Man of the MonthPERSONALITI

Man of the Month/ Personaliti

Nama Adam Zakaria bukan asing bagi saya sebenarnya, kerana dia kawan kepada anak saya Ihtisham (di zaman persekolahan rendah dan menengah Tisham selalu pulang dengan cerita dia dan kawannya yang bernama Adam). Namun saya hanya bertemu Adam pada ‘Mehndi Night’ (majlis berinai Ihtisham) di kediaman kami. Adam hadir sebagai videographer, masha Allah berpuluh kali saya menonton video itu, one of the best video ever dihasilkan untuk sebuah majlis yang amat sederhana di kediaman kecil kami ini. Bagai berada pada di sebuah majlis besar-besaran, dan video itu juga mengundang ribuan penonton di YOUtube.

Mengetahui Adam yang kini bertugas sebagai jurugambar, peluang bagi saya menggunakan khidmatnya. Senang bekerja dengan anak muda ini, tidak banyak kerenah, bijak dan matanya tajam. (sebelum ini saya sudah dua tiga kali mempelawa jurugambar untuk hadir di ruangan Personaliti, bila dijemput excited, tetapi bila soalan dihantar kepada mereka, diam membisu, dan tiada jawapan). Berbeza Adam, dia menjawabnya pantas, tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris (maaf aunty, nak express dalam BM ini susah sikit, saya tulis ini BI, okay). 

Terangkan tentang insan yang bernama Adam, seorang yang…, juga biodata anda, lahir di mana, kerjaya, kelulusan, status?

“Lahir di Kuala Lumpur, berkulusan Bachelors Degree in Art dan kini bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pemasaran digital. 

Adam minat kreativiti dan seni. He finds art fun, exciting and entertaining. Sama ada mengambil gambar, mencipta muzik atau sekadar melihat karya-karya cool, Adam suka meneroka dan memburu benda-benda baru yang dia boleh gunakan untuk kerja-kerja kreatifnya.”

Kerjaya anda sebagai jurugambar/videographer, adakah sememangnya memilih untuk menjadikan ia sumber pendapatan atau secara tidak sengaja. Apa kelayakan untuk menjadi jurugambar/video kerana semua orang rasa dia boleh ambil gambar, terutama dengan adanya smartphone sekarang?

“It was an accident. Semasa membesar saya tidak tahu menahu tentang pilihan kerjaya. Ada rasa nak jadi doktor dan juruterbang, tetapi yang saya tahu semasa di sekolah saya dan kawan-kawan selalu berbicara tentang filem. Dan itulah topik yang kami paling suka bincangkan. Ketika menyambung pelajaran di Amerika, saya menubuhkan syarikat produksi bersama dengan rakan serumah, tetapi masa itu belum nampak ia satu pilihan kerjaya. Lagi pun saya pernah bertemu ramai orang yang tidak menggalakkan saya memilih bidang ini kerana ia sukar dan bukan satu kerjaya yang dipandang di Malaysia. But i loved it anyway, jadi saya buat keputusan untuk melakukannya secara separuh masa. I was studying Performing Arts at the time (something scarce, especially among the Malays), but I was just doing something that I was very interested in, and I was doing pretty well. Sebaik balik ke sini, saya terlibat dengan projek besar antaranya badan pelancongan Perak dan bekerja di Astro. Dari situ terbukanya laluan kerjaya saya.”

“Anda tidak perlu ada kelayakan untuk menjadi jurugambar atau juruvideo, hanya perlukan passion dan minat dalam bidang ini. Saya belajar melalui tontonan video di YouTube, saya keluar setiap hari bagi mempertajam skil dan bekerja dalam situasi yang mencabar supaya dapat belajar teknik baru menguruskan kerja lebih teratur. What I can say is that there’s no shortcut. You can’t read books or watch videos on how to do it; you have to put it into practice every day because it’s like anything in life. The more you do it, the better you get at it.”

Kerana semua orang miliki telefon pintar, bagaimana anda sebagai jurugambar/videographer boleh cari makan?

