AGAMA

MAULID NABI MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad SAW lahir pada hari Isnin, tepatnya pada malam ke-12 bulan Rabiulawal. Oleh sebab itu, malam ke-12 bulan Rabiulawal merupakan hari besar Islam (malam mulia) pertama pada tahun Hijriah.

Pada bulan ini, dianjurkan untuk memperbanyak membaca selawat, khususnya selawat Munjiyah, Nariyah, dan Fathiyah. Kita dianjurkan untuk melaksakan solat Tasbih dan Khatam Anbiya pada malam ini agar memperoleh manfaat maknawiah.

Solat Tasbih ini dapat diniatkan seperti yang berikut, “Ya Rabbi, dengan mengharap reda-Mu, aku berniat melaksanakan solat Tasbih. Ya Rabbi, dengan kemuliaan Rasulullah SAW yang merupakan kekasih-Mu yang menerangi seluruh alam dan merupakan mahkota kami serta dengan kemuliaan rahsia-rahsia Ilahi di malam ini, ampunilah dosa-dosaku serta limpahkanlah rahmat dan cahaya-Mu kepadaku.” (Kumpulan Doa dan Ibadah, Penerbit Fazilet)

BENTUK RUPA RASULULLAH SAW

• Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radiyallāhu ‘anhumā seperti yang berikut, “Oleh kerana empat gigi depan Rasulullah Sallallāhu ‘alaihi wa sallam yang terdiri dari dua gigi atas dan dua gigi bawah sedikit jarang dan sangat putih, gigi-gigi mulia baginda terlihat bersinar seperti mutiara ketika baginda berbicara.”

• Jabir Radiyallāhu ‘anhu berkata seperti yang berikut, “Aku melihat cap kenabian di antara dua tulang belikat mulia Rasulullah SAW. Cap kenabian itu seukuran telur merpati dan berwarna agak kemerahan.”

• Diriwayatkan dari Jabir Radiyallāhu ‘anhu seperti yang berikut, “Rasulullah Sallallāhu ‘alaihi wa sallam melarang makan dengan tangan kiri.”

• Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallāhu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallāhu ‘alaihi wa sallam berkata, “Ketika salah seorang di antara kalian hendak memakai sepatu, hendaklah dia memulakannya dari kaki kanannya, dan ketika dia akan melepaskan sepatunya, hendaklah dia memulakan dari kaki kirinya.”

• Diriwayatkan dari Sayidah Aisyah Radiyallāhu ‘anhā seperti yang berikut, “Rasulullah SAW suka memulakan setiap pekerjaannya dari sebelah kanan selama baginda mampu, seperti memakai sepatu, menyikat rambut, dan mengambil wuduk.”

• Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radiyallāhu ‘anhu seperti yang berikut, “Cincin Rasulullah Sallallāhu ‘alaihi wa sallam terbuat dari perak. Batu cincin baginda ialah batu Habasyi (batu akik).”

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

Related posts

Tujuh Keinginan Dimakbulkan

admin

Memuliakan Tetamu dan Kebaikan Rumah Terbuka

adminwm

Bila Jodoh Belum Bertemu, Apa Yang Perlu Dilakukan?

admin

Leave a Comment