakan seekor helang memang sesuai dengan jiwa saya. Seekor helang membuat sesuatu secara diam-diam, tetapi tinggi pencapaiannya. Luas pemandanganya. Berani jiwanya. Ianya nampak serious tetapi berjiwa penyayang. Seekor helang sentiasa fokus pada matlamatnya, tidak kisah apa burung lain lakukan atau komen tentang diri helang.  Helang tidak melatah. Helang lebih mengetahui bahawa tempatnya adalah di langit dan di atas gunung.

Jiwa saya adalah jiwa seorang pengembara. Jikalau saya masih bujang, mungkin sifat pengembaraan ini telah membawa saya sampai ke bulan! Apakah perbezaan antara seorang pelancong dan pengembara? Definasi di dalam bahasa Inggeris lebih tepat perbezaannya antaranya:  ‘A tourist, a traveller and a wanderer. A tourist ialah seorang pelancong yang melawat hanya tempat yang touristic.  Matlamat utamanya ialah mengambil gambar selfie dan wefie untuk menunjukkan bahawa diri telah melancong. Segala perbuatan seorang pelancong adalah berniat untuk menunjuk. Mereka tidah minat dengan hal lain. Mereka lazimnya berpakaian bergaya seperti seorang model untuk photo shoot, lengkap dengan kasut tumit tinggi yang tidak praktikal bagi seorang pengembara. Jikalau ianya ada bajet lebih lumayan, ia akan pergi shopping hingga ke detik terakhir.

Seorang ‘traveller’ pula pergi ke tempat yang diidamkan  dengan spontan tanpa destinasi tertentu. Ia pergi melawat tempat idamannya tanpa perancangan terperinci tetapi penuh dengan semangat ingin tahu berkenaan sesuatu tempat. Jika dibandingkan dengan seorang pelancong, cara seorang ‘traveller’  berpakaian lain daripada  tourist. Pakaian seorang traveller adalah praktikal, tidak kisah hal ‘glam look’ kebanyakannya mengambil berat berkenaan tempat penginapan mereka. Mereka pentingkan tempat yang selesa dan mengikut bajet kemampuan mereka sendiri.

Seorang ‘wanderer’ pula ialah seorang yang pergi melawat tempat yang diidamkan tetapi tanpa merancangkan destinasi tertentu atau tempat penginapan tertentu. Ianya dilakukan secara spontan. Seorang penggembara ‘wanderer’ tidak kisah mutu tempat penginapan mereka. Kadangkala mereka hanya tidur di dalam khemah sahaja jikalau mereka di tempat yang jauh dari bandar atau di padang pasir..

Sewaktu saya seorang penuntut di sekolah menengah, saya kerap mengembara dengan cara hitch hiking. Ketika itu hitch hiking adalah satu aktiviti yang masih selamat, jika dibandingkan dengan masa kini. Ketika menuntut di Eropah pula, saya lebih gemar mengembara dengan menaiki keretapi, kapal terbang atau kereta. Lazimya saya kemas barang-barang saya di dalam sebuah peti besi yang berwarna merah, bukan di dalam suitcase, kemudian pergi mengembara sebagai seorang  ‘traveller’ atau  kadangkala ‘wanderer , jikalau ianya di tempat yang terpencil seperti di padang pasir Sahara.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image alignment=”center” image=”4247″ img_size=”large”]
[thb_image alignment=”center” image=”4523″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]

Jiwa pengembara mula wujud semenjak daripada kecil. Arwah bapa saya seorang geologist. Beliau sentiasa membawa kami sekeluarga menjelajah seluruh Malaysia. Saya tidak pernah tinggal di sesuatu tempat lebih dari dua tahun. Di kala itu lebuh raya masih tidak wujud di Malaysia. Perjalanan dari satu negeri ke satu negeri adalah rumit sebab kami terpaksa mengikut jalan yang bengkang-bengkuk seperti ular dipalu bak kata pepatah Melayu. Saya ibaratkan keluarga saya sebagai keluarga nomad atau ‘bedouin’ .