“Telefon pintar mengubah landskap penghasilan video dan foto. Setiap tahun akan datang edisi yang lebih canggih dan lebih mesra pengguna dan nampak sepertikan lebih berbaloi berbanding membeli sebuah kamera. Walau bagaimanapun, kamera telefon tidak mempunyai kualiti output yang sama dengan kamera khas video dan foto. You can never get the same look and feel no matter how ‘advanced’ the smartphone is. Selain itu, ramai yang memerlukan gambar dan video berkualiti tinggi sama ada untuk profil, untuk acara seperti perkahwinan, produk dan perkhidmatan profesional mereka. Wouldn’t you want your business to look professional and high quality? I think it makes that company more legitimate, and it shows that a company is willing to spend on quality. Kesimpulannya, walaupun sesiapa sahaja yang memiliki telefon pintar boleh mengambil gambar atau merakam video, tetap seseorang itu memerlukan kemahiran asas untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Banyak perniagaan di luar sana inginkan video dan gambar berkualiti tinggi yang setaraf dengan status syarikat mereka. Ini juga memisahkan anda dari orang lain jika anda mahu jenama atau produk anda menonjol.”

Mana lebih mencabar, videographer atau jurugambar biasa?

“Videographer. Things are constantly moving in a video. Mesti pantas fikirkan sudut kamera, jalan cerita dan movement. You also need to proceed with the camera to create the desired look. Jauh lebih melelahkan sebab perlu mengangkat alatan kamera yang berat. Sekiranya bekerja dengan pelakon atau bakat, jika mereka membuat silap perlu ulang semula rakaman sehingga sempurna. If you are working on a set, there’s a lot of preparation that needs to be done before the actors come on set. It takes time, effort and patience to make set up one scene. Walaupun mencabar, ia adalah cabaran yang bagus. Video sets are fun to be in!”

Oh ya, anda mention, anda juga seorang editor, tugasan editor yang bagaimana?

“I would think of myself as a social, digital content editor. Saya mengedit video untuk platform media sosial seperti YouTube, Instagram, Facebook dan Tik Tok. Saya perlu memastikan video saya seronok ditonton dan dekat di hati orang yang menontonnya.”

Kerenah pelanggan yang paling anda tidak sanggup hadapi dan nasihat anda kepada mereka yang berperangai begini?

“Orang yang menganggap kerja ini senang. Ada klien yang tidak tahu betapa sukar membuat video atau mengambil gambar, terutama jika mereka tidak pernah berurusan dengan kerja-kerja produksi video atau tidak tahu proses kerja yang sebenar. Hanya kerana pelanggan melihat video itu ‘simple’ tidak bermaksud ia senang dibuat. People also tend to look down on people who do this line of work. They see our work as ‘non-essential’ or something that can not be profitable. Dan paling teruk, bayar murah tetapi mengharapkan hasil yang tiptop. Untuk orang seperti ini, ucapan saya pada mereka, if you treat production people better, then you are going to get better results. Berikan durasi masa yang munasabah dengan cara itu ia membantu mereka menyiapkan video dan foto yang mereka hasilkan untuk anda. If you can’t pay them well, treat them well and don’t look down on them. Anda mungkin menganggap karya ini mudah dan merasakan diri sendiri pun boleh melakukannya, tetapi yang sebenar kerjanya lebih daripada sekadar yang anda lihat.” 

“Pada akhirnya, semua orang memerlukan video dan foto kerana ini berkaitan masa depan kita. Semuanya digunakan dalam talian dan jika ingin lebih ramai orang mengetahui jenama atau produk anda, bermakna anda harus mengupah produksi profesional. Jadi dengan kata lain, anggap juruvideo, jurugambar dan editor sebagai orang yang anda mahu bekerjasama untuk menjadikan jenama atau produk anda menonjol. You will be surprised at how many of them could take your business to the next level.”

Pengalaman paling menyeronokkan sebagai videographer/jurugambar?

“Setiap projek, lokasi, kempen dan tugasan yang dilakukan ada kisah berbeza untuk diceritakan. Tidak kira sama ada kecil atau sebesar mana projeknya, anda cuba mencari sesuatu yang menyeronokkan sewaktu menjalankan kerja.”

Dan ada tidak pengalaman pahit yang tidak mungkin dilupakan?

