AGAMA

CINTA RASULULLAH

Baginda SAW pernah bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku…” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja memerintahkan kaum Adam supaya berbuat demikian, tetapi kekasih Allah ini terlebih dahulu menjelaskan bahawa baginda ialah orang yang paling baik bergaul dengan isteri-isterinya. Antara contoh melayan isteri dengan baik termasuklah menggunakan kata-kata yang lemah lembut dengan mereka, memanggil dengan nama-nama yang disenangi oleh teman hidup kita, memberikan didikan dan bimbingan agama dalam kehidupan seharian dan lain-lain sehingga seorang wanita itu merasakan dirinya dihormati dalam melayari bahtera rumah tangga yang dibina. Hubungan baik yang ditunjukkan Rasulullah SAW kepada para isterinya bahawa kaum Hawa umpama tulang rusuk yang bengkok. Maka jika lelaki mahu meluruskan tulang dengan kekerasan, maka patahlah tulang tersebut. Para suami disarankan meluruskan tulang rusuk yang bengkok itu dengan lembut tanpa merosakkannya. Fakta itu sesuai dengan psikologi wanita yang sukakan kelembutan sesuai dengan fitrah wanita. Nabi Muhammad SAW seorang yang romantik terhadap isteri-isteri baginda. Segala sifat baginda dilihat cukup sempurna dan wajar dicontohi oleh para suami.

Majalahwm memetik hantaran di laman sosial Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim:
Mandi bersama Diriwayatkan bahawa Aisyah RA berkata: “Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi Muhammad SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu).” (Sahih al-Bukhari) Diceritakan bahawa baginda bergurau senda dan berebut-rebut mengambil air hingga Aisyah dalam suasana romantik itu meminta nabi supaya menyimpan sedikit air untuknya kerana semuanya telah diambil oleh baginda. Membawa isteri berjalan-jalan Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan: “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

Dalam satu riwayat lain, Anas bin Malik menceritakan, ketika pulang dari perang Khaibar, salah seorang isteri Rasulullah SAW membonceng di belakangnya. Malah, apabila baginda ingin keluar, nabi akan mengundi siapa dalam kalangan isteri-isterinya yang akan menemaninya untuk keluar bersama.
Makan sepinggan dan suapkan makanan Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya apa pun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” (Sahih al-Bukhari dan Muslim) Hantar isteri keluar rumah Rasulullah SAW pernah berkata kepada isterinya, Shafiyyah binti Huyay: “Jangan terburu-buru hingga aku mengirimmu (menemani sampai ke pintu).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Malah, baginda turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim ada menceritakan: “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya, lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.” Bergurau senda Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi Muhammad SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki baginda di atas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, dia menolaknya kerana tidak berselera. Saodah menolak dengan berkata: “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (Hadis Riwayat an-Nasai’e dan Ibn Abi Dunya)
Bermanja Aisyah RA meriwayatkan: “Nabi Muhammad SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.” (Sahih al-Bukhari) Menjadi pengubat hati Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa: “Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Memanggil dengan panggilan manja.

Rasulullah SAW pernah memanggil isterinya, Aisyah RA dengan panggilan ‘Ya Humaira’ yang bermaksud ‘Wahai si putih kemerah-merahan atau mawar merah’. Kadangkala baginda akan memanggilnya dengan nama singkatan manja ‘Ya Aisy’ yang bermaksud kehidupan ketika baginda menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah. Melihat semua sikap romantik dan layanan tip-top yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW itu, jelaslah bahawa sifat itu juga adalah sunah baginda.
Ternyata ia bukan khalayan sebagaimana yang kita baca menerusi novel dan sebagainya.
Kepada para suami, boleh praktikkan sifat romantik itu kepada pasangan masing-masing demi menguatkan ikatan cinta dan kasih sayang. Semoga mahligai cinta yang dibina kekal hingga ke jannah.
“Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.”

( Imam As-Syafie )

Related posts

Fadilat Puasa Enam Syawal

admin

SUMBANG MAHRAM ZINA PALING KEJI

adminwm

Dalil dan Sandaran Doa Awal dan Akhir Tahun

admin

Leave a Comment