GAYA HIDUPMan of the MonthPERSONALITI

Saifuddin Ahmad

‘Being recognized by your alma mater is something I’ll cherish and very proud of.’

Menulis tentang lelaki ini, YBrs. Ar. Saifuddin bin Ahmad, wajarlah saya menyebutnya bahawa saya kenalnya sejak zaman kami masih bujang. Berjiran dan menjadi kawan, bukan saya seorang malah adik beradik saya juga menjadi kawannya. Menarik untuk diberitahu, sejak mengenalnya saya cukup hormat dan admire beliau. Pertama kerana beliau seorang yang reserved. Begitu pun seperti dia, saya juga memilih siapa yang mahu dijadikan kawan. Saya senang dengan anak bujang yang hormat orang, tinggi cita-cita, cakap tidak meninggi, kadang-kadang pandai juga berkelakar dan bagi saya orang media, saya suka tengok orang yang bergaya. Waktu itu walaupun beliau bekerja sebagai pegawai kerajaan tetapi gayanya tidak macam pegawai-pegawai yang saya kenal. Pernah saya beritahunya, “You tak cocok jadi orang gomen.” Mengapa?” “Sebab I selalu anggap orang kerajaan ‘Belia 4B’ (dulu).”

Apa pun Saifuddin yang saya bahasakan Din, bijak memilih pakaiannya. Lagi yang membuat saya senang berkawan kerana kami share same interest. Bidang yang menjadi periuk nasinya juga satu bidang yang paling saya minati. Pernah saya ditanya kalau tidak jadi orang media, saya nak jadi apa? Terus jawabannya akitek, tetapi yalah cita-cita tidak sampai ke situ, namun minat dalam seni hias tidak pernah padam dan dalam perjalanan saya ke merata negara di dunia, minat saya menerokai keindahan seni reka bangunan dan tempat-tempat yang punya dekorasi yang menarik.

Minatnya meninggi bukan sekadar untuk menjadi pegawai biasa tetapi lebih daripada itu. Dan saya tahu cita-citanya melangit. Sering dia memberitahu mahu menerokai jauh daripada apa yang dilakukan waktu itu, dan apabila saya mendapat tahu, Saifuddin telah menamatkan perkhidmatan sebagai pegawai kerajaan serta membuka firma akiteknya sendiri, saya tidak terkejut, sebab saya tahu itu lah yang beliau mahu.

Betul seperti yang dapat rasakan, satu hari beliau pasti akan mencipta nama besar dalam dunia seninya, malah antara kejayaannya telah mengharum nama negara sebagai satu-satunya anak Malaysia sebagai penerima anugerah Deakin Alumni of the Year. “Being recognized by your alma mater is something I’ll cherish and very proud of,” katanya.

Saifuddin Ahmad, 62, anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Anak kelima daripada enam beradik (tiga perempuan tiga lelaki). Anak kepada pegawai kerajaan dan ibunya suri rumah. Hanya beliau seorang saja yang menceburi bidang swasta. Adik beradik yang lain berkhidmat dengan kerajaan sehingga pencen.

Mendapat pendidikan awal di Iskandar Primary School dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Beliau menamatkan pelajaran sekolah menengah di peringkat Malaysia Certificate of Education (MCE equivalent to SPM) pada 1976 iaitu tahun terakhir semua mata pelajaran adalah dalam Bahasa Inggeris.

Saifuddin kemudiannya melanjutkan pelajaran di bidang senibina di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney, Kuala Lumpur sebelum meneruskan di Deakin University, Geelong Australia sehingga mencapai ijazah Bachelor of Architecture.

Sudah berumah tangga lebih 30 tahun dengan Nor’Aishikin binti Yahya dan dikurniakan tiga anak lelaki. Ketiga-tiganya kini menetap di New Zealand selepas menamatkan pengajian di sana. Tidak seorang pun mengikuti jejak beliau sebagai arkitek.

Sebelum melanjutkan cerita mengenainya, sementelah Februari bulan cinta, saya tanya dua soalan; Apa itu cinta? Dan sanggupkah berkorban demi cinta?

“Love is a two way thing. It involves trust and there’s give and take. Yes, I love my family and those close to me. I will sacrifice and be willing to do anything, and sometimes too much, ha ha. Ya, but I warn them, never destroy the trust and faith that I have. Nahas akibatnya.”

