PERSONALITI

Sepetang Bersama Pereka Fesyen Huda Hassan

Berpuluh-puluh kali saya menegurnya kerana dia membahasanya saya Datuk. “Tolonglah, malu kalau didengar orang. Bahasakan saya kak Wirda.”  

Pada kali pertama saya ingat Huda silap orang, namun dijelaskan, “Ini penghargaan peribadi saya kepada seorang individu yang amat saya kagumi, dan telah banyak berjasa kepada sekalian wanita-wanita di Malaysia khasnya. “You gave life to most women, you encouraged them to be a woman of the world. You gave them hope and most of all ILMU dalam pelbagai bidang, termasuk mengenai fesyen.

Melalui majalah-majalah kelolaan, mak saya misalnya mengenali ‘Datuk’ melalui majalah Jelita. Ya dia membesar dengan ilmu di majalah Jelita dan mengikuti perkembangan di mana ‘Datuk’ mengambil alih sebagai editor di majalah Wanita. Wanita pula menjadi majalah kesayangan ramai waktu itu, dan jauh bertambah moden sesuai peredaran zaman. Sehingga kini majalah-majalah kegemarannya disimpan rapi. 

Dan saya pula membesar melalui EH! dan kemudian GLAM. “Tahu tak, antara kami geng-geng, kalau you baca GLAM, you bawa GLAM dalam Tote Bag. Yey… you’re cool and happening. Saya belajar terlalu-lalu banyak daripada majalah yang satu ini. Saya gunakan setiap ilmu, bermula daripada hiasan kulit majalah, fotografi-fotografi fesyen yang hebat, rencana-rencana yang up to date, kisah perjalanan fesyen malah iklan-iklannya. Dan orang-orang yang di dalamnya. Ia menjadi rujukan kami terutama sebagai pelajar fesyen waktu itu. ‘Datuk’ lah yang mengembangkan minat berfesyen orang kita, memperkenalkan jenama-jenama besar dunia yang sebelum ini tiada di majalah-majalah Melayu. Sambil menitipkan rasa ingin memiliki benda-benda yang cantik, dan untuk ini mereka bekerja keras untuk memilikinya, dan kerana itu saya rasa ‘suara’ ‘Datuk’ amat bermakna dan berharga dan patut diberikan perhargaan. Biarlah saya mendahulinya, dan sampai bila-bila pun saya akan jadikan ‘Datuk’ idola saya. Tengok sehingga kini, masih tetap berkarya sedangkan orang lain yang sebaya dan seangkatan sudah lama menyepi. 

Huda Hassan dan Kisahnya Sebagai Pereka

“Pakaian melambangkan peribadi. Cara saya berpakaian memberi signal kepada sesiapa yang melihat, bagaimana perlakuan dan pandangan peribadi saya. Saya elakkan daripada memakai pakaian yang ada ‘pesanan’ yang kontroversi dan sensitif.

“Perjalanan fesyen saya bermula pada 1998. Saya belajar menjahit di Ten Fashion. Waktu itu saya hanya tahu memotong fabrik dan menjahit sahaja tanpa tahu buat sketch. Pada 1999, saya bekerja selama setahun di Butik Miors Apparel dan dua tahun di butik Michael Ong sebelum melanjutkan pelajaran di IFTC pada 2002. Di IFTC saya banyak belajar sketching daripada Cikgu Nik Maznah, menjahit dengan Cikgu Bala. Di sana juga saya belajar membuat mood board, storyline and research dalam penceritaan suatu karya.

“Jenama kegemaran saya termasuk Alexander McQueen, Chanel, Elie Saab, Georges Chakra, Roberto Cavalli dan Zuhair Murad. Sementara designer yang menjadi kesukaan saya selamanya adalah mendiang Alexander McQueen. Pada saya dia tiada tandingan sehingga kini, seorang yang berani bercerita melalui karyanya. McQueen mengetengahkan teknik-teknik yang trendy dengan bajunya yang hip dan adakalanya Victorian. Walaupun dia sudah pergi buat selamanya tetapi kesan yang mendalam ditinggalkan kepada pereka dan peminat fesyen khasnya untuk ilham uniknya. Rumah fesyen McQueen masih unggul diterajui oleh Sarah Burton yang pernah menjadi pembantunya dulu.

