FESYEN

Apa Yang Membuat Lelaki Ini Stylish – Style Icon?

Orang kata gaya tidak boleh dibeli, it runs in your DNA! And they say you can’t teach a man to have style, but that’s not entirely true! Logiknya anda  tidak perlu pun designer clothes to look like a million bucks.

 While no one is born with the ability to effortlessly look great, stylish and cool, kebanyakan lelaki membina kebijaksanaan dalam bergaya melalui pengalaman dan mengamalkan habit yang baik.  Ia sebenarnya tiada kaitan pun dengan apa yang Justin Bieber, Ryan Reynolds, David Beckham, Syafiq Kyle atau Fatah Amin mahupun Zul Ariffin pakai dalam cover majalah kegemaran anda atau di permaidani merah.

Peraturan pertama yang mesti anda patuhi ialah apa yang nampak sempurna pada anda! Jika anda tegas dengan peraturan itu dan bermula daripada apa yang ada dalam almari pakaian anda yang sedia ada, beberapa tips berikut pasti membuat penampilan anda lebih menawan.

Begitu pun bukan semua orang lahir dengan naluri yang penuh gaya malah sebaliknya, tetapi ramai berjaya membuktikan teori DNA itu hanya faktor tambahan, kalau tiada usaha untuk membina imej stylish dan bersih, sekacak mana pun seseorang itu dia tetap akan nampak selekeh.

Jadi bagaimana lelaki tampan dan bergaya melakukannya? Anda hanya perlukan sedikit sensitiviti terhadap penampilan anda, rajin ’buka mata‘ dan faham apa yang anda perlukan.

Mereka yakin dengan apa yang dipakai dan begitu kenal siapa dirinya: Lelaki ini yakin dengan apa saja yang diarungnya ke badan. Confidence is the key element to looking good. Mungkin anda sedang mengayakan sut yang ditempah khas hasil kerja pereka terkenal Bon Zainal, but how do you feel wearing it?

Seorang lelaki yang bergaya tidak akan mengenepikan faktor keselesaan. Jika dia berasa tidak selesa atau tidak seronok dengan pakaian tersebut, ia akan terserlah di wajah dan gerak lakunya. Kerana itu dia sentiasa pastikan pakaiannya sempurna.

Setiap yang dipakainya sentiasa padan: tidak terlalu sendat atau tidak gedebog. Fit is the number one fundamental to good style. Pakaian yang cantik di badan amat penting. Tidak kiralah berapa banyak yang anda berhabis untuk sehelai baju, namun jika ia tidak terletak cantik di badan anda, lupakan!

Dalam hal ini, ia tidak tertakluk hanya pada sut atau dress shirt tetapi termasuk lah seluar jeans, kemeja T, jaket sukan dan segalanya hinggalah ke setoking yang padan untuk melengkapi penampilan.

Lelaki bergaya adalah seorang perfectionist dalam gayanya yang tersendiri, dan amat teliti tentang kelim hujung seluarnya atau hujung ‘V’ tali lehernya terletak pada posisi yang tepat. Mereka faham tentang teori bagaimana berpakaian sepatutnya dan setiap perincian lain menyusul dan mematuhi prinsip berpakaian dan teori tadi.

Lelaki bergaya tidak risau tentang jenama: Dia akan memilih apa yang disukainya tidak kira jika baju atau sesuatu itu hanya di dapati di sebuah bazar dan tiada berjanama tetapi harganya berpatutan, buatannya kemas dan berkualiti. Dia  yakin dan tahu bagaimana untuk membuat sesuatu itu look like a million dollar on him.

Yang pasti, anda tidak sepatutnya dan lelaki yang bijak bergaya tidak akan memakai jenama daripada hujung rambut ke kaki, lebih-lebuh lagi jenama yang popular dan terlalu cliché atau yang diketahui ramai. Yang pasti tiada logo LV, Hugo Boss atau Hermes yang ketara.

Tentulah mereka punya sesuatu jenama yang diminati tetapi tidaklah hingga menjadi satu kegilaan yang melampau kerana dia bukan ‘brand victim’ atau hamba jenama. Apa yang dia tahu, dirinya adalah the subject, not the brand! Dia juga amat tahu tentang the importance of simplicity, never overdoing it with colour combinations, accessories and layering.