Tiga perkara mengenai Saifuddin, he is reserved, disciplined, compassionate.

“Ramai orang tak percaya saya seorang yang reserve secara peribadi tetapi itulah hakikatnya. Saya tidak beberapa gemar bercampur gaul atau berada dalam tempat keramaian. Ini termasuk perjumpaan keluarga. Saya lebih suka bersendirian. Walau bagaimana pun disebabkan kedudukan saya, saya cuba menyelesakan diri di perhimpunan atau keramaian kerana official matters.”

“Mengenai firma saya, SNO Architects Sdn Bhd, ia adalah sebuah firma perunding arkitek dan hiasan dalaman yang ditubuhkan pada 1997. Diterajui oleh Saifuddin bin Ahmad dan telah melaksanakan pelbagai projek. Antara hasil rekaan senibina Saifuddin ialah Low Energy Office (LEO) untuk Kementerian Teknologi Hijau dan Air yang telah dianugerahkan Malaysian Construction Industry Excellence Award 2003 dan ASEAN Energy Award 2006. Bangunan ini juga telah dipilih untuk setem commemorative Malaysia 50 sen untuk Bangunan Cekap Tenaga. SNO juga telah dianugerahi Top 50 Enterprise SME Corp untuk 2013, 2014 dan 2016.”

Menyambung cerita ikuti terumaramah khas MajalahWM.com dengan Saifuddin Ahmad.

Sebagai arkitek, beritahu kami apa sebenarnya tugas anda?

“Perkataan arkitek berasal daripada perkataan Greek – ‘Arkhitekton’, yang bermaksud ‘ketua tukang bina’ [head builder]. Definisi tradisional pula mentakrifkan arkitek sebagai seorang yang merekabentuk, mentadbir dan menguruskan pembinaan sesuatu bangunan. Maka tugas utama arkitek bolehlah disenaraikan seperti berikut:

  1. Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,
  2. Menyediakan Lukisan Binaan,
  3. Menyediakan spesifikasi yang memperlihatkan apa yang ditunjukkan dan dinyatakan di dalam Lukisan Rekabentuk dan Lukisan Binaan, 
  4. Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan,
  5. Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor dibuat dan menyediakan Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah dipilih,
  6. Memastikan proses dan sesi rundingan untuk memilih kontraktor yang bakal membina bangunan yang telah direka bentuknya, dijalankan sebaik mungkin mengikut kehendak perundangan yang berkaitan; dan
  7. Tugas lain termasuklah menyediakan rekabentuk dan perancangan infrastruktur sesuatu skim pembangunan dan apa sahaja hal yang berkaitan dengan sosio ekonomi yang boleh mempengaruhi proses perancangan alam bina.”

Sering saya terperasan dalam FB anda, lawatan pelajar-pelajar ke pejabat anda. Mengapa anda menggalakkan lawatan sedemikian?

“Saya adalah Penasihat Akademik untuk berberapa universiti tempatan. Selain itu saya juga kadangkala dijemput untuk memberi ceramah mengenai topik-topik berkaitan dengan kerjaya saya atau seni bina amnya. Kadang-kadang saya tergerak untuk menjemput pelajar-pelajar ini untuk ke pejabat saya, selalunya tidak ramai, supaya mereka dapat mendekati bagaimana sesebuah firma perunding berfungsi dan hands on observation.

Anda juga fellow Pertubuhan Akitek Malaysia dan sebagai mantan Presiden Majlis Pertubuhan Akitek Malaysia. Cerita sedikit mengenai pengalaman anda dengan jawatan-jawatan tersebut?

“Saya mula aktif dengan Pertubuhan Akitek Malaysia sejak 2006 lagi bila saya memenangi dan dilantik sebagai ahli majlis. Saya seterusnya mencapai sebagai Presidennya pada 2011-2013. Saya juga aktif di tahap serantau sebagai Naib Presiden Zone B, Architect Regional Council Asia (ARCASIA 2019-2021) dan di tahap antarabangsa sebagai Ahli Majlis (Alternate) Region IV, The International Union of Architects (UIA) 2017-2021. Sebagai wakil pertubuhan-pertubuhan ini saya mewakili arkitek-arkitek untuk memperjuangkan hak-hak arkitek dan juga memperkembangan profession arkitek di negara, serantau dan antarabangsa. Saya juga berpeluang berkongsi pengalaman dengan arkitek-arkitek lain dan para profesional yang lain dari semua bahagian. Banyak pengalaman yang saya alami dan tidak ternilai harganya.”