“Meninggalkan US. I had a great time when I was living there. It was where I honestly did a lot of souls searching dan ketika itu saya berasa diri saya di tahap paling kreatif. Saya melakukan banyak perkara berbeza dan saya teruja kerana saya jumpa bidang yang saya mahir. I’m not saying that coming back to Malaysia was terrible, but I will lie to you if I said that I didn’t miss it.” 

Apa yang membezakan hasil kerja anda dengan videographer/jurugambar lain?

“Saya suka menghasilkan produk yang berkualiti! Saya suka melihat kerja yang kita boleh nampak usaha di dalamnya. Saya melihat ada sesetengahnya yang memiliki sikap asal boleh, dan ya memang ada ketikanya ia berjaya, tetapi untuk saya, saya mahukan karya saya membekas di ingatan. Saya mahu banyak orang yang menyaksikannya akan mengingatinya untuk tahun-tahun akan datang.”

Tugasan yang paling besar yang pernah anda kendalikan. Cabaran yang dihadapi?

“Ketika terlibat dengan penggambaran untuk satu show bersama beberapa selebriti dan pekerja senior. Penggambarannya selama dua hari di Melaka dan saya adalah videographer yang dilantik. Selepas tamat hari pertama, bos memutuskan untuk pergi atas alasan peribadi. Oleh itu, saya harus mengganti tempatnya dan menguruskan kesemua daripada mengejutkan talent, merakam video, memastikan makanan dan pengangkutan tersedia, selain perlu memastikan kesemuanya dilakukan mengikut jadual.” 

Bagaimana anda menggambarkan gaya fotografi anda?

“I like realness, and I like things at the moment. Saya tidak suka menukar banyak benda pada gambar-gambar saya. To me, I think photography is just enhancing what is accurate, not about changing the moment. Jadi saya cenderung mengambil gambar alam, serangga dan haiwan. Saya suka mengambil gambar orang ketika dalam waktu kandid. I just like taking pictures of things as they are and showing genuine moments.”

How do you educate yourself to take better pictures?

“The more you find something interesting, the more you will learn about taking better photos. Sebilangan yang suka makan, akan mengambil gambar makanan yang mereka makan, manakala untuk saya, suka outdoor jadi saya cenderung mengambil gambar pemandangan yang menarik juga gambar haiwan. But you can only get better by practising; keluarlah dan ambil gambar setiap hari, belajar mengenai kamera anda di dalam dan luar.”

Kerja siapa yang mempengaruhi anda?

“My aunt, Yasmin Ahmad. Ada sentuhan yang istimewa dan begitu tersendiri dalam karyanya. Saya sangat mengaguminya. Tidak ramai yang memiliki bakat dan kemampuan seperti arwah. Apabila ke set filemnya, suasananya menyenangkan, seronok dan tidak stress. And I think a lot of that is missing in a production setting nowadays. Everyone is chasing deadlines, and it’s stressful when making videos and taking photos should be fun and relaxed.”

“Beliau banyak mempengaruhi saya dalam kerja dan kehidupan peribadi. She was herself 100% of the time dan tidak takut untuk menunjukkan kepribadiannya yang sebenarnya. Dia menguruskan pasukan dengan baik dan hingga hari ini, orang masih bercakap mengenai hasil kerjanya. Saya berharap suatu hari, karya saya juga dapat menyentuh ramai orang.”

What is one thing you wish you knew when you started taking this job as your full time career?

“Kalaulah saya mulakan kerjaya ini lebih awal. When I had more time studying, I made more and more content so that I could learn faster. I hope I learned how to use more software. Other than that, I couldn’t think of anything else. Saya menghargai semua yang saya lalui dan setiap perjalanan saya selama ini. Ketika masih muda, saya beritahu ramai orang yang saya mahu berada di sini, dan terus mereka tidak menggalakkan kerana kata mereka ‘ia terlalu sukar’ dan reaksi yang mereka beri membuat saya kehilangan harapan. But I am glad that I didn’t listen and continue with what I am passionate about. It’s better to go through your passion and fail than to never go through it at all. And Alhamdulillah, I have been very successful in it.”

