GAYA HIDUP

DURIAN KAYA NUTRISI

Musim durian datang lagi! Durian (Durio zibethinus Murray) dikenali sebagai ‘raja buah’  khususnya masyarakat di Asia Tenggara. Memiliki bau yang menyengat, tekstur yang lembut, rasa lemak dan berkrim yang enak, warna kekuningan, sudah pasti menarik perhatian ramai untuk mencubanya. Durian, ada juga yang mengatakan ianya berbau harum. Durian digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan makanan contohnya di dalam penghasilan ais krim, kek, keropok atau snek ringan dan lain-lain. Begitu pun tidak ramai yang tahu akan kebaikan durian terhadap kesihatan.   

Apakah khasiat durian kepada kesihatan?

Berdasarkan laporan jurnal Exploring the Nutritional Contents and Benefits of Durian (Durio zibethinus), terdapat kira-kira 30 spesies Durio yang diiktiraf, walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya sembilan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus adalah satu-satunya spesies yang terdapat di pasaran antarabangsa, spesies lain dijual di kawasan tempatan. 

Durian berasal dari Asia Tenggara. Ia didapati liar atau separa liar di Selatan Tenasserim, Burma dan sekitar kampung-kampung di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, durian liar ditanam secara meluas di Borneo dan Sumatera. Borneo adalah pusat kepelbagaian spesies Durio. Buah berduri ini biasanya ditanam di sepanjang jalan atau di kebun komersial di Thailand, Laos, Vietnam, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina. 

Selain itu, spesies ini juga terkenal dengan nama-nama biasa lain seperti Civet-Cat Fruit Tree, buah Civet, Kampung Durian, Dian, Durian Puteh dan Jatu yang disebut di Borneo, Liu Lian seperti yang disebut dalam bahasa Cina, Dereyan dipanggil oleh bahasa Indonesia dan sebagainya. 

Makronutrisi Kalori: 153kcal, Karbohidrat: 27.9g, Serat: 0.9g, Protein: 2.7g, Lemak: 3.4g. Menunjukkan kandungan makronutrisi yang terdapat pada setiap 100g buah durian. Setiap 100g durian mampu menyumbang sebanyak 153 kcal tenaga. Terdapat sebanyak 27.9g karbohidrat, iaitu hampir dua tukaran karbohidrat (1 tukaran karbohidrat = 15g karbohidrat). Ianya juga mengandungi sebanyak 0.9g serat, 2.7g protein dan 3.4g lemak.

Mikronutrisi Kalori: Kalsium: 40mg, Zat Besi: 1.9mg, Natrium: 40mg, Kalium: 70mg, Fosforus: 44mg, Vitamin C: 23.3mg, Karotin: 150mcg.

Komponen Berkhasiat Buah Durian

1. Karotenoid Karotenoid adalah komponen yang boleh didapati pada tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran dan terdiri daripada pelbagai jenis. Ianya adalah sejenis pigmen menyumbang kepada warna terang yang terdapat pada sayur dan buah-buahan. Antara kelebihan karotenoid adalah bersifat antioksidan.

2. Polifenol Polifenol adalah sejenis sebatian organik yang boleh didapati pada tumbuhan. Terdapat pelbagai jenis polifenol yang ditemui dan setiap satunya mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antara sifat polifenol adalah anti radang dan antioksidan.

3. Flavonoid Seperti karotenoid, flavonoid adalah sejenis elemen yang juga menyumbang kepada warna yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan di samping bersifat antioksidan

4. Bersifat anti-diabetik Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa pemberian ekstrak durian terhadap haiwan tersebut secara oral penunjukkan penurunan gula di dalam darah yang signifikan. Hal ini dapat dijelaskan dengan kandungan serat di dalam durian yang melambatkan peningkatan gula di dalam darah. Selain itu, kajian turut mendapati bahawa durian mempunyai indeks glisemik yang rendah. Tetapi jika anda sudah mengalami penyakit kencing manis, maka anda masih perlu mengambil buah in dalam keadaan terkawal.

5. Membantu penghadaman Durian mempunyai kandungan serat yang mampu melancarkan pergerakan usus dan penghadaman. Hal ini kerana serat akan meningkatkan isipadu kandungan di dalam usus dan merangsang proses peristalsis (pergerakkan usus) untuk mengelakkan sembelit.

6. Mengurangkan paras kolesterol Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa pengambilan durian dapat mengurangkan paras kolesterol dan LDL (kolesterol tidak baik) di dalam darah. Hal ini boleh dijelaskan dengan komponen serat yang terdapat di dalam durian. Serat merupakan komponen yang terbukti berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah.

7. Mencegah anemia Durian kaya dengan kandungan zat besi. Zat besi adalah elemen yang penting diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dapat menyebabkan anemia di mana pesakit yang mengalami kekurangan sel darah merah dan sering keletihan.

Kaya dengan vitamin C Jika dirujuk pada jadual komposisi di atas, setiap 100g durian menyumbang lebih kurang 23.3 mg vitamin c. ini menunjukkan bahawa durian mempunyai komposis vitamin c yang tinggi. Pengambilan vitamin c yang mencukupi dapat mencegah penyakit skurvi (kekurangan vitamin c) dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Meningkatkan mood Durian mengandungi amino asid tryptophan. Tryptophan adalah sejenis amino asid yang akan meningkatkan paras serotonin, sejenis hormon yang bertanggung jawab untuk menaikkan mood dan menjadikan seseorang itu gembira.

Mengawal tekanan darah Durian adalah sejenis buah yang kaya dengan kandungan kalium. Kalium berfungsi untuk menurunkan paras tekanan darah melalui pengembangan salur darah. Namun begitu, pengambilannya haruslah secara bersederhana.

Meningkatkan kualiti tidur Seperti yang dinyatakan di atas, durian mengandungi tryptophan. Selain berfungsi untuk meningkatkan paras serotonin, tryptophan juga mampu meningkatkan paras melatonin. Melatonin berfungsi untuk mengawal kitaran tidur di mana paras melatonin yang tingi berkait dengan kualiti tidur yang baik.

Baik untuk kesihatan tulang Berdasarkan jadual komposisi di atas, durian mengandungi pelbagai makronutrisi seperti zat besi, kalsium dan fosforus. Kesemua makronutrisi ini penting untuk pembentukkan tulang yang sihat.

Membekalkan tenaga Durian juga kaya dengan kandungan karbohidrat. Karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Pengambilan durian dapat membekalkan tenaga dengan segera kerana kandungan karbohidrat dan gula buah yang terdapat padanya.

Terdapat pelbagai khasiat yang ditawarkan buah esotik ini. Namun mesti ingat bahawa pengambilannya haruslah secara sederhana terutamanya bagi penghidap diabetes kerana kandungan gula yang terdapat di dalamnya. 

Informasi: internet

Related posts

Alami Ramadan Mengikut Gaya Istanbul

adminwm

Minyak Sapi dan Khasiatnya

admin

Top EcoC-Friendly Picks At Pavilion Reit Malls To Live Sustainably

adminwm

Leave a Comment