Rosli Nordin, penerbit, pensyarah, journalist program (antaranya Syahadah) juga pemenang Anugerah Wartawan Terbaik Media. Sempena Khas Lelaki saya sempat bertanya beberapa soalan dan dijawabnya begitu terperinci.
Rosli, apa yang menarik mengenai anda yang ada juga kawan-kawan malah ahli keluarga tidak tahu?
Apa yaa? Hmmmmm…mungkin ramai yang tidak tahu saya boleh menggunting rambut dengan baik. Bakat mengunting rambut ini bermula ketika saya tinggal di asrama selama dua tahun (tingkatan empat dan lima). Pada asalnya hanya membantu rakan sebilik untuk mengunting rambut mereka… sekadar touch-up rambut yang agak panjang, oleh kerana semakin ramai yang meminta bantuan saya, ia menjadikan kepala mereka sebagai “eksperimen” dan latih tubi. Akhirnya saya menjadi semakin cekap menggunting rambut para pelajar di asrama Sekolah Menengah Dato’ Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah (Perak). Kemahiran menggunting rambut ini, saya teruskan apabila saya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Media (Major: Periklanan dan Penerbitan Buku) dan Pengurusan Seni Persembahan (Minor). My roomates and collegemates, often asked me to cut their hair. Alhamdulillah, they asked me to cut their hair since day one until they graduated. I became their choice to get a magical touch for their hair style.
Selain itu, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah sedia maklum kemahiran saya memasak beberapa signature dish, antaranya kuew teow goreng Chinese Style, mee goreng, nasi lemak, ovenshotels (sejenis pai resipi orang Belanda), tulingan (ikan bakar, resipi Mindanao, Filipina) dan cucur bilis. Saya juga sebenarnya mempunyai kemahiran melukis, menulis dan menjadi stylist co-ordinator ketika penggambaran fesyen. Namun dalam banyak kemahiran seni dan kreatif ini, saya tidak boleh menyanyi dan bermain alat muzik. I’ve tried both, but I’m just embarrassing myself because I’ve bad singing voice and I’ve tried so hard to learn how to play musical instruments easily.”
Siapakah insan yang menjadi inspirasi anda?
Ibu saya, Habsah Ismail. Arwah ibu seorang yang kuat bekerja, rajin dan sangat penyayang. Selain ibu saya, Oprah Winfrey, Yasmin Ahmad dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagi saya, Oprah such a great person, talented and genius. If we discovered her past life, Oprah has been raped and molested. She try so hard to get better job as a broadcaster. She facing lot of rejection because she’s black, but she never give up. Kini semua orang mengenali siapa Oprah Winfrey yang merupakan ratu dunia penyiaran.
Yasmin Ahmad pula adalah insan kreatif yang memberi saya inspirasi untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang periklanan. Saya mula mengikuti perkembangan beliau setelah membaca kejayaan arwah mengarah dan menerbitkan iklan yang bertemakan kasih sayang, perpaduan kaum dan cerita yang begitu dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Kerana arwah jugalah saya memberanikan diri membuat permohonan bagi menjalani latihan praktikal di Leo Burnett Advertising.
Tun Mahathir pula kerana kemahiran kepimpinannya. Beliau tidak sahaja bijaksana dalam bidang perubatan dan politik, malah seorang yang sangat hebat berucap dan mempunyai daya pemikiran yang lebih hebat berbanding kebanyakan insan hebat yang lain.
Sekiranya anda diberi slot dua minit di tv, apa yang mahu anda tayangkan?