Dia tahu peranan aksesori: Di Barat mereka selalu katakan, “The (custom) suit makes the man, mungkin pada tahap tertentu kita setuju, tetapi aksesori sekecil manapun (mungkin pin tali leher, jam tangan atau sebutir butang baju Melayu Teluk Belanga) can make the look too? Bayangkan seorang lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang lengkap dengan kain sampin dan songkoknya, dipadankan pula dengan kasut kulit yang bagus dan setoking sepadan, tetapi Cekak Musang bajunya tidak berbutang?  

Aksesori, walau sekecil manapun penting untuk menambah malah melengkapi gaya. Semua ini berterusan kepada hal-hal lain seperti pin atau sepit tali leher, pocket square hinggalah ke setoking. Malah clutch atau beg sandang dan cermin mata anda, mampu membawa penampilan anda ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Dia faham tentang ‘Less Is More’!: Tiada gunanya menyimpan berpuluh kemeja dan berbelas helai slak kerja tetapi semuanya tidak sepadan, sendat, gelondeh dan tidak mengikuti perkembangan zaman.

Bukan mahu anda sarungkan slak senteng dan berstoking putih seperti Michael Jackson atau ke pejabat tanpa stoking dan hanya memakai loafers tetapi anda perlu tahu ‘Dressing well’ is all about investing in quality over quantity dan memastikan setiap satu yang anda miliki adalah timeless – tidak terlalu trendy mahupun ketinggalan, yang mana memberi ruang kepada anda untuk mendapat lebih daripada sesuatu yang sedikit.

Mereka tidak takut berbelanja demi mutu: Following a timeless style they’re not afraid to invest in quality garments. Mereka tahu sehelai sut berkualiti berharga RM1,900 akan pergi jauh bersama kembara alam pekerjaan berbanding sut berharga RM600 yang didapati di gedung popular. Mereka ini amat tahu tentang cotton thread counts pada dress shirt nya dan faham perbezaan antara Merino Wool dan Cashmere.

Almarinya sentiasa teratur dan well organised: Jika anda berpeluang mengintai almari lelaki stylish ini, anda mungkin berasa segan bila visual anda terimbas pada almari anda di rumah. Does anything look out of place? A stylish man keeps his wardrobe organised, everything has a place and he utilises the habit of ‘less is more’.

Kerana ia begitu kemas, teratur dan segalanya tersusun rapi mengikut sistem yang boleh memudahkannya memilih pakaian, boleh membuat anda ingin segera pulang dan merombak segala isi perut almari anda.

Daripada kemeja hinggalah kasut dan tali lehernya di tempatkan pada tempat yang sepatutnya. Pakaiannya juga tidak banyak hingga beratus helai tapi dia tahu apa yang ‘essential’ dan hanya perlu menyuntik teknik mix&match yang membuat orang beranggapan separuh biliknya penuh pakaian!

Dia tidak berlagak dengan gayanya: Stylish men don’t brag about how good they look dan lelaki bergaya tahu tempatnya. Dia yakin dengan apa yang dipakainya, tidak bongkak dengan betapa hebat penampilannya. Dia bukan tidak tahu penampilannya lebih hebat daripada ramai yang lain namun dia merasakan dirinya tidak perlu pun menyentuh hal itu dalam perbulannya, melainkan dia ditanya. Dia terlalu sibuk,  there’s no room for arrogance.

Mereka tidak perlu pun jadi ‘Style Guru’. Seperti yang disebut tadi, dia tidak berlagak dan bukan jenis yang suka menegur atau mengajar orang bagaimana untuk bergaya kerana dia menghormati citarasa orang lain juga.

Mereka sama saja seperti lelaki lain: An ordinary man like many other and they Don’t Plan Ahead, malah dia tidak akan menyiap pakaian dua tiga hari sebelum menghadiri mesyuarat penting baik di pejabatnya mahupun temujanji di luar. He goes with the flow and effortlessly. Outfits ready the night before? Planning an outfit for a work meeting in two weeks time? Itu bukan cara seorang stylish man. A stylish man typically won’t and need not plan ahead.