Kagum dengan pelbagai lagi peranan anda di institusi pendidikan tinggi, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan juga beberapa jawatan penting yang lain, how do you stay organised and prioritise tasks?

“Tidak sangka sudah 11 tahun saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, saya perlu juga menjadi ahli atau Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa dan juga syarikat-syarikat di universiti tersebut. Memang sibuk dan kadang-kadang tidak ada masa terluang. But I believe in time management and proper planning. Furthermore, I have committed dan itu adalah satu amanah yang saya tidak boleh siakan.”

Anda satu-satunya anak Malaysia dan yang pertama menerima anugerah Alumni of the Year 2020. Tell MajalahWM more about this?

“Deakin Alumni of the Year adalah satu anugerah yang dikeluarkan oleh Deakin University to recognize, acknowledge and promote prominent alumni around the world who have achieved outstanding success in their communities, professions or given exceptional service to the university. Seorang penerima hendaklah berumur 40 tahun ke atas. Anugerah ini mula dikeluarkan pada 2011. Saya amat terharu kerana saya adalah satu-satunya anak Malaysia yang menerima anugerah setakat ini. Malangnya kerana pandemik, acara penganugerahan diadakan secara virtual. Walau bagaimanapun, sebuah video telah disediakan mengenai latar belakang dan pencapaian saya boleh didapati di Youtube.”

Tell me about your communication style.

“Though I am a reserve person I am very straightforward in my communication. Tidak suka berselindung atau cakap berbelit-belit. Straightforward and direct to the point. Bagi saya we need to be honest with ourselves and that’s how I communicate too. Some people may not like it.. ha..ha.. I expect others to be the same and this can be very frustrating.

Do you prefer to work independently or with others?

“As I am a reserved person, I like to work alone if possible but in my line of work we need to work as a team, and I do believe in teamwork, in a team there must only be one leader. But due to my years of working experience, most people like me to lead and I appreciate that. Anyway I am no dictator, I listen and I am very rational in my approach.”

Bila anda menghadapi masalah di tempat kerja, bagaimana anda menyelesaikannya?

“I normally analyze the situation personally first. Then call a meeting with the team and people on the job. Seboleh-bolehnya saya suka selesaikan secepat mungkin. Saya tidak suka satu-satu konflik itu berpanjangan. Lebih-lebih lagi bersangkutan kerja. In building industry, masa itu penting dan kita perlu selesaikan secepat mungkin.”

Sepanjang berkerjaya, apa yang paling membanggakan anda?

“After being in the industry for over 30 years, tentu ada banyak yang membanggakan. Tetapi yang paling bernilai adalah apabila klien atau pengguna satu-satu projek yang saya laksanakan berterima kasih dan projek tersebut telah dilaksanakan within the time and budget allocated.

What is your design philosophy?

“My design philosophy is simple and is to be able to make my client happy and convince them to accept a sustainable and environmentally friendly approach without disturbing the environment. All done within the time and budget allocated.”

What sets your firm apart from other architects with similar experience?

“My firm’s approach is towards a sustainable and environmentally friendly design. We are hands-on from the day we are appointed on the job and most important, very professional and follow the regulations!”

Selain reka bentuk bangunan anda sendiri, bangunan apa yang menjadi kegemaran dan pilihan?

“Saya amat gemar rekaan arkitek terkenal Sri Lanka, the late Geoffrey Bawa. Vernacular and environmentally friendly.”

1. Falling water – Pennsylvania, USA / Frank Lloyd Wright

  • Bangunan pertama yang menarik minat sewaktu kecil lagi.
  • Arsitektur yang direka bentuk berharmoni dengan sekitaran.

