Kebelakangan saya sendiri berasa malas untuk menghadiri apa juga majlis, tetapi kala menerima jemputan Majlis Ramah Mesra Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed, saya menjawab, “Ya,” walaupun terpaksa pergi sendirian. Teman, Mahani Awang yang juga mendapat undangan sama terpaksa membatalkan hajatnya bertemu dengan Juma (panggilan untuknya), kerana masih tidak sihat.
Mengapa saya besar hati untuk hadir, kerana terlalu lama hilang contact, terakhir agaknya hampir empat tahun, kami duduk semeja berbual pelbagai cerita, dan kemudian langsung tiada berita daripadanya lagi.
“Mungkin you guna nombor lama,” katanya saat saya menyapanya di Cafe Barbie, Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Bilik yang dihiasi serba indah, (teringat pula menghadiri majlis hari jadi cucu teman), adoi serba merah jambu dengan hiasan menarik. “I am here now,” jawabnya mesra, tetapi saya ralit melihat wajahnya yang nampak bertambah muda. “macam patung,” kata teman semeja. Seperti kebiasaan Norjuma tidak pernah overdress, malah sangat simple mengenakan long dress fabrik cotton dengan tudung bawalnya. Sebagai bukti kalau orang cantik pakai apa pun cantik, dan senyuman yang cukup manis membuat saya ralit melihatnya berjalan dari meja ke meja menyapa tetamunya pada petang itu.
Majlis bermula dengan Juma mengalu-alukan kedatangan tetamunya. Saya tidak berapa pasti siapa dan siapa mereka tetapi ada semeja wartawan, yang saya rasa memang tidak sabar mendapatkan berita daripadanya. Apa tah lagi Che Puan Norjuma memberitahu, boleh tanya apa sahaja. Saya yang duduk agak ke belakang mendengar sahaja soalan yang bertubi-tubi daripada mereka.
Ke mana Datin lama menghilang?
“Saya pergi ke mana selama ini? Kuarantin kot?” katanya ketawa. “Saya tidak hilang ke mana-mana pun. Yang pertamanya, saya selalu saja ditangkap polis. Yang kedua, saya ambil masa untuk study industri setelah 13 tahun membabitkan diri dalam perniagaan skaf.. Masa 10 tahun awal dalam industri ni, kami dah capai nilai penjualan lebih daripada setengah juta. Kalau dah ada duit banyak macam tu, tak ada point pun untuk saya terkejar-kejar nak ada media sosial dan mahu pergi ke hulu ke hilir, saya dah pun buat semua tu. Saya nak masa saya sendiri, me time.”
“Memang saya perlukan masa sendiri, oleh itu saya ambil masa dua hingga tiga tahun rehat dan berfikir. Tumpukan perhatian pada family, kepada orang yang saya cinta. Tetapi selepas some time, saya fikir, ‘lets refresh’ semua orang berkenaan produk saya dan rekaan saya. Kebanyakkan design di pasaran memang idea saya.”
“Sepanjang 13 tahun dalam bidang ini dan membangunkan jenama Bawal Scarf dengan mereka cipta tudung saya bekerja keras dan sebab itu, walaupun ada yang cuba meniru, namun keaslian Bawal Scarf itu masih milik saya. Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh insan-insan terbaik yang menyokong dan membantu sejak dahulu hingga sekarang. Saya tidak pernah kerja sendirian, memang saya buat rekaan, kajian dan sebagainya. Pun begitu, ada pasukan yang membantu.
Saya tidak memburu glamor… “Saya memilih cara sendiri dan bukan untuk mencari glamor atau rapatkan diri dengan mana-mana pihak (tertentu). Itu bukan cara saya. Kerja adalah kerja. Kami jual jenama dan bukannya diri sendiri. Lagipun saya bukan artis atau model, sebaliknya menjalankan perniagaan secara eksekutif bersama dengan orang lain. Saya juga ada anak, keluarga, dan adik beradik.
Kenapa tiada sosial media?
“Saya memang tak ada talent dalam sosial media. Bukannya tak nak, tapi memang tak pandai. Untuk sosial media ni kena ada bakat dan kerajinan. Perlu layan pengikut, kena buat content, saya pun tak pandai nak create sebarang isu Ia bukan bakat saya, sebab itu jarang nampak saya like atau komen dalam media sosial. Mungkin ada satu atau dua, itu pun setahun sekali waktu Raya. Hanya dalam sesi sidang media seperti ini boleh media bertanya khabar; buat apa, pergi mana, dengan siapa, apa dah jadi dan pelbagai persoalan lain.. Kan?”
