PERSONALITI

Neelofa… Antara Wanita Paling Berpengaruh Di Dunia

Neelofa mungkin di antara selebriti yang paling berjaya dan berpengaruh ketika ini, bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi juga didalam dunia fesyen.

Popularnya Neelofa menarik perhatian jenama terkemuka dari New York membawa ke Paris apabila gadis berhijab ini antara penyeri majlis dan menghiasi barisan utama pertunjukan fesyen.

Di New York, selebriti ini mendapat perhatian apabila dilayan bak VIP di belakang pentas Tommy Hilfiger, bahkan dapat duduk bertentang mata dengan pereka lagenda itu sendiri. Selain Hilfiger, Lofa turut berlaga bahu dengan Michael Kors, malah hadir ke pertunjukan Tory Burch, Longchamp dan Marc Jacobs antara lain.

Seterusnya Neelofa terbang lagi dan kali ini ke Milan menghadiri beberapa pertunjukan di sana seperti Maxmara, Prada, Fendi, Moschino, Gucci dan termasuk Salvatore Ferragamo. Bahkan Neelofa sempat berlaga pipi dengan supermodel Halima Aden dan penyanyi terkenal Camilla Cabello.

Cerita di Paris pula, wajah Lofa di baris hadapan pertunjukan Dior dan turut pergi ke Dior acara after party di butik baru di Champs Ellysees. Di majlis ini Lofa anggun dari atas ke bawah dalam persalinan Dior, ditata oleh penata gaya terkenal Colin Sim. Selain itu, Lofa juga sempat menghadiri acara sarapan pagi Swarvoski Empower Briliant Women yang dianjurkan oleh Swarovski dan Pengarah kreatifnya Nathalie Colin.

Nampaknya Lofa kini sedang menikmati detik indah sebagai selebriti dan fesyenista kerana selebriti ini sudah mula menarik perhatian media antarabangsa khususnya dari Timur Tengah serta membuktikan bahawa imej berhijab tidak menjadi penghalang untuknya melakar nama di peringkat antarabangsa.

Penulis: Ashriel Izwan
Gambar: Instagram Neelofa
[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

KENALI SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

adminwm

Rasta Rashid

admin

SUZANA ABU TALIB

adminwm

Leave a Comment