Kini, saya mempunyai kemampuan sendiri untuk melancong atau menggembara di ceruk rantau dunia. Dengan kemampuan yang ada, saya pastikan setiap kali saya ke luar negara, saya ada misi atau tujuan tertentu. Kadangkala saya pergi sambil menuntut ilmu. Adakala pula saya pergi untuk berbakti kerana membantu makhluk Allah yang memerlui bantuan atau pertolongan. Adakala pula saya pergi untuk percutian bersama keluarga. Alhamdulillah, semuanya dimakbulkan olehNya segala doa saya semenjak saya kecil.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Minda kita menjadi lebih matang di dalam ilmu kehidupan. Saya diibaratkan sebagai seorang penglipur lara dan juga Puteri Shahrezad di dalam Hikayat 1001 Malam oleh mereka yang mengenali saya lebih dekat. Jikalau seseorang duduk berhampiran dengan saya, dan saya mempunyai masa lapang, saya boleh bercerita pelbagai cerita sehingga matahari terbit atau terbenam. Kerap berlaku sewaktu di dalam penerbangan, saya menjadi Puteri Sharezad di dalam pejalanan jarak jauh, seperti tujuh kelapan jam ke Melbourne, contohnya. Sesiapa sahaja yang duduk di sebelah saya, dan cuba mengenali saya, akhirnya tidak sedar bahawa tujuh jam sudah berlalu. Mereka  ini kebanyakannya daripada pelbagai latar belakang dan umur. Pengalaman sedemikian membuat saya menjadi lebih matang dengan sifat manusia. Saya lebih memahami sifat orang lain dan juga diri saya sendiri. Ini menjadikan saya seorang insan yang merendah diri.

Saya juga adalah seorang yang serious apabila menjalankan tugas berkaitan kerjaya saya. Di dalam ketegasan saya, saya masih boleh berseloroh dengan sifat humor semula jadi saya. Sifat yang penuh ‘paradox’ ini membuatkan kebanyakan pelanggan mempunyai tanggapan yang saya adalah seorang yang lucu. Di dalam kelucuan, saya tegas dengan matlamat saya untuk menyebarkan ilmu kepada mereka. Saya anggap diri saya lucu seperti seorang penglipur lara di istana di zaman Shakespeare. Penglipur lara adalah berlainan daripada seorang badut. Saya tidak anggap diri saya sebagai badut.

Pada pandangan orang lain saya adalah seorang yang rajin, tekun dan berusaha sentiasa. Tetapi pada pandangan saya, saya adalah seorang yang malas sebab saya rasa saya masih lagi perlu memperbaiki diri saya setiap hari seperti mana yang saya bayangkan. Ini juga adalah ‘paradox’. Setiap pagi apabila celik mata, saya terus bergegas seolah-olah saya adalah seorang graduan yang baru tamat pengajian saya dan baru mengalami alam pekerjaan. “Life is always exciting and interesting to me.  Each new day is never the same!” Walaupun saya sudah 30 tahun bekerja.

Cogan kata kehidupan saya adalah ,”I  WORK HARD, SO THAT I CAN BE LAZY! ”

Saya adalah seorang extrovert apabila bersosial tetapi saya menjadi seorang introvert apabila saya memerlui waktu untuk diri sendiri untuk membina diri saya seperti berolah raga, beriadah, senaman, membaca, membuat kajian atau bermatla’ah untuk menimba ilmu, bertafakur untuk Maha Esa, mencipta idea baru, mencuba masakan yang belum pernah dicuba dan berkebun. Saat yang saya gemar sekali ialah apabila berada di dusun saya yang terletak di sebuah kampong. Di sini saya dapat kedamaian apabila dikelilingi oleh pokok buah buahan, hutan belukar, kambing dan binatang ternakan saya.  Situasi ini juga mencerminkan ‘paradox’ di dalam diri saya. Seorang ‘city sleeker’ yang juga mencintai kehidupan di luar bandar.

Saya tidak minat bersosial tiap hari. Saya membahagikan waktu yang terhad dengan cermat dan bijak. Jikalau tidak, saya akan memangsakan diri sendiri dengan stress. Stress adalah faktor bahaya untuk kesihatan. Saya sentiasa mengelakkan diri daripada menjadi mangsa stress atau gaya hidup yang menimbulkan tekanan. Stress juga adalah faktor utama penuaan. Apakah rahsia anti-aging yang utama? Hidup secara bebas daripada stress!

