FESYEN

Dana Diperlukan Oleh PVRTM

Bagi peminat tegar Anuar Zain, Noreen Aziz, Alyah, Liza Aziz, Ning Baizura dan Stacy, inilah peluang keemasan anda untuk menyaksikan mereka beraksi di satu pentas. Buat julung kalinya penghibur terkemuka negara bersuara unik dan punya kehebatan tersendiri dibariskan pada pentas yang sama.

Konsert yang bakal diiringi oleh orkestra RTM dan disemarakkan lagi dengan persembahan istimewa pemain saksofon JARI serta seorang artis baru yang kini amat popular iaitu Mimifly. Konsert dipimpin oleh Datuk Mokhzani Ismail ini dijangka akan menjadi satu persembahan yang menarik dan amat istimewa.

The Cloth Concert (TCC) anjuran Persatuan Veteran RTM (PVRTM) yang akan berlangsung di IOI Putrajaya pada 22 Oktober ini, bertujuan mengumpulkan Dana Tabung Kebajikan PVRTM bagi aktiviti kebajikan dan bantuan kepada ahli PVRTM yang kini sudah mencecah 1,300 orang ahli

Dana Diperlukan

Dana tersebut diperlukan bagi tujuan khairat kematian apabila ahli meninggal dunia, sumbangan apabila ahli jatuh sakit, sumbangan kecemasan yang dipanggil bantuan kilat yang diberikan apabila berlaku malapetaka seperti banjir yang merosakkan harta benda ahli atau mengalami kerugian besar. Mereka diberi bantuan kewangan berjumlah RM1,000 hingga RM3,000 mengikut kadar malapetaka yang dialami.

Ketika negara dilanda pandemik akibat wabak Covid-19 ramai ahli yang keadaan mereka sedia daif menghadapi pelbagai masalah dan amat terkesan. Oleh kerana ramai ahli yang seWAKTU bekerja dahulu bukan pekerja tetap, hanya status pekerja kontrak, sambilan atau “piece-meal”, dengan itu mereka tiada mendapat keistimewaan seperti pencen mahupun Kumpulan Wamg Simpanan Pekerja KWSP.

“Memang ramai yang bertanya apakah mereka tidak mempunyai simpanan? Di mana duit KWSP dan apa mereka buat dengan duit pencen? Untuk makluman sebilangan besar mereka adalah bekerja secara kontrak yang diperbaharui dari tahun ke tahun mengikut ketetapan kontrak. Maka sebilangan besarnya tidak menerima pencen walaupun telah berkhidmat berpuluh tahun untuk RTM,” demikian jelas Presiden PVRTM Hajah Zohara Gany Mhd Bathusha,

Malah ketika PKP mereka ini semua amat sesak dari segi kewangan dan PVRTM telah memberi bantuan setakat yang boleh mengikut kemampuan tabung dana. Begitu juga ketika negara dilanda banjir teruk pada Disember 2021, ahli yang terkesan telah mendapat bantuan. Malah mereka yang bukan ahli tetapi pesara RTM yang tberbakti kepada RTM juga turut dibantu PVRTM kerana rumah mereka musnah ketika banjir

Peragaan Fesyen

Bukan itu sahaja persembahan malam tersebut, ada sesuatu yang istimewa menanti anda, persembahan mereka akan diiringi peragaan fesyen ciptaan pereka terkemuka negara seperti Zang Toi, Tom Abang Saufi, Sharifah Kirana, Rizman Ruzaini, Salikin Sidek, Carven Ong, Calvin Thoo, J Khan, Yani Bakhtiar. Syahrir Nurdin, Nina B Nina, Huda Hassan Kuala Lumpurr dan ramai lagi

Dijangkakan lebih 30 pereka akan turut serta memeriahkan pertunjukan malam tersebut termasuk enam pereka daripada Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia yang bakal diketuAi oleh Presidennya Rasta Rashid. Mereka ialah
Kalima, Amaratpal Donnie, Maswira Majid, Anas Abdullah dan Rizal Latif.

PVRTM yang didaftarkan pada 1996 kini mempunyai lebih 1200 ahli termasuk bersekutu daripada semua bidang termasuk penerbitan, teknikal dan perkhidmatan sokongan. Ramai di antara mereka ini tambah beliau lagi tidak mempunyai pencen
dan ada yang tiada akaun KWSP kerana mereka bekerja sebagai kaki tangan kontrak dan sambilan.

Mimi membuat persembahan teaser pada majlis siding akhbar TCC bulan lalu. Peragawati turut memperagakan koleksi Yani Bakhtiar.

“Ada antara mereka ini boleh kita panggil homeless, tiada punca pencarian untuk menyara dan membiayai yuran anak yang sudah pun mencapai tahap kolej dan amat menyedihkan ramai yang mengalami pelbagai penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan besar. Itulah sebabnya kami ikhlas berusaha mengisi tabung.”

Zohara berharap dapat mengutip dana sebanyak yang boleh dan walaupun mereka berhasrat menyasarkan satu juta ringgit Malaysia namun mereka merasakan dalam waktu semua pihak berhati-hati dalam perbelanjaan, beliau cukup gembira sekira tercapai walaupun lebih separuh daripada jumlah tersebut.

Itu sebabnya kami berkolaborasi dengan beberapa pihak dan projek masih lagi mencari penaja utama untuk sama-sama menjayakan The Cloth Concert. Bagi pihak swasta dan juga individu yang berminat menjadi penaja dalam apa jua bentuk baik dalam wang ringgit mahupun produk, kami sentiasa mengalu-alukannya.

Zohara juga menyatakan banyak return of investment menarik yang disediakan dan beliau bersedia berjumpa dan berbincang. Konsert dua jam ini akan direkodkan dan bakal disiarkan pada tarikh yang akan ditetap kelak untuk ditonton oleh rakyat Malaysia. Jadi saya menyeru dan mengalu-alukan penyertaan untuk menjadi penaja airtime bagi tujuan ini. 

Untuk makluman, tiket dan meja yang dijual beserta makan malam hidangan Barat sudah mula dijual dan sambutan cukup menggalakkan. Harga tiket bermula daripada RM300, RM500, RM1,000 dan untuk meja korporat daripada RM30,000 dan RM50,000. Jangan berlengah dan rebut peluang untuk memilih tempat duduk dan meja yang terbaik untuk tiket dan meja anda!

Related posts

Gaya Koleksi Raya 2018 (“GKR”)

admin

Aktres Ini Berseluar Denim Ke Pertunjukan Fesyen Couture

admin

First Chiara Ferragni Branded Eyewear CollectIon

admin

Leave a Comment