“Itulah proses ‘refresh’ yang mengingatkan semua orang siapa saya secara asasnya. Kalau sebelum ini orang asyik tercari-cari saya, nampak ada tetapi macam ‘tiada’. Inilah diri saya,” ujarnya.
“Seperti digembar-gemburkan orang ramai saya suka mencari kemasyhuran. Maaf saya tidak memburu glamor. Saya memilih cara sendiri dan bukan mencari glamor atau rapatkan diri dengan mana-mana pihak (tertentu). Itu bukan cara saya. Kerja adalah kerja. Kami jual jenama dan bukannya dan bukan jual diri sendiri.
Tiga anak ‘harta’ bekas suami… “Saya ada lima anak, dua simpan (meninggal dunia akibat keguguran) dan tiga lagi handsome seperti ayahnya. Semuanya lelaki yang kini berumur, 17,15 dan yang bungsu 13 tahun. Mereka kini ibarat ‘harta’ milik bekas suami dan dijaga dengan baik.
“Mereka memiliki bonding yang cukup kuat dan pada saya anak-anak lelaki memang patut rapat dengan ayahnya. Itulah yang berlaku dan kalau keluar bersama, anak-anak akan cakap ‘you are girl’. Memandangkan anak-anaknya ialah cucu bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, mereka memahami dan mengikut setiap protokol yang ditetapkan kepada diri masing-masing. Saya pun tak minta macam-macam, saya tahu bila saya ada anak lelaki, mereka semua dikatakan properties negara kita.”
“Alhamdulillah, sehingga kini anak-anak faham dan cara pembawaan diri mereka sangat berhemah. Saya memang nak bagi anugerah kepada bekas suami kerana beliau ialah seorang ayah yang terbaik. Anak-anak boleh mengaji, solat dan sudah mengerjakan umrah.
“Justeru, apa lagi sebagai ibu yang saya perlukan? Malah, ada yang sudah akil baligh sekarang, silap-silap saya bakal dapat cucu tidak lama lagi. Syukur.”
Tentang statusnya terkini
“Saya terfikir juga macam mana nak jawab benda ni. Siapa yang patut jawab? Ianya memerlukan dua pihak. Semua tahu saya dengan siapa. Saya bukan ada hubungan dengan orang biasa, bukan dengan artis ke. Jadi tak ada keperluan pun untuk saya jawab.”
“Saya gemar membaca, aktiviti ini ibarat ‘lambang kemerdekaan’ buat dirinya. Membaca buku memberikan ruang untuk saya mengenal diri sendiri tanpa perlu bercerita kepada orang lain atau membuatkan orang lain kagum. Jadi, saya boleh berfikir.Buku-buku membantu saya memahami pelbagai perkara terutama berkaitan bidang yang saya ceburi.”
Tentang tip awet muda…
“Saya terpaksa jadi cantik sebab adik beradik yang lain cantik, macam anak patung. Kalau berkumpul ramai-ramai di rumah emak, Kalau saya tidak bersiap nanti dikatakan penampilan seperti pembantu rumah. Saya tidak mengamalkan sebarang pantang tetapi saya makan jamu sejak lama dulu, jamu Nona Roguy dan beberapa produk kesihatan. Dan, kegemaran saya kari ialah nasi kandar.” Teringat ceritanya dulu, sewaktu mengandung dia memang asyik hendak makan nasi kandar Penang (ya yang di Penang sahaja), dan terpaksalah dikirim selalu, “Selalu terpaksa diterbangkan. Yalah orang mengidam mana boleh tahan diri, kalau tidak dapat semacam.”
Rancangan masa depannya?
Insha Allah tidak lama lagi muzium skaf saya akan diperkenal kepada orang ramai. Sementara menunggu seperti biasa koleksi terbaru Aidijuma sudah pun di pasaran.
“Saya gembira dapat bertemu dan beramah mesra. Saya berharap hubungan ini berpanjangan sampai bila-bila.”
Datin Che Puan Norjuma berjanji untuk mengadakan lagi pertemuan, jadi biarlah saya simpan soalan saya untuk dijawab olehnya nanti, dan bila dikhabarkan kepada Mahani yang Norjuma berjanji untuk berjumpa lagi, dia tidak sabar, katanya rindu sangat pada Juma dan tidak sabar bertemu.