“Ditanya saya tentang jenis pakaian yang saya suka, saya paling suka mereka baju pengantin sama ada untuk majlis pertunangan, pernikahan dan resepsi dan saya rasa di sini kepakaran saya.

“Mengenai pemilihan warna, cutting and fitting saya juga mempunyai trademark 3D handmade flowers yang saya gunakan pada baju perkahwinan, evening dress, mahupun untuk baju di live tv show.

Sebagai pereka fesyen semestinya saya sentiasa banyak temu janji pelanggan, pencarian fabrik, sesi fotografi, rakaman live show, sesi penyedang pakaian dan menerima feedback daripada pelanggan dan selebriti yang menggunakan pakaian saya. Itulah sebahagian daripada kewajipan saya setiap hari.

Saya sembunyikan tubuhnya dan nampak slim

“Pencapaian terbaik saya sebagai seorang pereka apabila diberi peluang mereka pakaian Dina Nazir dalam Program Maharaja Lawak Mega 2021. Pada saya tubuh badan Dina banyak mencabar kebolehan saya sebagai pereka. Cabarannya adalah untuk saya sembunyikan kekurangan tubuh Dina dan menyerlahkannya supaya dia nampak lebih slim. Pada mulanya dia juga agak canggung memakai rekaan saya. Setelah beberapa kali bekerjasama, saya dapat menghasilkan rekaan yang tepat bagi tubuhnya dan dia amat gembira. Itulah saya rasa pencapaian yang paling tinggi buat saya kerana rekaan saya dilihat setiap minggu di dalam rancangan live show. Alhamdulillah feedback yang saya terima amat memberangsangkan. Ketua wardrobe juga ada memberitahu pihak executive Astro amat suka dengan rekaan saya untuk Dina.

“Saya adalah seorang yang old school dan tidak menggunakan komputer untuk kerja. Sketch saya masih menggunakan pensil dan warna.

“Disiplin, ketabahan, tidak memilih kerja, professional dan sentiasa menerima feedback merupakan etika terpenting buat seorang pereka.

“Saya sentiasa melakukan penyelidikan khasnya dalam Internet dan pertunjukan fesyen yang diadakan di luar negara sebagai panduan supaya rekaan saya tidak syok sendiri dan ketinggalan zaman.

“Rekaan saya banyak dipengaruhi oleh potongan kebaya, kurung dan sedikit pengaruh daripada pereka kegemaran saya.

“Kim Kardashian dan Lady Gaga mempunyai gaya yang trendy, kadang kala timeless dan out of the box. Dengan menjadi versatile mereka tidak ‘terkurung’ dalam hanya satu cara berpakaian. Saya gemar selebriti-selebriti yang boleh berubah gaya seperti chameleon.

Trend kegemaran saya dalam fesyen kini, zaman 20-an, ia kemas, ringkas dengan potongan dan fitting yang elok, seperti kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Akhir kata,  “Fashion is like eating, you shouldnt stick to the same menu.  

Daripada pereka kesayangan saya, katanya, “Fashion should be a form of escapism, not a form of imprisonment.” Alexander McQueen.

  • Pakaian: Huda Hassan
  • Gambar hiasan: Syarief Nurlette Photography
  • Peragawati: Poorani Rajoo
  • Solekan, dandanan, styling: Rossa Talip
  • Pengarah Fesyen: Wirda Adnan
  • Lokasi: Mercure Kuala Lumpur Shaw Parad

Related posts

FARIDAH P HAMSA

Mahani Awang

Designer of the Month

admin

Man of the Month/ Personaliti

admin

Leave a Comment