SALING MENDUKUNG DAN BERGERAK DALAM SATU GAGASAN KUNCI KEJAYAAN WANITA
WANITA IKON PULAU PINANG
Nama : ZAFRINA BINTI ISMAIL
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 23 November 1979
Asal : Pulau Pinang
Status Perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan : Phd In Economics
Kerjaya : Usahawan
Facebook : Zafrina Ismail
Instagram : zafrina_rina
Tiktok : zafrinaismail
Website : –
Lahir dalam keluarga dan masyarakat yang mengagungkan kedudukan lelaki, pendidikan adalah peluang baginya untuk berdiri sama tinggi. Demikian buat Zafrina binti Ismail yang terus berjuang dan bergelut dengan stigma itu.
Sebagai pegawai di MARA, peluang mendekati masyarakat dan membantu orang ramai terbuka luas. Berkhidmat dengan baik, beliau berjaya menyandang jawatan Ketua Urusan Pembiayaan Perniagaan MARA. Di sinilah beliau banyak menyumbang dan membantu melahirkan ramai usahawan IKS di Pulau Pinang yang mana secara tidak langsung membantu pembangunan, menaikkan taraf ekonomi serta sosial keluarga dan masyarakat sekitar.
Kerjaya beliau dalam bidang kerja sosial bagaikan sebati dengan jiwanya dan bermula sejak muda lagi. Perjuangan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu wanita seperti mengukuhkan ekonomi, keganasan domestik dan kesaksamaan dalam kerjaya dan pelbagai hak lain sentiasa menjadi tunggak dan teras aktivitinya.
Demi membantu mengubah masa depan dan memartabatkan wanita dan keluarga mereka, Zafrina banyak melibatkan dirinya dengan NGO di sekitar Pulau Pinang dan juga ke peringkat negara sehingga kini.
Zafrina bukan sahaja amat mementingkan peningkatan dirinya dari semasa ke semasa namun sentiasa berusaha mengajak wanita yang ingin bersaing dan memajukan diri mereka. Kini sebagai Pengerusi dan AJK beberapa NGO Wanita di Pulau Pinang, ia medan perjuangannya mengabdikan diri untuk memperjuangkan kesaksamaan gender dan memperkasa wanita dan keluarga.
Pengalaman dan pemerhatian kehidupan yang dilaluinya sendiri sebagai wanita yang selalu diterima sebagai “reserve” atau kedua penting, mengajar dan menyedarkannya bahawa kekuatan sebenar terletak dalam dirinya sendiri dan kesatuan wanita bersuara.
Keupayaan wanita untuk saling mendukung satu sama lain dan bergerak dalam satu gagasan atau kumpulan ada kunci untuk wanita maju secara individu dan berkumpulan.