Saya ingin menayangkan iklan yang berunsurkan kasih sayang, keharmonian dan perpaduan kaum serta keunikan diversiti rakyat Malaysia. Saya melihat banyak iklan yang ditayangkan di mana-mana stesen TV di Malaysia ketika ini secara umumnya kurang menayangkan iklan yang sebegini, jumlahnya agak “minoriti” berbanding dengan iklan berunsur komersil yang mendominasi (majoriti) slot tayangan. Saya melihat perkara ini bukan salah mana-mana pihak khususnya stesen TV (kerajaan atau swasta), ia lebih bersifat “profit oriented”. Kenapa saya menyatakan pandangan ini, kerana setiap iklan yang dihasilkan oleh pihak agensi periklanan bermula daripada matlamat penerbitan yang diinginkan oleh pihak klien. Setiap iklan yang dihasilkan sewajarnya dapat meningkatkan nilai penjenamaan produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Di sinilah kita melihat kebijaksanaan copywriter dalam mengambil unsur-unsur cinta, keharmonian dan perpaduan rakyat, juga keunikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia sebagai elemen utama dalam setiap jalan cerita iklan yang akan diterbitkan.
Tidak dinafikan, banyak iklan yang menerapkan elemen tersebut khususnya menjelang musim Aidilfitri ini, namun kadangkala ia terlalu mencuba sehingga hasilnya kurang menyengat.
Anda juga seorang model untuk komersial tv dan media cetak, beritahu kami pengalaman-pengalaman menyeronokkan selama terbabit sebagai model?
Penglibatan saya dalam bidang ini di peringkat awal adalah secara tidak serius dan sekadar suka-suka. Namun kerana ingin mencabar diri sendiri dan perkongsian pengalaman seorang rakan pengacara program majalah TV (Panorama, terbitan RTM), iaitu Haslina Shamsuddin atau Vena yang banyak terlibat dalam TV Commercial (TVC) membuatkan saya memberanikan diri mendaftar di sebuah agensi bakat (Candid Cast). Selepas itu, saya mula mendapat panggilan casting untuk pelbagai TVC.
Iklan pertama saya yang memberi impak tersendiri pastinya TVC minyak masak jenama Alif (Sime Darby) yang diterbitkan pada 2010. Setelah beberapa sesi casting TVC, saya tidak berjaya mendapat apa-apa peranan namun saya tidak pernah mengalah. Saya terus mencuba dan mencuba. Casting untuk TVC Alif ini merupakan casting saya yang entah ke berapa puluh kali sebenarnya. Tetapi setelah berkali-kali mencuba, akhirnya saya berjaya mendapat watak utama bagi iklan tersebut bersama dengan pelakon Diana Johar. Bukan itu sahaja, dalam sesi casting yang sama, saya juga terpilih sebagai role utama dalam TVC Keropok Mony. Paling lucu, apabila kedua-dua iklan ini seolah-olah berentap ditayangkan di semua stesen TV di Malaysia. Manakan tidak, pengambaran TVC Minyak Masak Alif dan Keropok Mony hanya selang lima hari sahaja, apabila siap untuk tayangan slot siaran kedua-dua iklan ini ia back to back disiarkan. Selain dua iklan ini, saya juga pernah membintangi iklan TM (Bersama Lebih Bermakna, 2012), Go Shop (2016), Uber (2017) dan Shopee (2018).
Selain pengalaman manis membintangi kedua-dua iklan tersebut, saya juga terpilih sebagai model lelaki pertama yang menghiasi kempen media cetak bagi iklan Hari Raya Jakel pada 2010 bersama Zahnita Wilson. Pemilihan saya dicadangkan oleh seorang jurufoto selebriti, iaitu Natrah Mat Jaan (Hazelnart Work Studio) yang menjayakan pengambaran kempen iklan di media cetak tersebut. Kali pertama menjayakan penggambaran ini, saya sebenarnya sangat gementar kerana ini merupakan kali pertama saya menjayakan penggambaran bersama Zahnita dan mewakili jenama tekstil terkemuka di Malaysia. Saya seolah-olah tidak percaya apabila melihat sendiri hasil pengambaran tersebut menghiasi setiap akhbar arus perdana sepanjang bulan Ramadan pada tahun tersebut dan ia tidak terhenti di situ sahaja apabila saya melihat banner gergasi saya bersama Zahnita membaluti bangunan lima tingkat Jakel Shah Alam, Selangor.
What do you consider to be your career highlight?