Siapa insan yang paling anda ingin bekerjasama atau mengambil gambarnya dan mengapa?

“Saya teringin bekerjasama dengan orang yang tidak terkenal, mahu menunjukkan kehidupan sehari-hari mereka. Saya mahu mengambil gambar orang yang miliki personaliti menarik, sesuatu yang tidak kita lihat setiap hari. Saya ingin menghasilkan buku foto untuk mereka, dan menunjukkan yang kecantikan dapat dilihat di mana sahaja. You can find anything beautiful. Everybody has their own stories to tell, and I want to capture just that.”

Bagaimana anda melihat diri anda 10 tahun akan datang?

“Having my dream camera and a set of lenses taking pictures of anything and everything. Dan mudah-mudahan dapat melancong ke mana sahaja bersama kamera saya. Saya mahu menghasilkan buku foto lengkap dengan cerita yang saya boleh kongsikan dengan orang lain. I am a straight forward guy, but with expensive tastes, haha!”

Apa yang membuatkan anda sibuk, selain bekerja?

“Having a wife, family, friends and four cats… if I’m not busy working, I’m watching camera and lens reviews on Youtube :)”

Sudah berkahwin, apa yang anda dan isteri harapkan untuk hari mendatang dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan lockdown after lockdown after lockdown?

“Saya rasa, buat masa ini, saya hanya berharap kewarasan kita dijaga dan wang tidak lagi menjadi masalah. Tetapi kenyataannya adalah bahawa saya takut dan bimbang mengenainya kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.”

Ramai orang kehilangan kerja, maknanya hilang sumber pendapatan sedangkan banyak hal yang perlu dibereskan seperti hutang kereta, sewa rumah, makan minum. Andai ia terjadi pada diri anda, apa terbaik dilakukan?

“Minta pertolongan. Ini adalah satu era yang mana kita terpaksa menyingkirkan ego kita dan meminta pertolongan bila mana yang kita perlu. It doesn’t have to be material help; it could also be an emotional help or just talking to someone to help you get through the day. This is a stressful time for anyone dan saya tidak boleh membayangkan bagaimana sebilangan orang menangani situasi tersebut. Bagaimanapun untuk saya, saya hanya perlukan seorang teman berbual. Sekiranya anda memerlukan pertolongan dalam hal makanan atau barang keperluan, jangan malu untuk meminta pertolongan. Kita semua ada di sini untuk membantu.”

Soalan yang membuat anda benci untuk menjawabnya?

“Tak ada rasa benci! Ha ha. Saya tahu ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tua atau muda, sihat atau tidak sihat. Dan ia pasti boleh berlaku kepada saya. Dan saya juga tahu, kita manusia biasa yang tanpa sedar memiliki sejenis ego tertentu yang membuatkan kita tidak senang-senang meminta pertolongan walaupun pada masa sukar. Jadinya kita simpan di dalam dan makin lama kita menjadi cemas, marah dan tertekan.”

Siapa yang anda rasa jurugambar nombor satu di dunia dan paling terkenal? 

“I don’t think there’s such a photographer for me. I am influenced by so many of them. Saya suka melihat jurugambar yang berbeza dan bagaimana mereka melihat dunia. Photographers give you another eye on that.” 

Dan fotografi terbaik di dunia?

“I like candid photos. I like images that have no thoughts put into them. Just taking moments, tetapi dalam kualiti tinggi.”

Andai kamu Perdana Menteri Malaysia sekarang, apa tindakan awal untuk menstabilkan ekonomi?

“Biarkan semua sektor dibuka kecuali kerja yang tidak memerlukan ruang pejabat untuk beroperasi. Kerja yang boleh dilakukan dengan jaringan internet boleh dilakukan di rumah. Let the people who do the heavy lifting continue working because our country will not be able to move forward without them. Mereka juga dianggap sebagai barisan hadapan bagi ekonomi kita.”

Lewati Instagram Adam Zakaria di @adam_.mov 

Pautan: https://www.instagram.com/adam_.mov/ 

Related posts

Nora Abu Hassan Born To Smile

admin

Neelofa Berniqab

admin

Neelofa… Antara Wanita Paling Berpengaruh Di Dunia

admin

Leave a Comment