DUGAAN DAN CABARAN TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT DAN IMPIAN
Suzana Abu Talib
WANITA IKON MELAKA
Nama : SUZANA BINTI ABU TALIB
Umur : 41 tahun
Tarikh Lahir : 1 Mac 1983
Asal : Melaka
Status Perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan :
– Diploma Kemahiran Malayisa Pengurusan SPA
– SKM3 Terapi SPA
– VTO Terapi SPA
Kerjaya : Usahawan
Facebook : Zana Muslimah Spa HQ
Instagram : zanaspamuslimah_mitc_hq
Tiktok : zanaspamuslimahmitchq
Website : –
Menarik Tentang Suzana Abu Talib:
Suzana Abu Talib ,41, anak jati Melaka. Anak sulung kepada pasangan Abu Talib dan Masita Abdul Rahman. Pernah menolak tawaran menyambung pengajian demi membantu kedua orang tuanya, dan ini menjadi pembakar semangat dalam dirinya. Dugaan dan cabaran tidak pernah mematahkan semangat dan impiannya untuk berjaya. Sambil membantu di warung keluarga, Suzana tekun membuat kerja sambilan di premis SPA. Di situlah beliau terus mencari peluang menimba ilmu dan pengalaman sehinggalah memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Terapi SPA.
Pada 2007, Suzana mendirikan rumah tangga dengan Fazri Efendi, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Suami yang menjadi pemangkin dan tulang belakang dalam memberi sokongan untuknya menceburi perniagaan dalam bidang Penjagaan Diri dan Kesihatan.
Kini Suzana adalah usahawanita yang memiliki sebuah pusat SPA dan Terapi Wanita, akademi latihan dan produk penjagaan keluaran syarikat sendiri. Beliau juga seorang pengamal perubatan tradisional Melayu (PTM) yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Suzana yang mempunyai persijilan SKM, DKM dan VTO dari Jabatan Pembangunan Kemahiran juga tenaga pengajar bertauliah. Sering bergiat aktif di dalam program pembangunan modal insan melalui kursus dan latihan kemahiran dalam bidang Terapi SPA, PTM dan Keusahawanan.
Suzana merupakan Peer and Lactation Counselor bertauliah di bawah NGO Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu Hospital Melaka. Sering bergerak aktif bersama rakan-rakan pengamal bagi membantu para ibu memberikan penyusuan ibu yang terbaik kepada bayi mereka. Pengalaman yang luas dalam industri penjagaan kesihatan dan aktiviti kemasyarakatan membuatkan beliau dipilih sebagai rakan industri Kolej Komuniti Kota Melaka dan MITC Hotel.