Pertimbangan saya lebih kepada kepuasan saya sendiri. Setelah bergelumang dalam bidang penyiaran, TVC, penulisan, penerbitan buku, bergelar seorang pensyarah sambilan (Universiti Teknologi MARA, UiTM) serta menjelajah hampir 40 negara, saya inginkan sesuatu yang baru dan menterjemahkan kreativiti saya ke peringkat yang lebih global. Sekarang saya menyambung pelajaran dalam jurusan ijazah sarjana di Universiti Malaya, dan inshaAllah akan tamat pada 2020. Saya mengambil keputusan muktamad untuk study disaat permohonan sudah hampir ditutup
Setelah hampir 18 tahun meninggalkan Universiti Malaya, kini saya menjejak kembali memori indah sepanjang bergelar siswa di UM dalam bidang yang sama dulu. Bagi memenuhi syarat dalam pengajian peringkat sarjana ini, saya diwajibkan menjalani latihan industri. Ramai yang menyatakan pandangan, pasti mudah untuk saya kerana saya boleh memenuhi syarat tersebut dengan kembali ke organisasi media yang menaungi saya selama hampir 18 tahun. Ohhh….mereka tersilap sebenarnya, saya mempunyai satu perancangan yang lebih besar, namun biarlah ia menjadi rahsia sebelum ia benar-benar menjadi realiti.
Memori zaman kanak-kanak yang paling memalukan anda?
Memakai seluar sekolah yang koyak di punggung sepanjang hari di sekolah. Mungkin kerana saya jenis selamba (sejak kecil) dan tebal dengan sifat selamba, sepanjang hari saya ke sana sini melakukan aktiviti di sekolah dengan seluar yang koyak. Setelah dewasa, saya melihat seluar koyak merupakan satu trend dan gaya…saya hanya tersenyum kecil mengingatkan moment tersebut?”
Rancangan lima tahun dalam kerjaya dan kehidupan?
Saya ingin menerbitkan pelbagai genre dokumentari dan TVC yang mempunyai nilai manusiawi dan yang lebih bersifat global. Saya melihat penerbitan dokumentari di Malaysia sedikit ketinggalan berbanding dengan beberapa negara Asia seperti Turki, Indonesia dan Thailand. Ini bersandarkan pemerhatian saya sepanjang dua kali bergelar Juri di Festival Dokumentari Antarabangsa anjuran Radio Televisyen Turki (TRT) di Istanbul pada 2014 dan 2018. Kandungan dan pendekatan penerbitan dokumentari yang dipertandingkan pada festival tersebut menjangkau kotak fikiran. Ia memberi banyak inspirasi kepada saya untuk melihat kembali khazanah budaya yang terdapat di Malaysia.
Penerbitan dokumentari di Malaysia mungkin kurang dilihat sebagai elemen penting bagi membangunkan sahsiah rakyat Malaysia (secara umum) dan mampu menyumbang kepada ekonomi negara. Senario ini amat bertentangan dengan penggiat penerbitan dokumentari global. Bagi mereka, penerbitan dokumentari yang berkualiti tinggi, ia memberi impak yang sangat besar kepada pelbagai sudut khususnya sebagai dokumentasi audio visual yang boleh dinikmati segenap lapisan masyarakat. Ia juga memberi satu lagi sektor yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang mencapai standard profesional.
Impian saya suatu hari nanti, dokumentari yang saya terbitkan mampu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Saya mahu ia 100% sentuhan anak Malaysia, bukan saduran atau diterbitkan mewakili produksi antarabangsa.
Rosli yang telah mengembara ke hampir 40 buah negara dan melihat kepelbagaian budaya negara yang dilawati memberi banyak inspirasi kepadanya untuk menerbitkan dokumentari dan TVC dalam berbagai tema.