Sunshine atau Sun adalah nama timangan yand diberi oleh sahabat handai dan rakan-rakan kepada saya. Sunshine atau cahaya suria ialah satu gelaran yang positif bagi diri saya. Sebagai cahaya suria saya menerangi dunia, alam sejagat, insan , makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan. Saya mendapat gelaran ini sebab salah satu daripada prinsip hidup saya adalah, “Jadikan diri sendiri sebagai seorang yang membuat orang lain rasa istimewa dan penting!”. Sebagai matahari, saya sentiasa menerangi kehidupan orang lain. Saya memberi cahaya apabila seseorang di dalam kegelapan kehidupan. Sebagai suria, saya juga menerangi kehidupan saya sendiri. Ini menjadikan saya seorang individu yang positif.

“The Meaning Of Life Is To Find Your Gift .The Purpose Of Life Is To Give It Away.” – Pablo Picasso-

Saya percaya bahawa kita semua dicipta oleh Allah dengan sebab tertentu. Kita semua ada misi dan tujuan hidup tersendiri. Misi hidup saya adalah membahagiakan diri saya dengan menimba ilmu yang setinggi mungkin. Supaya dengan ilmu yang saya perolehi, saya dapat membantu orang lain untuk membantu diri mereka sendiri.  Saya bukanlah seorang yang kaya seperti Bill Gates atau jutawan yang lain. Tetapi ini tidak bermakna yang saya tidak dapat membantu orang lain yang mempunyai nasib yang malang.  “Nothing is more satisfying than being able to help others.”  Saya juga percaya di dalam ‘the power of one’. Ia itu, bagaimana seseorang individu dapat mengubah keadaan di sekililing nya. Kerap kawan-kawan yang tidak memahami diri mereka sendiri, mentertawakan saya sebab mereka tidak percaya bahawa mereka juga dapat membantu memperbaiki keadaan di sekeliling mereka. Kita semua dapat membantu sedikit sebanyak untuk memperbaiki keadaan di alam di mana kita menjadi penghuni nya. Contoh yang saya lazim beri adalah; kita semua secara bersatu boleh boycott syarikat-syarikat yang meyokong peperangan. Di dunia hari ini, kita boleh buat kajian atau menggunakan komputer untuk kajian tertentu. Kita semua wajib membuat kajian berkenaan syarikat- syarikat yang menyokong negara negara dan syarikat-syarikat yang merosakkan muka bumi ini.

Pernah saya memberi cadangan ini kepada sahabat handai dan rakan rakan di Malaysia. Saya rasa amat kecewa apabila mereka ini menjawab,” Ala, saya seorang sahaja yang boycott, mana ada kesan pada syarikat yang mengeluarkan alat kosmetik kegemaran saya ini?” Ada pula yang mengatakan,”Kalau saya tidak gunakan barangan daripada jenama ini, saya rasa diri saya tidak berkeyakinan”. Saya rasa kecewa dan lucu apabila sahabat dan rakan-rakan saya sendiri mempunyai minda sedemikian. Saya sentiasa memberi mereka jawapan, “You need to believe in the power of one. How one person can help to make the other change. Usually, changes happen when initiated by one brilliant idea.” Kepada yang menganggap bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan diri jikalau menukar jenama, ingin saya ingatkan bahawa keyakinan diri bermula dari dalaman diri kita sendiri. Jenama barangan tidak ada kena mengena dengan keyakinan diri seseorang. Jenama adalah jenama, iaitu suatu objek.

Ramai masih tidak faham apakah tugas saya sebenarnya.  Saya sendiri rasa rumit untuk menjawab soalan ini.  Mengapa ianya rumit? Ianya rumit sebab kehidupan saya tidak serupa seperti kehidupan seorang yang bertugas dari jam lapan atau sembilan pagi hingga ke jam lima petang. Saya adalah seorang graduan dari jurusan Art & Design, specialised di dalam bidang Fashion dan Tekstil. Selepas itu saya melanjutkan ilmu di dalam bidang Dye Technology dan pelbagai bidang yang lain. Hingga kini saya masih lagi menuntut ilmu di dalam pelbagai jurusan. Tiap-tiap tahun saya pastikan saya menuntut kursus jangka panjang atau pendek dari universiti tertentu atau pun menghadiri kuliah luar kampus. Sebenarnya, saya sentiasa meringkaskan gaya hidup saya dengan menjawab secara ringkas soalan daripada mereka yang hairan berkenaan kerjaya saya, sama ada saya masih lagi menjalankan perniagaan di dalam Pengurusan Imej.

