AGAMA

GAYA YANG DILARANG DALAM ISLAM

Pemakaian tudung seperti bonggol unta adalah tidak dibenarkan dalam Islam. -Gambar hiasan

Memakai tudung seperti punuk unta

Larangan ini ditujukan kepada golongan yang sanggul tudungnya di bahagian atas kepala, bukannya di belakang kepala.

Selain itu teguran juga diberikan kepada fesyen rambut atau sanggul yang melampau pada zaman ini. Berkenaan hal ini, Imam al-Nawawi ada memberikan hujah tentang wanita berpakaian tetapi bertelanjang sekaligus cenderung kepada perbuatan maksiat dan menarik perhatian orang lain kepadanya.

Antaranya ialah mereka yang rambutnya dibuat sanggul di bahagian belakang kepala, kemudian disarungkan tudung bagi menutupi bahagian kepala tersebut seperti bonggol unta.

Memakai tudung tidak menutup dada

Bahagian dada adalah sebahagian daripada aurat wanita yang perlu ditutup tanpa sebarang kompromi. Ramai sekali yang memakainya labuh tetapi jarang maka tiada maknanya. Ada juga yang menarik perhatian dengan kilatan dan aneka taburan hiasan yang begitu membuat tumpuan lelaki khasnya adalah di susuk buah dada, dan ia adalah haram

Anting-anting di luar tudung adalah dilarang oleh Islam 

Memakai anting-anting di luar tudung. Allah SWT berfirman: “… Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang nampak zahir darinya… [Surah an-Nur, ayat 31]

Imam al-Tabari ketika menafsirkan ayat itu membahagikan perhiasan wanita kepada dua kategori iaitu pertama, perhiasan yang disembunyikan seperti anting-anting, subang, rantai leher dan selainnya.

Kedua pula adalah perhiasan yang diperlihatkan seperti pakaian, cincin, gelang pada pergelangan tangan dan selainnya.

Imam al-Tabari membuat kesimpulan bahawa apa sahaja perhiasan yang asalnya disembunyikan, maka ia dilarang untuk diperlihatkan kepada bukan mahram atau ajnabi.

Oleh itu, seorang wanita yang memperlihatkan anting-anting kepada selain daripada mahram adalah ditegah.

Memakai wangian berlebih-lebihan hingga tercium lelaki ajnabi

Wangian yang berlebih-lebihan boleh menggerakkan syahwat lelaki bukan mahram dan membawa kepada berlakunya perkara yang buruk.

Namun begitu, jika wangian-wangian itu bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodoran, bedak talkum, sabun dan sebagainya, ia dibolehkan.

Bulu mata palsu ditegah oleh Islam.

Memakai bulu mata palsu

Bulu mata palsu diharamkan kerana ada unsur penipuan untuk menjadi lain daripada diri asal yang sebenar.

Selain itu, ia juga diharamkan kerana mengubah ciptaan Allah.

Namun ia dibolehkan dengan tujuan untuk menutup aib jika seseorang itu tidak mempunyai bulu mata atau untuk kecantikan diri di hadapan suami.

Seterusnya ia dibenarkan jika tidak menghalang pengaliran air ketika berwuduk dan mandi wajib serta tidak diperbuat daripada bahan yang dikira sebagai najis.

Mencukur bulu kening atau menyulam alis

Mencukur bulu kening walaupun untuk menjadikannya kelihatan lebih sempurna adalah haram kerana ia dianggap mengubah ciptaan Allah.

Selain itu, ia juga boleh menghalang pengaliran air wuduk dan juga ketika mandi wajib.

SUMBER JAKIM

Related posts

Wahai Lelaki Carilah Isteri Yang Perawan, Duhai Wanita Jagai Perawanmu Sehingga Bernikah

admin

Ini Seeloknya Dilakukan 30 Minit Sebelum Berbuka Puasa

admin

Bagaimana Mengetahui Hari Raya Bermula

admin

Leave a Comment