PERSONALITI

FARIDAH P HAMSA

GURU AGAMA BERJAYA SEBAGAI KONTRAKTOR DAN USAHAWAN TERKENAL

WANITA IKON JOHOR2024/25
Puan Faridah P Hamsa

Nama: FARIDAH BINTI P HAMSA
Umur: 41 tahun
Tarikh Lahir: 18 DISEMBER 1982
Asal: Johor Baru
Status Perkahwinan: Ibu Tunggal
Pendidikan:
– DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM DAN SYARIAH (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA)
– IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN (International University of Georgia Netherlands)
Kerjaya : Usahawan
Facebook : MYRA FIDA
Instagram : MYRA FIDA
Tiktok : Myrafida

Menarik Tentang FARIDAH P HAMSA (Myra Fida)

Dikenali sebagai Myra Fida anak kedua daripada lapan beradik beliau anak jati kelahiran Johor Darul Ta’zim. Graduan International University of Georgia Netherlands ini pernah mengharumkan nama Malaysia apabila dianugerahkan Tulips Award dari University Netherlands di Belanda.


Asalnya Guru Agama, beliau kemudian menceburi dunia kontraktor dan keusahawanan. Pada 2016, beliau tekad keluar daripada profession keguruan setelah 15 tahun berkhidmat demi minat yang mendalam membantu ramai asnaf-asnaf yang terpinggir dan yang sukar mendapatkan bantuan. Pada 2019 beliau menubuhkan NGO nya sendiri iaitu Permata Baiduri Malaysia yang kini mempunyai ahli hampir di setiap negeri di Malaysia.

Beliau begitu aktif dalam kegiatan NGO dan program-program keusahawanan. Banyak permasalahan dalam masyarakat berjaya diselesaikan seperti tersiar di akhbar tempatan. Konsisten dalam membuat kerja amal, persatuannya memberi sumbangan dan keperluan secara tetap setiap bulan.


Beliau mempunyai banyak pencapaian dalam hingga ada program keusahawanan beliau mendapat Anugerah Malaysia Books Of Record. Bantuan-bantuan bukan sahaja disalurkan dalam negara tetapi juga di luar negara termasuk Palestin. Seorang yang tabah, Faridah membesarkan empat cahaya mata sendiri dan pengalaman
mengajarnya erti tabah, cekal dan berani. Prinsip hidupnya ‘Selagi ada usaha, kejayaan pasti menjadi kenyataan’.
Bagi Myra Fida dinobatkan Ikon Wanita Kebangsaan adalah pengiktirafan yang tinggi dan punya tanggungjawab besar untuk dilaksanakan. Beliau yakin dengan izin Allah dan sekongan orang di sekelilingnya mampu menggalas amanah ini dengan baik demi membangunkan masyarakat dan wanita khususnya.


Myra berharap dia boleh berjaya mengubah stigma yang menganggap wanita sebagai golongan lemah. Beliau mahu membuktikan wanita adalah kaum yang disegani dan dihormati kerana kejayaan yang diraih.

Related posts

Temubual Bersama YH Dato’ Haji Radzi Mansor Presiden Persekutuan Petanque Malaysia

admin

Designer of the Month

admin

Sepetang Bersama Pereka Fesyen Huda Hassan

admin

Leave a Comment