Baru-baru ini, wajah sampul depan Majalah WM, edisi Februari iaitu figura cantik jelita, Haniza Tun Hanif telah menerima anugerah A Lifetime Achievement in Diversity & Inclusion of the year 2025 dan Duta untuk Ratu Kebaya Malaysia oleh Tourism Malaysia. Beliau juga pernah menerima pengiktirafan sebagai Madam Artsy Queen Universe 2025 beberapa bulan yang lalu.
Walau sudah mencecah usia 63 tahun, namun langkahnya masih laju dalam menyertai agenda sosial dan kemasyarakatan. Tenaga dan sosok tubuhnya langsung tidak mencerminkan usianya, maka tidak hairanlah ramai yang pasti terkesima kala mengetahui angka usia sebenarnya.


Sebelum ini, beliau pernah mewarnai dunia ratu dan peragaan sehingga dinobatkan sebagai Duta Besar Permaisuri.
Dan, kini beliau sekali lagi diberi pengiktirafan luar biasa dan diterima oleh seseorang yang benar-benar istimewa dalam kalangan kita. Tahniah Majalah WM ucapkan kepada Haniza kerana dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Kepelbagaian & Kemasukan 2025 dan juga perlantikan tersebut.
Kepujian ini adalah cerminan komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha dan semangat yang diperjuangkannya kerana pada 7 Februari 2021 anda mengambil idea mudah dan mengubahnya menjadi sesuatu yang luar biasa.


”Anda membawa kami bersama di bawah payung MSD bukan sahaja sebagai Group Chat tetapi juga sebagai Komuniti Sebuah Keluarga. Sebagai “MSDians” , saya percaya kita akan kekal bersama selamanya. Terima Kasih Haniza – sederhana tetapi sangat menyentuh hati. Terima kasih kerana sentiasa bersama kami, meredah segala badai dalam gelak dan tawa,” ucap salah seorang komuniti MSD.
