SURI RUMAH KE CEO
WANITA IKON PERAK
Nama : Tina Binti Tajuddin
Umur : 49 tahun
Tarikh Lahir : 10 Julai 1975
Asal : Kuala Lumpur
Status Perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan : Graduan Undang-Undang dari Universiti Leeds, UK. Masters of Business Administration dari UWE England.
Kerjaya : Pengasas & Pengerusi Eksekutif
Facebook : Tina Tajuddin
Instagram : tinatajuddin
Tiktok : tinaceomentor
Tina Tajuddin graduan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan UWE England dan Sarjana Undang- Undang dari University Leeds United Kingdom. Ditauliahkan sebagai Peguambela & Peguamcara pada 2000. Anak Kelahiran Wilayah Persekutuan dan menetap di Ipoh Perak lebih 20 tahun, Tina Tajuddin, atau lebih dikenali sebagai CEOMENTOR anak kedua daripada lima adik-beradik. Isteri dan ibu kepada lima cahaya mata. Prinsip hidupnya tegar; “Jangan cepat menyerah dan berpegang pada manifesto Cerminan wanita perkasa adalah yang memiliki pengetahuan, berani, berdikari, inovatif dan berdaya saing di semua peringkat.”
Jiwa dan darah tokoh politik yang mengalir di dalam dirinya menjadikan Tina seorang yang berani. Demi masa depan anak bangsanya beliau sanggup meninggalkan profesyen guamannya dan mengambil alih pengurusan kolej keluarga iaitu Kolej TAJ dan sekaligus menjawat jawatan Pengarah Kolej Matrikulasi termuda pada usia 23 tahun.
Wanita berilmu wanita berjaya. Justeru beliau memberikan sumbangan hampir tiga dekad terhadap perjuangan ilmu, pembangunan wanita dan kerja-kerja CSR. Juga turut membantu krisis negara yang terbesar, antaranya penghantaran pelajar-pelajar IPT ketika wabak covid-19, kes penderaan kanak-kanak di taska Ipoh dan enganjurkan Seminar Skor SPM A+ secara percuma dengan menghimpunkan 10 ribu Calon SPM Satu Malaysia selama tiga minggu dengan bantuan kepakaran 12 Cikgu Cemerlang.
Kejayaannya dalam dunia usahawan juga terbukti apabila terpilih sebagai Ahli Perniagaan Berjaya antara ‘10 Success stories – SME Bank’ yang mempamerkan kejayaan menerajui jawatan CEO setelah enam tahun menjadi suri rumah.
Kisah kejayaan luar biasa Tina menempuh cabaran terpaksa meninggalkan anak yang baru dilahirkan bagi membantu Kolej di Ipoh Perak mendapat liputan media massa, termasuk lah siaran YOUTUBE “Housewife to CEO” yang telah mendapat puluhan ribu tontonan. Lantaran itu beliau dijemput sebagai kolumnis “Suri Rumah ke CEO” Sinar Harian pada 2016. Sejak itu beliau telah mengilhamkan banyak program termasuk ‘Fastrack Housewife to CEO’ dengan menumpukan peningkatan ilmu keusahawanan di kalangan wanita khususnya suri rumah. Pengorbanannya terhadap anak bangsa sering diterjemahkannya dalam pelbagai bentuk dan Inisiatif tanpa henti dan jemu. Antaranya membantu anak yatim juga anak-anak golongan miskin di seluruh Malaysia dengan pengambilan pelajar di bawah Program TIC Apprentice, program yang membantu pelajar luar bandar mendapatkan pengalaman Industri.
Selaras usaha Pembangunan Modal Insan Negara beliau memperkenalkan pelbagai program termasuk Program Siri Jelajah Kesedaran Bersama 12 Ahli Parlimen iaitu siri Jelajah 2U2i. Terkini ialah Program TVET Profesional,TVET Anak Yatim, TVET Tahfiz, TVET Athlete dan TVET Wanita.
Di samping itu Tina Tajuddin banyak melaksanakan inisiatif dan aktiviti bersepadu dengan kolaborasi 10 NGO Wanita di Perak dan 35 Persatuan NGO Belia Perak termasuk pelbagai usaha melantik rakan strategik di semua sektor termasuk sekolah, universiti dan industri yang berkepentingan.
Beliau juga turut bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk MAIPK bagi tujuan program pendidikan awal kanak-kanak untuk kumpulan sasaran pelajar miskin dan wanita asnaf demi peningkatan ekonomi dan ilmu. Di bawah program ini ramai wanita asnaf berjaya mendapat peningkatan gaji ,selaras dengan peningkatan kelayakan dan kemahiran. Seorang aktivis kanak-kanak, dan isu keselamatan kanak-kanak adalah keutamaannya. Tina banyak terbabit dalam program kesejahteraan kanak-kanak seperti ‘MY Child Safety’ yang melibatkan peranan Persatuan Tadika dan Taska hingga dikenali sebagai Ibu Tina di kalangan kanak-kanak.
Kini mengusahakan TT Group of Companies. TT Education membabitkan bidang pendidikan dari peringkat taska, tadika dan sekolah agama. TT Education Group mempunyai inspirasi membantu ramai kaum wanita khasnya suri rumah mahupun usahawan wanita dalam bidang perkhidmatan perlesenan pusat kanak-kanak yang berdaftar.
Giat dalam pendidikan awal dan pengajian tinggi, Tina turut mengaplikasikan ilmu perundangannya sebagai perunding di bawah TT Consultancy yang menawarkan khidmat rundingan wasiat, pengurusan harta pusaka dan kewangan Islam termasuk takaful dan hibah. Beliau adalah Ketua Agensi Wanita di Ipoh Perak dan kerap diundang sebagai speaker di semua peringkat.
Mempunyai syarikat di bawah jenama TT events dan Hall yang menawarkan perkhidmatan seminar, kursus latihan serta perkhidmatan pakej perkahwinan kepada masyarakat di Ipoh Perak. Pakej Buffet Ramadan @ TT Hall telah berjaya menambat hati warga Ipoh dengan menawarkan pakej Infaq Ramadan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan golongan mualaf.
Di peringkat pengajian tinggi, beliau turut menawarkan peluang belajar bagi B40, asnaf dan tahfiz. Pelbagai program siri jelajah disediakan serta peluang biasiswa dan kerjaya selepas tamat belajar. Di peringkat antarabangsa, beliau sentiasa menitikberatkan isu-isu Palestin dan seringkali terbabit dalam program kesedaran isu Palestin dan pelancaran Tabung Kutipan Bersama NGO Palestin setiap tahun.
Untuk tahun ini Tina telah menganjurkan Program Jelajah CSR Perak di 12 daerah dalam Gerakan Generasi Baru. Beliau turut memperkenalkan konsep baru kepada generasi muda agar berminat menyambung pelajaran waktu sama turut membantu ekonomi keluarga.
Konsep TIC Learn & Earn sebagai solusi belajar tanpa hutang atau belajar kurangkan hutang adalah idea dan ilhamnya. Kaedah inovasi belajar sambil menjana pendapatan yang mengabungkan struktur pembelajaran TVET dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang iaitu kos sara hidup.
IKON Wanita Malaysia baginya adalah satu anugerah dan amanah yang perlu dipegang erat. Ia wadah perjuangan dan agenda wanita berilmu juga platform bagi memberikan akses terhadap definisi perlaksanaan memperkasa kaum wanita di segenap peringkat.