FESYEN

AJL37, AINA, ERNI dan MARSHA PALING ‘VOGUE’

Fesyen dan muzik ibarat irama dan lagu, simbiosis yang cukup disimpul kuat dan memerlukan antara satu sama lain. Tidak dinafikan peranan penggiat seni banyak memberikan sumbangan dalam bidang fesyen. Teringat zaman 90-an, dahulu gaya persis Elvis Presley mahupun Michael Jackson menjadi ikutan dan berbeza hari ini apabila penyanyi hip hop lebih mendapat tempat generasi Z ketika ini.

Berbicara soal fesyen dan muzik saya sebenarnya kagum melihat gaya fesyen di Anugerah Juara Lagu ke 37 baru-baru ini. Melihat penyanyi tempatan yang memberikan usaha dalam memastikan persembahan yang diberikan kepada peminat sesempurnanya dan tidak memandang enteng akan penampilan di pentas. Pujian harus diberikan kepada setiap penyanyi yang membuat persembahan dalam berkarya.

Aina Abdul misalnya memag cukup dikenali antara penyanyi yang cukup berani menyarung helaian ‘avant garde’ ketika membuat persembahan. Tampil dalam persalinan Melinda Looi, seperti kepulan awan, Aina ternyata berani berhabisan menolak untung rugi hanya untuk kepuasan. Ternyata penyanyi ini tidak pulang tangan kosong apabila dinobatkan juara juga menang vokal terbaik malam itu.

Saya juga suka melihat penyanyi Erni Zakri pada malam itu. Erni tidak hanya datang bersama vokal yang mantap tetapi dalam helaian gaun organza daripada Amaze. Apa yang saya kagumnya melihat detail pada helaian itu dan inspirasinya daripada lirik lagu Erni sendiri.

Tidak kalah juga kepada Marsha Milan. Marsha tampil dalam rona putih, menyarung Rizalman daripada pereka senior jenama ini, Faizul. Pujian harus diberikan kepada penata gayanya Tym Fatimah yang memastikan penampilan Marsha pada malam itu cukup sempurna.

Kesimpulannya penyanyi kita hari ini memandang serius terhadap fesyen ketika membuat persembahan. Saya kagum melihat bagaimana usaha mereka yang menolak tepi soal menang atau kalah bahkan tidak lagi berkira wang ringgit demi kepuasan sendiri ketika di pentas dan hanya mahu memberikan yang terbaik.

Kredit gambar- Tym Fatimah, Aina Abdul dan Amaze

Related posts

TIMBERLAND FOR FUNCTIONAL STYLE  AND WEATHER READINESS

adminwm

FENTY PUMA by Rihanna, Terbaru!

admin

Adidas Adicolor Fall/Winter 2019

admin

Leave a Comment