Saya telah jauh maju ke hadapan sebenarnya. Tetapi saya rasa itu tidak penting untuk saya bercerita dengan panjang lebar sebab saya tidak suka bersifat riak.  Kepada mereka yang memerlu perkhidmatan saya, baru saya boleh bercerita secara mendalam. Hanya pelanggan saya memahami apa yang saya lakukan. Mereka ini lah yang faham bagaimana ilmu yang mereka perolehi daripada saya telah membantu mereka melonjak ke atas di dalam kehidupan mereka. Hanya mereka yang minat di dalam pembangunan, pembentukan dan perkembangan diri sendiri yang akan mencari perkhimatan daripada seorang profesional seperti saya. Ianya memerlui sifat keyakinan diri seseorang untuk tampil ke hadapan bagi mendapat perkhidmatan professional seperti saya. Tidak semua orang mempunyai keyakinan diri sedemikian. Kebanyakannya, lebih rela membuat kesilapan dan membazir waktu dan wang, daripada pergi mendapat perkhidmatan professional. Ini adalah lumrah kehidupan.

“Do you believe in magic. The young boy said. The old man smiled. You will when you see her!” –ATTICUS-  Adakah anda percaya kepada magik atau keajaiban? Saya tidak percayakan magik tetapi saya percaya pada ‘miracle’ .  Yang Maha Esa telah banyak memberi ‘miracles’  di dalam kehidupan saya. Keistimewaan ini membuat saya cuba sedaya upaya menjadi ‘miracle’ di dalam kehidupan orang lain. Saya gemar kata pujangga dari Atticus, “Do you believe in magic asked a young boy. The old man smiled and said….you will when you see her.” Saya rasa ada kaitan nya dengan diri saya. Pada mereka yang mengenali saya, mereka dapati saya adalah ‘miracle’ yang dianugerahkan Allah di dalam hidup mereka. Pada saya pula, ‘miracle’  wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ianya mempermudahkan kehidupan dan situasi yang saya lalui.

‘Miracle’  yang amat saya bersyukur ialah Allah memberi saya kesihatan yang baik. Tenaga dan kudrat yang kuat. Minda dan ingatan yang tajam. Tidak ditelan zaman. Citarasa yang positif. Akhlak yang positif.  Sifat private dan low profile. Saya anggap ini semua sebagai juga ‘miracles’ di dalam hidup saya.

Setiap kali saya berada di majlis, apabila bertembung dengan rakan-rakan, sahabat atau peminat yang sudah lama tidak melihat wajah saya di media atau di majlis majlis, mereka kerap berkata, “You never change. You still look the same like 20 years ago! What is your secret?” Ini adalah satu luahan dan soalan daripada mereka yang saya tidak dapat menjawab. Yang saya tahu adalah saya mengikut semua petua kesihatan yang positif. Yang lainnya adalah ‘miracles’  daripada Pencipta saya.

Rahsia di sebalik kesihatan dan kecantikan saya  

Apakah rahsia saya? Sebenarnya semua orang  mempelajari rahsia Kesihatan dan Kecantikan sama ada daripada bacaan,  media atau seminar, tetapi tidak semua orang rela mengamalkannya. Hanya mereka yang mengamalkannya akan dapat ‘miracle’nya. Inilah jawapan saya, “There is no short cut to feeling good and looking good. We need to put efforts and commitments. Then only we are blessed by Him with the positive impacts and results!” Petuanya adalah: Makan makanan berkhasiat ‘Balanced Diet” yang diperlukan oleh badan manusia. Minum air dua liter harian. Minda dan jiwa positif. Positif di sini maksudnya jangan berfikir atau berperasaan mengarut yang boleh menimbulkan stress atau perasaan hasad dengki atau marah pada orang sekeliling dan diri sendiri. Lakukan senaman yang sesuai. Kepada mereka yang ada masaalah lutut janganlah berlari. Berjalan pantas selama 30 minit harian sudah mencukupi. Tetapi kepada mereka yang aktif seperti saya, lakukan l aktiviti yang lebih berat. Saya lebih gemar ‘extreme workouts’ seperti boxing contohnya.