Saya juga melihat ketidakseriusan pihak yang sepatutnya memartabatkan penerbitan dokumentari sebagai antara punca kualiti penerbitannya masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Sesuatu perlu dilakukan, dan saya melihat ia wajar bermula daripada peranan individu yang terlibat dalam penerbitan dokumentari ini. Saya tidak mahu kita hanya mampu berbangga kerana anak tempatan berjaya terlibat dalam penerbitan dokumentari di bawah jenama produksi luar seperti National Geographic (sekadar contoh) semata-mata. Kita seharusnya menyedari segala hak cipta milik mereka, jadi apa yang kita ada sebenarnya? Berbangga dengan sesuatu yang bukan milik kita sendiri. Alangkah moleknya kita berbangga dengan dokumentari yang berkualiti tinggi yang mempunyai cop dagang “Made in Malaysia”.”
Apa yang paling anda hendak wartawan bertanya tetapi sehingga kini belum ada seorang pun yang bertanya hal itu?
“Why do you want to do everything from broadcasters in Parliament (broadcast journalists), contributors to magazines and newspapers, talent TVCs, VOs, master of ceremony (MCs), book publishers, stylists, publicists to work front and behind the scenes in this creative industry? Are you not tired?”
Ha ha! Ini soalan yang paling saya nanti-nantikan, kerana belum pernah mana-mana wakil media bertanyakan soalan cepu emas ini. Saya menyedari saya hanya berbakat dalam beberapa perkara sahaja sebenarnya, contohnya aspek penulisan. Saya membangunkan nilai kreatif dalam diri saya sejak saya masih kecil lagi. Oleh kerana saya tidak berkesempatan memasuki alam pra-sekolah seperti anak-anak jiran yang lain, saya menghabiskan masa bercakap dengan haiwan peliharaan seperti kucing, ayam dan itik peliharaan ibu. Haiwan-haiwan ini banyak “mengajar” saya tentang sains, geografi dan sebagainya. Manakan tidak, ibu-ibu ayam yang mengeram direban ayam, saya akan pastikan hampir setiap hari saya memeriksa keadaan telur yang dieram
Begitu juga apabila saya memasuki sekolah rendah dan boleh membaca, saya tidak mempunyai banyak bahan bacaan di rumah, yang jadi mangsa ialah buku-buku kakak dan abang saya yang telah memasuki sekolah menengah. Ketika berumur 10 tahun, saya berjaya membaca dan memahami jalan cerita yang terkandung dalam buku sastera klasik, Hikayat Malim Deman untuk pelajar sekolah menengah tingkatan lima. Gaya penulisan buku ini terlalu klasik dan mempunyai pelbagai perkataan Melayu lama yang sukar difahami.
Selain itu, kerana semangat dan cinta mencuba sesuatu yang baru, saya akan memastikan saya memahami keperluan dan proses sesuatu. Selain membaca, saya juga akan memastikan saya belajar dengan orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Ini sebabnya saya suka mencuba dan meneroka pelbagai jenis aktiviti dan pekerjaan.
For what is life do you feel most grateful?
Saya amat menghargai setiap moment yang berlaku dalam hidup saya sama ada yang indah dan sebaliknya. Saya yakin apa yang terjadi pasti ada pengajaran dan pembelajaran yang boleh saya jadikan iktibar. Jika saya jatuh, saya pastikan saya akan bangun semula, walaupun tanpa bantuan sesiapa. Peluang bekerja sambil menjelajah dunia, menjadikan saya lebih memahami erti kehidupan dan menghargai setiap kesenangan dan kepayahan. Saya sentiasa mengukur baju sendiri dan melihat sesuatu perkara dalam dimensi yang lebih terbuka. Jangan sesekali hanya melihat laman rumah orang lain lebih hijau tanpa berusaha menghijaukan laman rumah sendiri. Pokok pangkalnya, sentiasa berusaha, never give-up dan percaya Allah SWT sentiasa bersama kita.
Perkembangan terbaru Rosli?
Saya sedang bekerjasama menjayakan penggambaran (video dan fotografi) untuk jenama penyedia kelengkapan rumah, tekstil dan kraftangan dari Australia, Spotlight yang kini mempunyai dua premis perniagaan iaitu di MyTown dan Damansara. Saya juga sedang dalam perbincangan bagi menjayakan sebuah penerbitan dokumentari mengenai budaya sebuah etnik yang hampir pupus bersama dengan pasukan penerbitan independent.