2. Bait Ur Rouf Mosque – Dhaka Bangladesh

  • Marina Tabassum
  • Pemenang Aga Khan Architecture award.
  • Simple and environmental friendly

3. Masjid Negara

  • Senibina yang out of the normal perception of what a mosque should look like in Malaysia.
  • Design menepati ciri-ciri environment friendly and bersesuaian dengan cuaca negara kita.
  • Masih unggul dan timeless design.

Bagaimana dengan kediaman anda kini, the design, interior and exterior?

“Rumah saya bukanlah rekaan saya sendiri. It’s a corner lot in a housing estate. Saya suka basic design nya dan saya transform nya untuk menjadi my own with my character imposed on it. It’s full of natural lighting and ventilation, suitable for our climate – open concept.”

Saya percaya anda insan paling sibuk, jadi bagaimana pula anda membahagikan masa dengan keluarga? How much time are you willing to commit in the business?

“Time management amat mustahak sekali. Masa mula-mula building up my career, that’s the most difficult time. I opened and closed the office and worked during weekends and even public holidays. Masa itu anak-anak masih kecil, kadang-kadang balik rumah anak sudah tidur. Maybe that’s my only regret. But I make sure to spend my free time with the family. Family outings are the most precious and valuable. I personally attend almost all my children’s special occasions. Wherever possible we make time, schedule the task properly.”

Tiga soalan penting klien perlu bertanya kepada arkitek sebelum melantiknya untuk pembinaan kediaman mewah.

1.Samada arkitek menepati citarasa pelanggan

2.Past Project Portfolio

3.Fees

Dunia seni hampir punah disebabkan pandemik, apa yang anda boleh bantu bagi mengembalikan kegemilangan seni hiasan/ tempatan khasnya?

“Salah satu penyebab spread of the virus is pengudaraan. Setiap ruang mesti ada pengudaraan yang bagus dan selesa. Ruang jangan terlalu clustered and too enclosed, open spaces is important.”

About lifestyle: do you and your wife spend lots of money to maintain a certain lifestyle?

“Saya dan isteri menjalani hidup biasa, ringkas. Live within our means. So we don’t overspend. Buy quality products not quantity. Health is important. Both my wife and I suka pergi massage. That’s why we loved to go to Bangkok! If not because of the pandemic, we go to Bangkok at least once a year.”

Would you ever consider selling the business if an investor made a desirable offer?

“Why not? If the price is right but most important, the investors need to take care of my staff that has been with me for many-many years. They are my family!”

Bagaimana diri anda lima tahun mendatang?

“Still as a practicing architect haha. Architecture dah jadi passion. Maybe less time spent on. Itu saja, more as a guide and advisor. Sebenarnya pandemik telah mengubahkan perancangan hidup saya.”

Politik negara amat meruncing, apa peranan anda sebagai ahli masyarakat?

“Sebagai ahli masyarakat, kita mesti tahu hak asasi kita. Jangan ikut dan menerima saja. Voice out your opinion but use the right platform.

Ekonomi Malaysia di tahap yang paling tidak stabil dan rasuah menjadi-jadi. Apa pendapat anda dalam hal ini?

“Merisaukan… we as the rakyat need to be concerned. Jangan kelabu mata dengan apa pemberian yang diberi kepada kita. We need to think about the future generation. Jangan biarkan rasuah jadi satu budaya.”

Malaysia sudah 64 tahun Merdeka, pandangan anda mengenai ‘kemerdekaan’ itu sendiri?

Interesting…. 64 tahun tapi kita masih belum matang. Masih dipergunakan. That’s all I can say here haha.”

Kalau anda Perdana Menteri Malaysia, apa yang anda lakukan sekarang?

“Masalahnya untuk menjadi PM di Malaysia, one has to be a politician and I’m not into politics. But the PM is a leader. As a leader, I need to clean up the mess we are in now. I need a good working team. Meaning qualified and the right people. People with knowledge and representing the multiracial population that we have. Most important is someone with the right qualifications, not just a representation of the race and religion. We should be thinking of Bangsa Malaysia!”

Related posts

DJI Osmo Action 4 Merakam Pengembaraan Jelas Dan Menakjubkan

adminwm

SAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN KOLEKSI TERBARU DISNEY X HABIB: PUTERI MULAN

admin

Keajaiban Wangian Membangkitkan Mood Ceria Anda

adminwm

Leave a Comment