Kini dengan kewujudan social media, wanita dan kaum lelaki menjadi terlalu ghairah memaparkan wajah dan tubuh badan mereka hingga adakalanya melebihi batasan. Apakah matlamat mereka ini? Bayangkan, jikalau pendedahan terlalu berlebihan, di manakah nilai keindahannya? Peninju tersuhur pernah menasihati puteri beliau berkenaan harga diri dan kecantikan seorang wanita atau individu. Beliau berkiasan dengan puteri beliau, “Lihat oyster ini, dari luar ianya tertutup rapi. Tetapi di dalamnya terdapat sebiji mutiara yang berharga. Begitulah  juga kecantikan seorang wanita. Keindahan sebenarnya tidak perlu di tonjoli di luar secara terdedah. Biarlah ianya seperti sebiji mutiara”.

Saya mempunyai dua orang puteri. Mereka dididik untuk menjadi wanita berkeyakinan diri, tidak sombong atau bongkak. Saya menghantar mereka menimba ilmu jauh daripada keselesaan di rumah . Persekolahan mereka jauh dari Malaysia, iaitu di Australia. Pernah saya menghantar mereka sewaktu cuti pajang akhir tahun di musim sejuk, jauh di kawasan pergunungan di Amerika Syarikat selama tiga bulan untuk mempelajari ilmu kehidupan seperti kaum Red Indians. Saya percaya untuk hidup penuh berkeyakinan di dalam dunia ini, kita perlu mempunyai ilmu yang cukup. Ianya bukan sahaja ilmu akademik, tetapi juga ilmu kehidupan. Seorang individu perlu mempunyai ilmu yang tahan lasak untuk menjadikan dirinya seorang ‘street smart’ . Saya telah dididik sedemikian. Secara kiasan, saya telah dicampak ke dalam lautan, ibu bapa saya berkata, “Pandai-pandai lah menggunakan teknik berenang yang saya ketahui supaya tidak lemas. Jikalau tidak pandai, pergilah belajar hingga pandai!”.  Demikainalah kisahnya. Semenjak hari itu saya menjadi seorang ‘street smart’. Kian hari anak saya menjadi individu berkeyakinan dan ‘street smart’. Mereka bermula memberanikan diri menjadi penggembara seperti saya. Walaupun saya tidak pernah menggalakkannya. Ianya beransur menuju ke arah itu secara semula jadi. Kadangkala kami perlu berbincang dari tiga benua bagi mendapat satu persetujuan untuk percutian tahunan sekeluarga. Ini bukanlah tugas yang mudah. Inilah keunikan keluarga saya. Ianya tidak konvensional seperti keluarga lain. Saya bersyukur kepada Illahi.  “Home is where our heart is!‘Home’ kepada kami adalah Malaysia dan Australia.

Keindahan hidup saya adalah apabila saya bangun tidur tiap-tiap pagi, saya jatuh cinta dengan kehidupan. Tidak ada satu hari serupa dengan hari yang lain. Saya sentiasa berkomunikasi dengan yang Maha Esa Pencipta saya, Beliau ialah kekasih saya. Saya sentiasa berlari di tepi pantai apabila di Australia. Tiap-tiap pagi saya berjalan atau berlari di tepian pantai. Saya anggap diri sendiri sebagai ‘beach patroller . Apabila habis berlari saya akan mengambil gambar keindahan alam semula jadi sekeliling saya. Di sinilah saya mencapai kedamaian jiwa dan membuat saya rasa tenang dan tanpa stress. Tidak semua orang bernasib baik sedemikan rupa. Oleh itu saya sentiasa bersyukur kepada yang Maha Esa di atas segala nikmat yang telah dirahmati Nya kepada saya sekeluarga.

Sehingga kita berjumpa lagi di ruang saya NORMA NORELL’s 3RD EYE.  Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita, melainkan diri kita sendiri. Ianya bermula daripada sikap yang positif.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Datin Dr Nik Sarina Hashim & Aryssa

admin

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

admin

Nikella Niksen – Tentang Hari Raya dan Hidangan Untuk VVIP

admin

Leave a Comment