Mereka begitu mahir dan yakin dengan pilihannya hingga membuat mereka berasa tidak perlu ber iya-iya dalam hal itu malah almarinya cukup teratur untuknya membuat pilihan yang tepat dan bersiap dalam jangka waktu yang begitu singkat.

Mereka amat kenal dengan tukang gunting rambutnya: Sepertimana seseorang setia pada tukang jahit atau doktornya, begitulah lagaknya seorang stylish man. Dia setia dengan tukang gunting rambutnya dan jarang mahu [1] bertukar-tukar.

Dia mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun untuk bereksperimen dengan gaya rambutnya tetapi apabila menjumpai tukang gunting rambut yang sesuai dan membuat mereka rasa hebat, mereka akan berasa berat untuk ke salon lain.

Dia yakin si tukang gunting begitu tahu kerjanya dan sentiasa mengikuti perkembangan gaya rambut dan dia bukan jenis yang akan menyarankannya untuk memakai that spiky atau mohican haircut just because it’s in trend. Jika dia mahu menukar gaya rambutnya, dia akan bertanya pada si tukang gunting kerana dia tahu hasilnya pasti sempurna dan tidak mengarut hingga dia boleh kehilangan pekerjaan.

Dia ambil berat dan menjaga pakaiannya: Menggosok pakaian hanya kerja wanita. Not to a stylish man and try telling a stylish man that. Walaupun setitik kopi atau satu kedutan pada pakaian nya akan membuat lelaki ini tidak senang duduk diam selagi dia tidak berbuat sesuatu tentangnya. Daripada membasuh, mengering pakaian mengikut peraturan, lelaki stylish faham peraturan penjagaan yang tertera di label pakaiannya. Jika dia tidak melakukannya sendiri pun dia pasti akan memilih kedai dobi terbaik untuk mengendalikan pakaiannya.

They pay attention to the finer details: Seorang stylish man begitu mengutamakan perincian dalam setiap sudut perihal pakaiannya. Dia seorang perfectionist and understands the importance of the finer details.

Daripada memilih pocket square dan cara ia dilipat bagi menambah gaya pada penampilannya jaketnya, dia tahu perincian akhir adalah antara perkara yang membuat dia menyerlah daripada yang lain. The fabric, the colours, the accessories, the fit, the tie knot, the pocket square fold, the shirt sleeve roll… every finer detail counts.

Perkara remeh dan item sekecil inilah yang ternyata membezakan antara well-dressed man and a stylish man. Setiap lelaki boleh saja bertukar tampan dengan sehelai sut, but it’s the seamless incorporation of personality and flair that can seriously elevate a look. Ini membuat kita terfikir tentang George Clooney.

They don’t look good if their loved ones don’t!: Bukan dia saja yang mahu bergaya tetapi dia mahu orang yang dia sayang seperti ahli keluarga misalnya turut mengikuti jejaknya. Namun bukan secara memaksa! Dia tidak perlu pun bersikap begitu kerana setiap ahli keluarga, cukup kagum dengan cara dan falsafahnya tentang gaya dan penampilan… and that comes along naturally without force.

Mereka adalah lelaki yang hormat pada masyarakat, cintakan isteri dan sayang keluarganya. Lelaki stylish juga biasanya a gentleman, penyayang dan a women’s man. Mereka tahu siapa mereka dan tidak hairan apa yang orang lain miliki.

Sebagai contoh Ryan Reynolds yang sentiasa muncul dengan gaya menawan dan mantap amat digilai wanita mahupun lelaki. Beliau adalah antara pelakon Hollywood yang setanding George Clooney, Brad Pitt dan Johnny Depp yang begitu bergaya di mana saja mereka muncul dan tidak kiralah di permaidani merah mahupun sekadar keluar bersantai bersama isteri dan keluarga.

Related posts

Temubual Bersama Pengasas UMMA, Zairin Azman

admin

LOVE, BONITO MERAIKAN IBU BERSALIN

adminwm

Aidilfitri Bersama SHEIN dan Iman Troye

adminwm

Leave a Comment